Posts

Showing posts from August, 2017

NIKAH GANTUNG

Apakah hukum nikah gantung? Jawapan: Nikah gantung atau nikah khitbah (dalam istilah fiqh dipanggil nikah misyar) ialah kedua-dua pasangan bernikah tetapi tak dapat memenuhi sepenuhnya hak isteri seperti tinggal berasingan atas beberapa faktor atau masalah. Hukumnya adalah harus (dibenarkan) dan sah akad nikahnya (jika cukup syarat & rukun nikah), bagi mengelakkan berlakunya perkara yang haram. Namun ada juga ulamak yang tidak menggalakkannya kerana hak isteri tidak dapat ditunaikan sepenuhnya walaupun ia bersifat sementara. Ikut hukum asal, seorang suami wajib memberi nafkah zahir (makan, tempat tinggal, pakaian, ubat, alat bersuci & lain-lain) dan batin pada isterinya, kecuali jika isterinya setuju dan redha (persetujuan bersama) supaya suaminya menangguh beri nafkah kerana masalah kewangan, sebab biasanya pasangan yang nikah khitbah ini masih belajar. wallahu a'lam

MUFLIS SI PENGUMPAT, UNTUNG YANG DIUMPAT

Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إن العبد يعطى كتابه يوم القيامة، فيرى فيه حسنات لم يكن عملها قط، فيقول: يا رب، من أين هذه الحسنات؟ فيقول: باغتياب الناس فيك وأنت لا تعلم "Sesungguhnya di hari Akhirat kelak, seseorang itu terkejut melihat catatan amalan (kebaikan) yang tidak pernah dilakukannya. Maka dia bertanya: "Wahai Tuhanku, dari manakah datang kebaikan yang banyak ini?" Maka Allah menjawab: "Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Rujukan: Kanz al-Ummal Untungnya orang yang diumpat, dapat pahala percuma. Si pengumpat beramal banyak hanya untuk sedekahkan pahalanya saja. Malah jika pahala si pengumpat dah habis tapi ada lagi dosa umpatannya, maka akan diambil dosa orang  yang diumpat dan dipindah ke si pengumpat, seterusnya akan dihumban ke dalam neraka Allah. wal'iyazubillah. Untung yang diumpat, muflis si pengumpat balasan dari kejian mulutnya sendiri. wallahu a'lam

SOLAT SUNAT KETIKA IMAM SEDANG BERKHUTBAH JUMAAT

Hukum solat sunat ketika khatib sedang berkhutbah, terbahagi kepada 2 keadaan, boleh menjadi sunat dan boleh menjadi haram. Dihukum sunat: Apabila baru masuk masjid, disunatkan dia solat sunat Jumaat atau tahiyyatul masjid walaupun imam sedang berkhutbah. Tapi jika dia memilih sunat Jumaat, maka akan dapat fadhilat tahiyyatul masjid juga. Illah disunatkan solat kerana dia baru masuk ke masjid, maka tiada larangan walaupun imam sedang berkhutbah. Dan solat 2 rakaat itu dilakukan secara ringkas sahaja. Dihukum haram: Jika sudah lama hadir dalam masjid, sedangkan dia mula solat sunat ketika imam sedang berkhutbah, menurut pendapat muktamad (mazhab Syafi'e) hukumnya haram, kerana yang dituntut solat sunat ketika itu hanyalah mereka yang baru masuk masjid sahaja. Penyelesaian bagi yang hadir awal: Bagi yang sudah lama hadir masjid (dianjurkan datang seawal mungkin), dia dibenarkan solat sunat Jumaat selepas dari azan pertama, namun dilarang dia menangguhkan solatnya sekira-k

