Posts

Showing posts with the label Alyasak

PINDAH DAGING QURBAN

PANDUAN HUKUM : HUKUM MEMINDAHKAN DAGING KORBAN Oleh: Ustaz Alyasak Berhan Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu adalah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan di negeri tersebut. Berikut adalah perincian berkaitannya menurut pandangan ulama Mazhab Syafi'i. 1. Orang yang berkorban/Wakil Korban Wajib : Haram bagi orang yang berkorban wajib, memindahkan kesemua daging korbannya ke tempat lain sepertimana hukum memindahkan zakat. Justeru, daging tersebut wajiblah diagihkan kepada fakir miskin di mana korban tersebut dilaksanakan (jika ada). Korban Sunat : Hanya haram memindahkan daging ke tempat lain sekadar yang wajib disedekahkan kepada fakir/miskin (sedikit sahaja) dan bukan kesemuanya. Adapun, selebihnya harus dipindahkan ke tempat lain. 2. Penerima Daging Korban Fakir/Miskin : Harus bagi mereka memindahkan daging korban yang diterima kerana pemberian berkenaan mer...

TAKBIR MURSAL & MUQOYYAD

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Apa beza antara takbir mursal, mutlak dan muqayyad?😊 Jawapan kami; Terdapat dua jenis takbir raya iaitu; 1) Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi (selepas) solat sama ada solat fardhu, sunat, tunai, qadha’ dan solat jenazah. Sehubungan itu, sunat mendahulukan takbir muqayyad ini sebelum memulakan zikir selepas solat. 2) Takbir Mursal/Mutlak adalah takbir yang dilakukan pada bila-bila masa tanpa dikaitkan dengan solat. Justeru, sunat mentakhirkan (kemudiankan) takbir mursal daripada zikir selepas solat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel berikut; http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/takbir-raya.html?m=1 اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

LAFAZ TAKBIR

LAFAZ TAKBIR Oleh: Ustaz Alyasak Bin Berhan Lafaz takbir yang telah disebutkan oleh Imam al-Syafi’i di dalam Kitab al-Um (al-Um 520/2, al-Majmuk 46/5) adalah; ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴْﻼً، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﻻَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﺇِﻻَّ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻣُﺨْﻠِﺼِﻴْﻦَ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﺪِّﻳﻦَ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺮِﻩَ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮُﻭﻥَ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ، ﺻَﺪَﻕَ ﻭَﻋْﺪَﻩُ، ﻭَﻧَﺼَﺮَ ﻋَﺒْﺪَﻩُ، ﻭَﺃَﻋَﺰَّ ﺟُﻨْﺪَﻩُ ﻭَﻫَﺰَﻡَ ﺍﻟْﺄَﺣْﺰﺍَﺏَ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar yang Teramat Besar (agung), Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti aja...

SEMBELIHAN 2 KALI

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Asalam.slmt ari rya haji Ustaz....sy ingin btnya...sekiranya kita melakukan ibadah korban sembelih lembu...lpas penyembelihan tu ada urat pd lembu tu yg xputus dan lembu hidup lg lepas tu melakukan penyembelihan ke dua...ape hukumny...? Jawapan kami; Disyaratkan pada setiap sembelihan, urat halkum dan mari' haiwan dipotong dengan sempurna. Disebutkan dalam Fath al-Muin; "Ketahuilah, sesungguhnya menyembelih haiwan darat yang dapat dikuasai (bukan haiwan liar) adalah dengan memotong kesemua halkumnya, iaitu tempat keluar nafas (saluran pernafasan) dan kesemua mari'nya, iaitu tempat laluan makanan yang di bawah halkum (saluran makanan) dengan setiap benda yang tajam, yang melukakan selain tulang, gigi dan kuku seperti dengan besi, buluh, kaca, emas dan perak." Sehubungan itu, jika antara dua sembelihan tersebut tidak diselangi dengan tempoh yang lama iaitu dilakukan dengan kadar segera (tanpa bertangguh-tangguh antara sembeliha...

HARI TERAKHIR BERQURBAN

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Ustaz, bila last time kite boleh buat korban? Jawapan kami; Waktu terakhir yang diharuskan untuk melakukan ibadah korban adalah sehingga Maghrib akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah). Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari: وءاخر وقتها أي التضحية غروب الشمس من ءاخر أيام التشريق لخبر ابن حبان "في كل أيام التشريق ذبح" "Akhir waktunya, iaitu korban adalah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib) pada akhir hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah) kerana berdasarkan hadis riwayat Ibn Hibban "Pada setiap hari-hari Tasyriq sembelihan (korban)."(Tuhfah al-Tullab). Bahkan, menurut al-Khatib al-Syirbini jikalau dipotong halkum dan mari' (sembelih) haiwan sebelum sempurna matahari tenggelam pada akhir hari Tasyrik, nescaya sahlah korban tersebut (Al-Iqna'). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel                      

TEMPAT BAYAR DAM

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: assalam ust boleh x bayar dam yang x selesai masa umrah atau haji yang lepas di malaysia dan laksanakan di malaysia penyembelihan tersebut Jawapan kami; Tempat penyembelihan dam bagi dam haji atau umrah adalah khusus di Tanah Haram Mekah. Justeru, ia wajib disembelih di Tanah Haram Mekah dan dagingnya juga wajib dibahagi-bahagikan kepada orang-orang miskin yang terdapat di sekitar Tanah Haram Mekah sama ada yang bermastautin di sana atau bukan (Al-Idhah fi Manasik al-Haj). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

UPAH DAGING KEPADA PETUGAS

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Soalan : Adakah boleh bagi upah daging korban kepada penyembelih & pekerja korban? Jawapan kami; Kulit atau daging sesuatu binatang korban haram dijadikan upah kepada penyembelih atau para petugas korban. Namun, ia harus diberikan kepada penyembelih atau para petugas sebagai sedekah jika mereka miskin atau sebagai hadiah (bagi korban sunat) jika mereka bukan orang miskin (Hasyiah al-Baijuri). اليسع Wallahu a'lam. ====== SUMBER: t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

TUHFAH DAN NIHAYAH

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Kitab Tuhfah al-Muhtaj (Ibn Hajar al-Haitami) dan Nihayah al-Muhtaj (Syams al-Ramli) Sandaran Fatwa Para Ulamak Mazhab Syafi'i telah menjadikan Kitab Tuhfah al Muhtaj dan Nihayah al Muhtaj sebagai dua kitab rujukan dan sandaran utama dalam berfatwa disebabkan di dalam kedua-dua kitab tersebut pengarangnya telah menjadikan Qaul-qaul yang muktamad yang disebut dalam Kitab-kitab karangan Imam al-Nawawi dan al-Rifa'ei sebagai pegangan (I’timad) fatwa. Asas ini telah menyebabkan Tuhfah dan Nihayah sebagai kitab yang paling utama berbanding kitab-kitab lain. Dalam kitab Fawaid Makkiyah, karangan al-'Allamah Sayyid Alawi bin Sayyid Ahmad al Saqaf, dicatit sebab keutamaan Tuhfah dan Nihayah: al-'Allamah al-Kurdi berkata: تتبعوا كلامهما فوجدوا ما فيهما عمدة المذهب الشافعى رضى الله عنه "Para Ulamak telah memeriksa kandungan kedua-dua kitab tersebut, mereka mendapati isi kandungan kedua kitab tersebut merupakan UMDAH berfatwa mengikut ...