HUKUM JUAL BELI KUCING.
Apa hukum jual beli kucing? Saya dengar orang cakap tak sah? Jawapan: Di sisi mazhab Syafi'e, hukumnya harus jika ianya kucing peliharaan kerana ia mampu memberi manfaat dari segi hiburan pada manusia. Adapun kucing liar (atau kucing hutan), hukumnya tidak sah dan haram diperjual belikan kerana tiada memberi manfaat. Berkenaan hadis Nabi (sollallahu 'alaihi wa sallam) yang melarang berjual beli kucing, ulamak Syafi'iyyah mengatakan larangan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam itu merujuk kepada kucing liar sahaja, kerana tiada memberi manfaat pada manusia. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: فرع - بيع الهرة الاهلية جائز بلا خلاف عندنا إلا ما حكاه البغوي في كتابه في شرح مختصر المزني عن ابن العاص أنه قال لا يجوز وهذا شاذ باطل مردود والمشهور جوازه وبه قال جماهير العلماء نقله القاضى عياض عن الجمهور وقال ابن المنذر أجمعت الامة على أن اتخاذه جائز ورخص في بيعه ابن عباس وابن سيرين والحكم وحماد ومالك والثوري والشافعي وأحمد واسحق وأبو حنيفة وسائر أصحاب...