Posts

Showing posts with the label Biografi

IMAM AL-NAWAWI (Siri 4)

IMAM AL-NAWAWI (Siri 4) Ditulis oleh Ustaz Salehuddin bin Abu Samah (Dipetik dari Majalah Al-Ustaz, Isu 06) Membina Keilmuan di Damsyik Ketika berusia 19 tahun, ayahnya membawa al-Nawawi ke Damsyik. Pada masa itu, kota ini memang kaya dengan ilmu dan ulama. Al-Nawawi segera menumpukan seluruh masa dan kesungguhannya untuk menuntut ilmu. Setiap hari, ia menghadiri 12 pengajian dengan guru yang berbeza dan di tempat yang berjauhan. Beliau juga mengkaji pelbagai bidang ilmu antaranya fiqah, hadis, tafsir, bahasa Arab dan lain-lain. Dek keterangan hatinya, al-Nawawi boleh menghafal kitab al-Tanbih (kitab fiqh yang sangat tebal) hanya dalam masa empat bulan. Begitu juga kitab-kitab penting lain dihafalnya dalam masa yang singkat sahaja. Satu lagi sikap menarik Imam al-Nawawi, beliau enggan menerima pemberian daripada siapa pun. Beliau hanya makan daripada bekalan yang dibawakan ayahnya setiap minggu. Beliau ingin memastikan hanya makanan halal sahaja yang masuk ke dalam tubuhnya. Pe...

TUHFAH DAN NIHAYAH

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Kitab Tuhfah al-Muhtaj (Ibn Hajar al-Haitami) dan Nihayah al-Muhtaj (Syams al-Ramli) Sandaran Fatwa Para Ulamak Mazhab Syafi'i telah menjadikan Kitab Tuhfah al Muhtaj dan Nihayah al Muhtaj sebagai dua kitab rujukan dan sandaran utama dalam berfatwa disebabkan di dalam kedua-dua kitab tersebut pengarangnya telah menjadikan Qaul-qaul yang muktamad yang disebut dalam Kitab-kitab karangan Imam al-Nawawi dan al-Rifa'ei sebagai pegangan (I’timad) fatwa. Asas ini telah menyebabkan Tuhfah dan Nihayah sebagai kitab yang paling utama berbanding kitab-kitab lain. Dalam kitab Fawaid Makkiyah, karangan al-'Allamah Sayyid Alawi bin Sayyid Ahmad al Saqaf, dicatit sebab keutamaan Tuhfah dan Nihayah: al-'Allamah al-Kurdi berkata: تتبعوا كلامهما فوجدوا ما فيهما عمدة المذهب الشافعى رضى الله عنه "Para Ulamak telah memeriksa kandungan kedua-dua kitab tersebut, mereka mendapati isi kandungan kedua kitab tersebut merupakan UMDAH berfatwa mengikut ...

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI Oleh: Ustaz Rasyiq Mohd Alwi Saya juga selalu mendengar nama tokoh ulama Islam ini dipersada media dan pernah berjumpa dengan beliau seperti mana ulama-ulama lain juga berjumpa dan menuntut ilmu daripada beliau. Setelah dikaji secara detail didapati Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang bersikap lembut terhadap perkara keimanan dan bersikap tegas terhadap perkara yang kufur. Beliau merupakan ulama yang bersikap tawadhu' dan baik hati. Tidaklah melampau sekirannya digelarkan beliau sebagai Syekhul Islam zaman ini iaitu ulama yang mempertahankan akidah Islam dan menyerang musuh-musuh Islam seperti Musyabbihah dan selainnya dengan hujjah dan dalil.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ramadhan 1429 yang lalu. Al-Fatihah buat beliau. Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H saya (Ustaz Rasyiq Mohd Alwi) berkesempatan bersama dalam majlis khas dengan Syiekh Dr. Ali Jum’ah pada jam 9.00pagi bertempat di P...

Ulamak : Syaikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1917-2014)

Image
Syaikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1917-2014) Ditulis oleh: Abu Irfah Pada hari Isnin 27 Januari  tahun 2014 bersama 25 Rabiul Awwal 1435H,  dunia telah kehilangan seorang tokoh ulama,  pemikir Islam yang hebat, iaitu al-‘Allamah al-Syaikh Dr Abdul Karim Zaidan bekas Muraqib Aam bagi jamaah Ikhwan Muslimin di Iraq. Beliau telah meninggal dunia di bandar San’aa’, ibu negara Yaman. Sepanjang hayatnya penuh dengan sumbangan ilmu, pemikiran, tarbiah, pengajaran dan penulisan. Beliau yang berasal dari Iraq meninggal dunia ketika umurnya 97 tahun. Beliau telah menetap di Yaman dan mengajar di Universiti Iman semenjak tahun 90an. Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan terkenal sebagai tokoh dakwah dan pemikir Islam, menjadi pakar rujuk dan telah menulis puluhan karya dalam perundangan, syariah dan pendidikan Islam. Syeikh Abdul Karim juga dianggap sebagai seorang ulama yang hebat, berani mempertahankan Islam dalam apa-apa isu dan sangat menitikberatkan kesatuan rakyat Ir...