Posts

Showing posts with the label Khilafiyyah

PENTING BERMAZHAB

Salam. Kenapa kena ada mazhab? Tak perlu guna hadis ke? Zaman Nabi tak ada mazhab. Jawapan: Mazhab ni bagi membantu orang awam untuk memahami agama/hukum syarak, untuk beramal dalam ibadat seperti solat, puasa, haji, bermuamalat, amalkan hukum munakahat, untuk qadhi jatuhkan hukum jinayat. Kita sebagai orang awam mampu baca beberapa sahaja hadis, itu pun terjemahan. Baca dan memahami hadis itu berbeza. Kita tidak mampu baca & faham & hafal berpuluh ribu matan hadis berserta sanad, kita tidak mampu tafsir al-Quran malah haram bagi orang awam menafsir al-Quran sendiri kerana tiada ilmu alat, dan macam-macam lagi kekurangan pada kita. Maka oleh kerana kita tidak cukup ilmu, wajiblah kita bertaqlid pada salah satu mazhab. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: ...فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا "..Mereka beri fatwa tanpa ilmu. Maka mereka itu sesat, malah menyesatkan orang lain (yang mengikutinya)." (Riwayat al-Bukhori : 100...

SAMBUT MAULID

Hukum Sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Oleh: Al-Amir Tarmizi Perayaan mawlid-ur-rasūl tidak pernah dilakukan oleh para salaf-us-ṣālih di kurun ketiga yang pertama, meskipun mereka mengagungkan dan menyayangi RasūlulLāh Ṣ.‘A.W di mana kecintaan (dan kasih-sayang) mereka kepada baginda sama sekali tidak dapat ditandingi oleh umat Islam masa kini. Walau bagaimanapun, ia (sambutan tersebut) adalah aktiviti yang elok jika pelakunya mempunyai tujuan yang baik menghimpunkan orang-orang yang ṣālih dan berṣalawat ke atas RasūlulLāh Ṣ.‘A.W, memberikan makanan kepada golongan fakir dan miskin, dan ianya diberikan pahala oleh الله dengan syarat perlakuan tersebut (memberikan makanan) dilakukan sepanjang masa (tidak terhad ketika sambutan mawlid-ur-rasūl sahaja). Imām Ash-Shāfi‘īy r.ḥ (meninggal 204H) berkata : “Perkara-perkara baru itu terbahagi kepada dua, pertamanya, apa-apa perkara baru yang menyalahi kitāb (Al-Qur’ān) atau sunnah atau āthār atau ijmā‘, maka ia adalah bid‘ah yang se...

FAHAMAN WAHHABI

FAHAMAN WAHHABI Oleh: Ustaz Rasyiq Bin Mohd Alwi (Abu Syafiq) Fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama' untuk membongkar dan memperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini bertunjangkan kepada pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Khariji(al-Jauzi) pada kurun ke tujuh hijrah. Aliran ini membawa konsep Bid'ah yang bercanggah dengan Jumhur Ulama'. Aliran ini membawa percanggahan dalam permasalahan aqidah iaitu: 1. Membawa Qaedah tauhid “Tiga T” yang tidak pernah wujud di dalam sejarah Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah. 2. Membawa fahaman “Tajsim dan Tasybih”. 3. Menolak Sifat Dua Puluh. 4. Menghukum Syirik amalan tawassul, tabarruq, ziarah qubur dan isthtighathah. 5. Mengkafirkan ramai Ulama’-Ulama’ yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ari, perumus aliran Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah. 6. Mengelirukan faham Takwil , Ta‘til dan Tafwid. 7. Mendakwa dari golongan salaf. 8. Menta‘zimkan...

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI Oleh: Ustaz Rasyiq Mohd Alwi Saya juga selalu mendengar nama tokoh ulama Islam ini dipersada media dan pernah berjumpa dengan beliau seperti mana ulama-ulama lain juga berjumpa dan menuntut ilmu daripada beliau. Setelah dikaji secara detail didapati Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang bersikap lembut terhadap perkara keimanan dan bersikap tegas terhadap perkara yang kufur. Beliau merupakan ulama yang bersikap tawadhu' dan baik hati. Tidaklah melampau sekirannya digelarkan beliau sebagai Syekhul Islam zaman ini iaitu ulama yang mempertahankan akidah Islam dan menyerang musuh-musuh Islam seperti Musyabbihah dan selainnya dengan hujjah dan dalil.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ramadhan 1429 yang lalu. Al-Fatihah buat beliau. Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H saya (Ustaz Rasyiq Mohd Alwi) berkesempatan bersama dalam majlis khas dengan Syiekh Dr. Ali Jum’ah pada jam 9.00pagi bertempat di P...

