Posts

Showing posts with the label Fiqh Munakahat

HAK ISTERI KE ATAS SUAMINYA

Ada seorang wanita datang kepada Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam lalu bertanya: ما حق الزوج على امرأته فقال : " لا تمنعه نفسها وإن كانت على ظهر قتب ، ولا تعطي من بيته شيئا إلا بإذنه ، فإن فعلت ذلك كان له الأجر ، وعليها الوزر ، ولا تصوم يوما تطوعا إلا بإذنه ، فإن فعلت أثمت ، ولم تؤجر ، ولا تخرج من بيته إلا بإذنه ، فإن فعلت لعنتها الملائكة ، ملائكة الغضب وملائكة الرحمة ، حتى تتوب أو تراجع " . قيل : وإن كان ظالما قال :  وإن كان ظالما "Wahai Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab: "Dia tidak boleh menolak (ajakan) suaminya walaupun di atas kenderaan, juga tidak boleh memberikan sesuatu pun (harta) dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, jika dia tetap melakukannya maka suaminya mendapat pahala (atas pemberian isterinya) dan isterinya pula berdosa. Juga tidak boleh dia berpuasa sunnat melainkan dengan izinnya, jika dia tetap berpuasa juga maka dia berdosa dan tidak mendapat pahala (dari puasanya). Juga isteri tidak boleh keluar dar...

NIKAH GANTUNG

Apakah hukum nikah gantung? Jawapan: Nikah gantung atau nikah khitbah (dalam istilah fiqh dipanggil nikah misyar) ialah kedua-dua pasangan bernikah tetapi tak dapat memenuhi sepenuhnya hak isteri seperti tinggal berasingan atas beberapa faktor atau masalah. Hukumnya adalah harus (dibenarkan) dan sah akad nikahnya (jika cukup syarat & rukun nikah), bagi mengelakkan berlakunya perkara yang haram. Namun ada juga ulamak yang tidak menggalakkannya kerana hak isteri tidak dapat ditunaikan sepenuhnya walaupun ia bersifat sementara. Ikut hukum asal, seorang suami wajib memberi nafkah zahir (makan, tempat tinggal, pakaian, ubat, alat bersuci & lain-lain) dan batin pada isterinya, kecuali jika isterinya setuju dan redha (persetujuan bersama) supaya suaminya menangguh beri nafkah kerana masalah kewangan, sebab biasanya pasangan yang nikah khitbah ini masih belajar. wallahu a'lam

MENOLAK AJAKAN SUAMI KE TEMPAT TIDUR

Bagaimana hukum menolak ajakan suami ke bilik tidur atas sebab hati si isteri dilukai ? Jawapan: Isteri dilarang menolak ajakan suami ke tempat tidur kerana boleh jatuh kepada derhaka dan nusyuz, melainkan jika ada keuzuran seperti haidh, sakit dan seumpamanya yang boleh membawa pada mudharat. Bagi isteri yang merajuk atau berkecil hati, dia tetap tidak boleh menolak ajakan suaminya kerana ia bukan termasuk keuzuran yang dibenarkan. Namun isteri boleh meluahkan perasaannya pada suami sebelumnya. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلَائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur namun dia menolaknya, lalu si suami marah kepada isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya hingga subuh." (Riwayt al-Bukhori : 3237 & Muslim : 1436) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إِذَا الرَّجُلُ دَعَا زَوْجَتَهُ لِ...

SETUBUH KETIKA HAMIL

Bolehkan bersetubuh ketika isteri sedang hamil? Jawapan: Ulamak berselisih pendapat tentang hukum Ghilah (jimak ketika isteri hamil). Namun jumhur (kebanyakan) ulamak berpendapat hukumnya harus dan tidak makruh (harus selagi tidak menyakiti pasangannya). Jumhur ulamak berdalilkan sebuah hadis, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﻟَﻘَﺪْ ﻫَﻤَﻤْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃَﻧْﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻐِﻴﻠَﺔِ، ﻓَﻨَﻈَﺮْﺕُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺮُّﻭﻡِ ﻭَﻓَﺎﺭِﺱَ، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻳُﻐِﻴﻠُﻮﻥَ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ، ﻓَﻠَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ ﺫَﻟِﻚَ ﺷَﻴْﺌًﺎ "Sungguh, aku ingin menegah (kamu) dari perbuatan Ghilah, namun aku melihat orang Rom dan Parsi melakukan Ghilah terhadap anak mereka, dan ia tidak pula memudharatkan anak mereka." (Riwayat Muslim : 1442) Adapun yang diharamkan adalah bersetubuh ketika isteri keadaan haidh & nifas. Walaupun darah telah kering namun belum sempat mandi lagi, haram juga bersetubuh, melainkan selepas mandi wajib dahulu. (al-Majmu') Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih M...

SUNNAH APABILA BERNIKAH

Amalan Sunnah Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bagi pasangan yang baru berkahwin ialah, suami meletakkan tangannya di ubun isterinya sambil membacakan doa : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺧَﻴْﺮَﻫَﺎ ﻭَﺧَﻴْﺮَ ﻣَﺎ ﺟَﺒَﻠْﺘَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺷَﺮِّﻫَﺎ ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﻣَﺎ ﺟَﺒَﻠْﺘَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪ "Allahumma inni as-aluka khoirohaa, wa khoiro maa jabaltaha 'alaih. Wa a'uuzu bika min syar-rihaa, wa min syar-ri maa jabaltaha 'alaih." Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau berikan padanya, serta aku berlindung denganMu daripada keburukannya dan daripada segala keburukan yang Engkau berikan padanya." Rujukan: Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺇﺫﺍ ﺗﺰﻭﺝ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺃﻭ ﺍﺷﺘﺮﻯ ﺧﺎﺩﻣﺎ ﻓﻠﻴﻘﻞ "ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﻣﻦ ﺷﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ "Apabila salah seorang di antara kamu menikahi wanita, atau membeli seorang hamba, maka bacalah : Ya Al...