Posts

Showing posts with the label Mengumpat

MUFLIS SI PENGUMPAT, UNTUNG YANG DIUMPAT

Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إن العبد يعطى كتابه يوم القيامة، فيرى فيه حسنات لم يكن عملها قط، فيقول: يا رب، من أين هذه الحسنات؟ فيقول: باغتياب الناس فيك وأنت لا تعلم "Sesungguhnya di hari Akhirat kelak, seseorang itu terkejut melihat catatan amalan (kebaikan) yang tidak pernah dilakukannya. Maka dia bertanya: "Wahai Tuhanku, dari manakah datang kebaikan yang banyak ini?" Maka Allah menjawab: "Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Rujukan: Kanz al-Ummal Untungnya orang yang diumpat, dapat pahala percuma. Si pengumpat beramal banyak hanya untuk sedekahkan pahalanya saja. Malah jika pahala si pengumpat dah habis tapi ada lagi dosa umpatannya, maka akan diambil dosa orang  yang diumpat dan dipindah ke si pengumpat, seterusnya akan dihumban ke dalam neraka Allah. wal'iyazubillah. Untung yang diumpat, muflis si pengumpat balasan dari kejian mulutnya sendiri. wallahu a'lam

SIFAT DIAM

SIFAT DIAM & PERBANYAK ZIKIR Seseorang yang banyak diam itu bukan kerana dia tidak suka bercakap, tetapi tiada perkataan baik yang ingin dikatakan, maka dia diam, dan itu lebih baik baginya. Inilah tanda orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baiklah ataupun diam." (Riwayat al-Bukhori : 6018 & Muslim : 47) Baginda bersabda lagi: "Siapa yang dapat manjamin kepadaku (yakni menjaga) apa yang berada antara dua rahangnya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjaminnya Syurga." (Riwayat al-Bukhori : 6474) Jika kurang berzikir, akan banyaklah bercakap. Tetapi jika banyak berzikir, akan kurang bercakap, ini kerana dia akan mencari masa dan tempat untuk menyendiri agar dapat berzikir. Sedangkan orang yang banyak bercakap akan mencari-cari masa untuk bersembang, seperti bersembang di kedai kopi. Jika kurang bercakap, maka kura...

PERIHAL MENJAGA LISAN

Perihal Menjaga Lisan !! Ditulis oleh : Angah al-Manisiy Hendaklah kalian menjaga lisan dari perkara-perkara berikut: 1 - Menipu Agak sukar untuk hindari ia melainkan kurangkan bicara, kerana jika terlalu banyak berkata-kata, sering terlajak dari fakta yang sebenar. Tanpa sedar, kita menipu manusia. Kata-kata kita juga sering dicemari pembohongan lantaran mahu menarik perhatian telinga pendengar. Sampai bila kita mahu demikian? Allah SWT berfirman: فَنَجۡعَل لَّعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡڪَـٰذِبِينَ “supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Al Imran:61) 2 - Menyalahi janji Jika sekali kita menyalahi janji sebuah pertemuan atau sebarang perkara yang dijanjikan, orang akan hilang kepercayaan kepada kita. Betapa ramai manusia tidak kotakan janji tanpa sebarang alasan munasabah. Ia mencederakan hati sahabat sehingga membawa sumpah seranah. Sekiranya benar kita mengalami masalah, mesti di maklumkan agar tidak membuang masa jiwa yang berharap. Mahukah ...