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 3)

Hadis yang sama maknanya tapi berbeza hukum di sisi Syeikh al-Albani Ustaz Khafidz Soroni berkata: "Hukum yang dibuat oleh Syeikh al-Albani رحمه الله ke atas hadis-hadis sebahagiannya berdasarkan satu jalan riwayat sahaja. Justeru, cara sedemikian akan menghasilkan suatu hukum yang kurang tepat ke atas sesuatu hadis. Bahkan bercanggah (berbeza hukum) antara satu hasil karya dengan satu hasil karya yang lain. Maka, bagaimana orang yang memegang satu hasil karyanya sahaja dapat berasa yakin dengan hukum hadis yang diberikan di dalamnya?" Ustaz Khafidz juga menyenaraikan beberapa contoh kajian al-Albani yang meletakkan dua atau tiga hukum yang berbeza di dalam hadis yang sama maknanya. Boleh lihat laman beliau: http://sawanih.blogspot.my/2011/05/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian.html Wallahu a'lam

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 2)

Perubahan Hukum Hadis al-Albani Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Sebagai tambahan kepada kajian Syeikh Ahmad Darwisy di atas, Syeikh al-Albani dikatakan telah menarik balik semula sebahagian penilaian hadisnya (tashih dan tad‘if) yang diberikan kepada sesetengah hadis. Jumlahnya adalah kira-kira 222 buah hadis yang telah dihimpunkan oleh Muhammad Hasan al-Syaykh dalam kitab (تراجع العلامة الألباني فيما نص عليه تصحيحا و تضعيفا), terbitan Maktabah al-Ma‘arif: Riyadh, 2002. Menurut Ustaz Adlan Abd. Aziz dalam satu tulisannya: "Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadith-hadith yang telah diubah penilaian terhadapnya (hadis yang sama makna tapi berbeza hukum) oleh al-Albani ialah: Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik ‘Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafa'is, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang murid al-Albani iaitu Dr. Umar al-Asyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai ...

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 1)

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani? Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Barangkali sudah menjadi ketetapan, orang yang ingin membicarakan soal kajian hadis pada masa kini tidak dapat lari lagi dari menyebut nama ‘al-Albani’ dan membicarakan hasil-hasil penilaian hadisnya. Ia kemungkinan adalah kesan dari penyebaran karya-karya beliau secara besar-besaran oleh pihak yang mendokong pemikirannya. Malah kebanyakannya dapat diperoleh secara percuma melalui atas talian (online) sahaja. Apa yang dikhuatirkan ialah akan berlaku 'kemandulan’ dalam soal penilaian hadis. Justeru, hadis yang telah dinilai hukumnya oleh al-Albani itu sahaja yang harus diterima dan dipegang kuat-kuat, walaupun sarjana-sarjana besar hadis menilai hukum sebaliknya. Maka penilaian al-Tirmizi, atau al-Daraqutni, atau al- Baihaqi, atau al-’Iraqi, atau al-Zahabi, atau Ibn Hajar, atau al-Busiri, atau al-Haythami, atau selain mereka sudah tidak ada nilai apa-apa, jika al-Albani sudah menghukum se...

Syeikh al-Albani : Dhol Mudhil ?

Syeikh al-Albani... Dhal Mudhil (sesat lagi meyesatkan) ?? Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Ditanya seorang mahasiswa Indonesia: "Maaf sekiranya soalan saya ini agak menukik (maksudnya bersifat tajam), iaitu Syeikh Yasin al-Fadani ada mengatakan tentang Syeikh Nasiruddin al-Albani sebagai dhal mudhil (sesat lagi menyesatkan), maka apakah pandangan ustaz mengenainya?" Soal seorang mahasiswa Indonesia. Memang agak 'menukik' kerana soalan itu didengar oleh semua hadirin yang ada, termasuk pembentang-pembentang kertas kerja yang terdiri daripada profesor-profesor, doktor-doktor, para pensyarah, para pengkaji/ penyelidik, dan para mahasiswa universiti. Dan soalan yang ditujukan kepada saya itu pastinya perlu dijawab kerana kertas kerja saya berhubung tentang Syeikh Yasin Padang. Malah saya juga tahu bahawa di UKM ini ada pendokong-pendokong Syeikh al-Albani, atau orang-orang yang melihat al-Albani sebagai tokoh hadith yang tidak wajar direndah-rendahkan. Maka jawapan say...

WUDHUK APABILA SENTUH BUKAN MAHRAM

Berikan pencerahan sentuh bukan mahram yang boleh membatalkan wudhu. Jawapan: Dalam mazhab Syafi'e, menyentuh kulit bukan mahram tanpa lapik membatalkan wudhu', termasuk pasangan suami/isteri, sama ada sengaja atau tidak, bersyahwat ataupun tidak, tetap batal. Namun jika berlapik, tidak batal walaupun lapikannya nipis. Adapun gigi, kuku dan rambut juga tidak batal apabila disentuh kerana ia bukanlah kulit. Bagaimana pula dengan lidah? Menurut TG Hj Halim Sa'ad, menyentuh lidah juga membatalkan wudhu'. Adapun menyentuh yang mahram (orang yang haram kahwin) tidak batal wudhu seperti ahli keluarga kandung. Walaupun hukum ini khilaf di kalangan ulamak mazhab, namun tidak semudahnya kita beralih kepada pendapat yang mengatakan tidak batal, kerana ia boleh membawa kepada tidak sahnya ibadat wudhuk tersebut, dek kerana telah mencampurkan dua mazhab dalam satu-satu ibadat (rukun wudhu menggunakan mazhab Syafi'e dan perkara yang batalkan wudhu menggunakan mazhab Hanafi...