MANDI WAJIB DALAM KOLAM

Bolehkah mandi wajib di dalam swimming pool atau kolam air? Jawapan: Boleh dan sah, asalkan air kolam itu tidak kurang dari 2 qullah, dan tiada najis yang mengubahkan bau atau rasa atau warna pada air itu. Rujukan: Dalam Fathul Mu'in karangan Syeikh Zainuddin al-Malibari: "(Apabila mandi wajib dalam kolam air maka) terhasil (pahala sunat) di dalam air yang tenang dengan (cara) digerak-gerakkan semua anggota badannya sebanyak tiga kali." [Fathul Mu'in] Dalam Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Arsyad al-Banjari: "Dan jikalau mandi (wajib) seorang dengan menyelam ke dalam air yang mengalir (seperti sungai) maka memadai ia (untuk mendapatkan sunat) pada menigai (sunat tiga kali) itu (dengan cara) lalu (yakni mengalir) atasnya tiga jerih air." [Sabilal Muhtadin] wallahu a'lam

Menyalahi Nafsu

Apabila nafsu malas bangun malam dan bangun subuh, bersegera untuk bangun. Apabila nafsu malas berzikir, cepat-cepat berzikir. Apabila nafsu malas berwudhu dan baca al-Quran, bersegera melakukannya. Apabila nafsu amarah terjadi, ucapkan ta'awuz (sabit dari hadis). Apabila nafsu nak lihat yang haram, segera alihkan pandangan. Jangan mudah tewas dengan hawa nafsu, kerana kebanyakan darinya membawa pada kebinasaan. Bila ia datang, bersegera melawan dan menyalahinya (melakukan sebaliknya). Semoga kita diberi taufiq melakukannya. Allahumma amin.

HUKUM JUAL BELI KUCING.

Apa hukum jual beli kucing? Saya dengar orang cakap tak sah? Jawapan: Di sisi mazhab Syafi'e, hukumnya harus jika ianya kucing peliharaan kerana ia mampu memberi manfaat dari segi hiburan pada manusia. Adapun kucing liar (atau kucing hutan), hukumnya tidak sah dan haram diperjual belikan kerana tiada memberi manfaat. Berkenaan hadis Nabi (sollallahu 'alaihi wa sallam) yang melarang berjual beli kucing, ulamak Syafi'iyyah mengatakan larangan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam itu merujuk kepada kucing liar sahaja, kerana tiada memberi manfaat pada manusia. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: فرع - بيع الهرة الاهلية جائز بلا خلاف عندنا إلا ما حكاه البغوي في كتابه في شرح مختصر المزني عن ابن العاص أنه قال لا يجوز وهذا شاذ باطل مردود والمشهور جوازه وبه قال جماهير العلماء نقله القاضى عياض عن الجمهور وقال ابن المنذر أجمعت الامة على أن اتخاذه جائز ورخص في بيعه ابن عباس وابن سيرين والحكم وحماد ومالك والثوري والشافعي وأحمد واسحق وأبو حنيفة وسائر أصحاب

AIR MUSTAKMAL

Bahagian air yang ke-3 dinamakan air mustakmal, iaitu bekas atau sisa air yang jatuh/terpisah selepas dari basuhan kali pertama (basuhan wajib) yang digunakan untuk bersuci, yakni bersuci bagi: 1. Mengangkat hadas kecil - yakni berwudhu' 2. Mengangkat hadas besar - yakni mandi wajib (kerana berjunub atau haidh atau nifas atau wiladah) 3. Membasuh najis - seperti najis hukmi yang tidak nampak dengan mata kasar Hukum air mustakmal adalah: "Airnya suci (tidaklah najis) namun tidak sah dibuat bersuci (tidak sah guna untuk wudhu', mandi wajib & basuh najis)." Contoh terjadi air mustakmal: 1. Kita mengetahui bahawa basuhan kali pertama pada keseluruhan anggota wudhu' pada muka, tangan, kepala & kaki adalah basuhan yang wajib (rukun), manakala basuhan ke-2 dan ke-3 pada angota tersebut adalah sunat, bermakna sisa air yang jatuh/terpisah/menitis selepas dari basuhan kali pertama (basuhan wajib) adalah dihukum air mustakmal. Adapun titisan air yang jatu

AIR SABUN TERMASUK DALAM BALDI

Ada yang kata jika mandi wajib perlu air mutlak, maka jika air tadahan dalam baldi tersebut terkena sedikit air sabun, adakah air tu dah tak jadi air mutlak dan jadi air mustakmal? Dan tak boleh buat  untuk mandi wajib? Jawapan: Jika termasuk sikit-sikit air sabun dalam baldi tak apa, melainkan jika banyak sangat termasuk air sabun sehingga satu baldi itu berbau air sabun, atau keseluruhan air jadi berbuih sabun, dan bila orang tengok pun akan berkata "ni air sabun ni", maka ketika itu barulah tidak  boleh diguna air dalam baldi itu, kerana ia telah dihukum sebagai air Mutaghoyyir (air yang bercampur sesuatu yang suci yang telah mengubahkan salah satu dari 3 sifat air sehingga hilang panggilan air mutlak pada air tersebut). wallahu a'lam

ADAB JUMAAT (Siri 1)

ADAB JUMAAT (Siri 1) Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Ketahuilah hari Jumaat adalah hari raya bagi orang mukmin. Ia hari mulia yang dikhususkan oleh Allah bagi umat ini. Pada Jumaat ini ada satu waktu yang mustajab doa bagi hambanya, tidak seiringan waktu itu dengan hajatnya melainkan pasti Allah akan kabulkannya. Bersiaplah dirimu memasuki hari Jumaat dengan dimulakan pada hari Khamis, hendaklah membersihkan pakaianmu, petang Khamis itu banyakkanlah bertasbih (subhanallah) dan istighfar (astaghfirullah), kerana kelebihan pada waktu itu sama seperti hari Jumaat. (Selepas masuk Maghrib) berniatlah untuk puasa (sunat) hari Jumaat, namun perlulah diiringi dengan hari Khamis atau Sabtu, kerana ada tegahan (makruh) mengkhususkan puasa (sunat) pada Jumaat sahaja. Apabila waktu Subuh, mandilah dengan niat mandi Jumaat kerana ianya sunat muakkad, kemudian (bagi lelaki) berhiaslah dengan pakaian berwarna putih kerana ia pakaian yang lebih dikasihi Allah dan pakai

SOLAT JAMAK

Jamak (gabung) ialah menggabungkan dua solat fardhu dalam satu waktu, sama ada digabungkan dalam waktu pertama atau waktu kedua. Solat yang boleh dijamakkan hanyalah: 1. Solat Zohor + Asar 2. Solat Maghrib + Isyak Tidak boleh solat Asar digabungkan dengan Maghrib, atau solat Subuh digabungkan dengan Zohor. Jamak taqdim & jamak ta'khir 1. Jamak taqdim (awal) = Dua solat fardhu yang digabungkan, dan dilakukan kedua-dua solat itu di dalam waktu yang pertama. Contohnya digabungkan Zohor + Asar, kedua-dua solat itu dilakukan dalam waktu Zohor (waktu pertama di antara kedua-dua solat itu), manakala Maghrib + Isyak, kedua-dua solat itu dilakukan dalam waktu Maghrib (waktu pertama di antara kedua-dua solat itu). 2. Jamak ta'khir (akhir) = Dua solat fardhu yang digabungkan, dan dilakukan kedua-dua solat itu dalam waktu yang kedua. Contohnya Zohor + Asar, kedua-dua solat itu dilakukan dalam waktu Asar (waktu kedua di antara kedua-dua solat itu), manakala Maghrib + Isy

ADAB JUMAAT (Siri 2)

Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Kemudian apabila kamu masuk di masjid, usahalah untuk berada di saf yang awal (pertama). Jika orang sudah ramai, jangan pula kamu melangkahi bahu-bahu mereka, dan janganlah lintas di hadapan mereka yang sedang solat. Duduklah berdekatan dinding atau tiang agar orang lain tidak melintas di hadapanmu. Dan janganlah kamu duduk sebelum melakukan dahulu solat tahiyyatul masjid dan lebih baik jika dilakukan sebanyak empat rakaat. Dan pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Disebutkan dalam satu riwayat (hadis) bahawa: "Siapa yang mengerjakan yang demikian itu, dia tidak meninggal dunia kecuali setelah dia melihat tempatnya di Syurga atau orang lain akan melihatnya". Janganlah kamu meninggalkan solat tahiyyatul masjid (apabila baru masuk) walaupun imam sedang berkhutbah (tetapi secara ringkas sahaja kerana imam telah berkhutbah). Dan disunatkan kamu solat empat rakaat (sun

SIFAT DIAM

SIFAT DIAM & PERBANYAK ZIKIR Seseorang yang banyak diam itu bukan kerana dia tidak suka bercakap, tetapi tiada perkataan baik yang ingin dikatakan, maka dia diam, dan itu lebih baik baginya. Inilah tanda orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baiklah ataupun diam." (Riwayat al-Bukhori : 6018 & Muslim : 47) Baginda bersabda lagi: "Siapa yang dapat manjamin kepadaku (yakni menjaga) apa yang berada antara dua rahangnya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjaminnya Syurga." (Riwayat al-Bukhori : 6474) Jika kurang berzikir, akan banyaklah bercakap. Tetapi jika banyak berzikir, akan kurang bercakap, ini kerana dia akan mencari masa dan tempat untuk menyendiri agar dapat berzikir. Sedangkan orang yang banyak bercakap akan mencari-cari masa untuk bersembang, seperti bersembang di kedai kopi. Jika kurang bercakap, maka kura

SAMBUT MAULID

Hukum Sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Oleh: Al-Amir Tarmizi Perayaan mawlid-ur-rasūl tidak pernah dilakukan oleh para salaf-us-ṣālih di kurun ketiga yang pertama, meskipun mereka mengagungkan dan menyayangi RasūlulLāh Ṣ.‘A.W di mana kecintaan (dan kasih-sayang) mereka kepada baginda sama sekali tidak dapat ditandingi oleh umat Islam masa kini. Walau bagaimanapun, ia (sambutan tersebut) adalah aktiviti yang elok jika pelakunya mempunyai tujuan yang baik menghimpunkan orang-orang yang ṣālih dan berṣalawat ke atas RasūlulLāh Ṣ.‘A.W, memberikan makanan kepada golongan fakir dan miskin, dan ianya diberikan pahala oleh الله dengan syarat perlakuan tersebut (memberikan makanan) dilakukan sepanjang masa (tidak terhad ketika sambutan mawlid-ur-rasūl sahaja). Imām Ash-Shāfi‘īy r.ḥ (meninggal 204H) berkata : “Perkara-perkara baru itu terbahagi kepada dua, pertamanya, apa-apa perkara baru yang menyalahi kitāb (Al-Qur’ān) atau sunnah atau āthār atau ijmā‘, maka ia adalah bid‘ah yang se

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

Adakah wajib solat Jumaat jika hari raya adha atau fitri jatuh pada hari Jumaat? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, tetap diwajibkan Jumaat bagi mereka yang wajib Jumaat. Adapun kelonggaran meninggalkannya hanya bagi penduduk kawasan pedalaman, seperti kampung yang jauh dengan kota atau bandar, kerana akan menyulitkan mereka keluar ke bandar berulang kali bagi menghadiri solat raya di pagi hari dan solat Jumaat pula di waktu Zohor, namun mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Adapun bagi yang tidak hadir solat raya di pagi hari, tidak timbul kesulitan yang berulang, maka diwajibkan juga bagi mereka untuk solat Jumaat. (al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Bughyatul Mustarsyidin) Cuma mungkin tidak ramai golongan yang digugurkan Jumaat ini, kerana realitinya di Malaysia hampir setiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang membolehkan mereka pergi dengan mudah. Dalil bagi mazhab Syafi'e adalah riwayat dari 'Usman bin 'Affan R.A, Nabi sollallahu '

IMAM ANAK MUMAYYIZ

IMAM ANAK MUMAYYIZ Adakah sah anak yang belum baligh tapi sudah mumayyiz menjadi imam kepada orang dewasa? Jawapan: Sah, asalkan sudah mumayyiz, yakni dapat membezakan baik dan buruk dan boleh melakukan beberapa perkara dengan sendiri seperti makan, minum dan lain-lain, dalam sekitar 7 tahun ke atas sehingga baligh. Rujukan: Sayyid Abu Bakar Syatho di dalam I'anah at-Tholibin (2/56) berkata: تنبيه - تصح أيضا قدوة الكامل بالصبي، لأن عمرو بن سلمة - بكسر اللام - كان يؤم قومه على عهد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وهو ابن ست أو سبع سنين - كما رواه البخاري "Tanbih - Sah juga qudwah (ikutan) orang dewasa dengan kanak-kanak lelaki (sebagai imam), kerana 'Amr bin Salamah pernah menjadi imam pada kaumnya ketika zaman Rasulullah sollallaahu 'alaihi wa sallam ketika usianya 6 atau 7 tahun, sepertimana riwayat dari al-Bukhari." [I'anah at-Tholibin] Wallahu a'lam

SUNNAH KETIKA MAKAN

Beberapa hadis tentang sunnah ketika makan: 1 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Jika minum pula, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya, dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Muslim : 2020, Abu Daud : 3776, at-Tirmizi : 1799) 2 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, janganlah makan dengan tangan kirinya. Jika minum pula, janganlah minum dengan tangan kirinya. Jika dia menerima (sesuatu benda), janganlah mengambilnya dengan tangan kiri. Dan jika dia memberi (sesuatu) pula, janganlah memberinya dengan tangan kiri." (Riwayat Ahmad : 5/311) 3 - Dari Abu Iyas Salamah R.A, beliau berkata: "Ada seorang lelaki makan dengan tangan kiri berdekatan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam. Maka Baginda bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Kemudian lelaki itu berkata: &qu

FAHAMAN WAHHABI

FAHAMAN WAHHABI Oleh: Ustaz Rasyiq Bin Mohd Alwi (Abu Syafiq) Fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama' untuk membongkar dan memperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini bertunjangkan kepada pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Khariji(al-Jauzi) pada kurun ke tujuh hijrah. Aliran ini membawa konsep Bid'ah yang bercanggah dengan Jumhur Ulama'. Aliran ini membawa percanggahan dalam permasalahan aqidah iaitu: 1. Membawa Qaedah tauhid “Tiga T” yang tidak pernah wujud di dalam sejarah Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah. 2. Membawa fahaman “Tajsim dan Tasybih”. 3. Menolak Sifat Dua Puluh. 4. Menghukum Syirik amalan tawassul, tabarruq, ziarah qubur dan isthtighathah. 5. Mengkafirkan ramai Ulama’-Ulama’ yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ari, perumus aliran Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah. 6. Mengelirukan faham Takwil , Ta‘til dan Tafwid. 7. Mendakwa dari golongan salaf. 8. Menta‘zimkan

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI Oleh: Ustaz Rasyiq Mohd Alwi Saya juga selalu mendengar nama tokoh ulama Islam ini dipersada media dan pernah berjumpa dengan beliau seperti mana ulama-ulama lain juga berjumpa dan menuntut ilmu daripada beliau. Setelah dikaji secara detail didapati Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang bersikap lembut terhadap perkara keimanan dan bersikap tegas terhadap perkara yang kufur. Beliau merupakan ulama yang bersikap tawadhu' dan baik hati. Tidaklah melampau sekirannya digelarkan beliau sebagai Syekhul Islam zaman ini iaitu ulama yang mempertahankan akidah Islam dan menyerang musuh-musuh Islam seperti Musyabbihah dan selainnya dengan hujjah dan dalil.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ramadhan 1429 yang lalu. Al-Fatihah buat beliau. Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H saya (Ustaz Rasyiq Mohd Alwi) berkesempatan bersama dalam majlis khas dengan Syiekh Dr. Ali Jum’ah pada jam 9.00pagi bertempat di P