SAMBUT MAULID

Hukum Sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh

Oleh: Al-Amir Tarmizi

Perayaan mawlid-ur-rasūl tidak pernah dilakukan oleh para salaf-us-ṣālih di kurun ketiga yang pertama, meskipun mereka mengagungkan dan menyayangi RasūlulLāh Ṣ.‘A.W di mana kecintaan (dan kasih-sayang) mereka kepada baginda sama sekali tidak dapat ditandingi oleh umat Islam masa kini.

Walau bagaimanapun, ia (sambutan tersebut) adalah aktiviti yang elok jika pelakunya mempunyai tujuan yang baik menghimpunkan orang-orang yang ṣālih dan berṣalawat ke atas RasūlulLāh Ṣ.‘A.W, memberikan makanan kepada golongan fakir dan miskin, dan ianya diberikan pahala oleh الله dengan syarat perlakuan tersebut (memberikan makanan) dilakukan sepanjang masa (tidak terhad ketika sambutan mawlid-ur-rasūl sahaja).

Imām Ash-Shāfi‘īy r.ḥ (meninggal 204H) berkata :

“Perkara-perkara baru itu terbahagi kepada dua, pertamanya, apa-apa perkara baru yang menyalahi kitāb (Al-Qur’ān) atau sunnah atau āthār atau ijmā‘, maka ia adalah bid‘ah yang sesat; dan keduanya, apa-apa perkara baru yang baik yang tidak menyalahi salah satu yang tersebut, maka ia adalah perkara baru yang tidak dicela.”

‘Umar r.‘a berkata tentang mendirikan (ṣalāt tarāwīḥ di bulan) Ramaḍān: “Sebaik-baik bid‘ah ialah ini.”

Maksud beliau ialah perkara demikian adalah hal yang baru, tidak pernah ada sebelum ini. Disebabkan ia adalah begitu (bid‘ah yang baik), ia tidaklah boleh ditolak apa-apa (hukum) yang telah lalu. Maka, bid‘ah yang baik itu telah disepakati akan keharusan melakukannya dan galakan kepadanya dengan harapan mendapat pahala bagi mereka yang mempunyai niat yang baik padanya, iaitu setiap perkara baru yang berbetulan dengan kaedah-kaedah sharī‘ah tanpa menyalahinya sesuatu pun, tentulah tiada kemudaratan dari segi shara‘ untuk melakukannya.

========

SUMBER : mohdtarmizi.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR