LUPA NIAT JAMAK

Selepas saya solat Zohor, baru teringat saya belum niat jamak ketika solat Zohor tadi. Adakah sah saya teruskan jamak dengan Asar?

Jawapan:

Tidak sah, kerana niat jamak perlu diniatkan ketika solat pertama (sama ada Zohor atau Maghrib). Jika selepas salam baru teringat, maka tidak boleh dijamakkan lagi, dan perlu menunggu waktu Asar nanti dan solat Asar di dalam waktunya. Cuma solat Asar itu boleh dipendekkan (qasar) menjadi 2 rakaat.

Tempoh niat jamak adalah berniat "jamak" pada mana-mana bahagian di antara permulaan takbiratul ihram hinggalah sebelum selesai beri salam pertama pada solat Zohor atau Maghrib. (Matla' al-Badrain)

Jika tidak niat jamak ketika takbiratul ihram solat pertama, masih sah lagi asalkan dia niat jamak ("aku nak jamak") sebelum dari selesai salam pertama. Tetapi jika dah beri salam solat pertama baru teringat nak jamak, maka tidak sah untuk dijamakkan lagi dengan solat kedua. Namun solat Zohornya sah cuma tidak boleh dijamakkan dengan Asar sahaja.

wallahu a'lam

Comments

  1. Saya musafir, tapi sewaktu keluar terlupa untuk niat keluar musafir. Bila waktu solat di tempat dituju baru teringat saya musafir dan boleh solat jamaq. Bolehkah saya teruskan solat jamaq qasar?

    ReplyDelete
  2. Sy bermusafir tp sy terlupa utk niat solat jamak pada waktu zohor dan ketika itu sudah masuk waktu asar. Masih boleh kah sy berniat solat jamak dan qasar? 🤔

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR