HARI TERAKHIR BERQURBAN

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak:

Ustaz, bila last time kite boleh buat korban?

Jawapan kami;

Waktu terakhir yang diharuskan untuk melakukan ibadah korban adalah sehingga Maghrib akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah).

Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari:

وءاخر وقتها أي التضحية غروب الشمس من ءاخر أيام التشريق لخبر ابن حبان "في كل أيام التشريق ذبح"

"Akhir waktunya, iaitu korban adalah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib) pada akhir hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah) kerana berdasarkan hadis riwayat Ibn Hibban "Pada setiap hari-hari Tasyriq sembelihan (korban)."(Tuhfah al-Tullab).

Bahkan, menurut al-Khatib al-Syirbini jikalau dipotong halkum dan mari' (sembelih) haiwan sebelum sempurna matahari tenggelam pada akhir hari Tasyrik, nescaya sahlah korban tersebut (Al-Iqna').
اليسع
Wallahu a'lam.

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel                      

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR