Posts

Showing posts from July, 2017

MENOLAK AJAKAN SUAMI KE TEMPAT TIDUR

Bagaimana hukum menolak ajakan suami ke bilik tidur atas sebab hati si isteri dilukai ? Jawapan: Isteri dilarang menolak ajakan suami ke tempat tidur kerana boleh jatuh kepada derhaka dan nusyuz, melainkan jika ada keuzuran seperti haidh, sakit dan seumpamanya yang boleh membawa pada mudharat. Bagi isteri yang merajuk atau berkecil hati, dia tetap tidak boleh menolak ajakan suaminya kerana ia bukan termasuk keuzuran yang dibenarkan. Namun isteri boleh meluahkan perasaannya pada suami sebelumnya. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلَائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur namun dia menolaknya, lalu si suami marah kepada isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya hingga subuh." (Riwayt al-Bukhori : 3237 & Muslim : 1436) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إِذَا الرَّجُلُ دَعَا زَوْجَتَهُ لِ

HUKUM WANITA HAIDH BERWUDHUK

Kita lihat dulu hukum berwudhuk bagi wanita yang berjunub (bersetubuh atau keluar mani). Dalam Hasyiah al-Jamal karangan Syeikh Sulaiman al-Jamal, dinyatakan bahawa lelaki dan wanita yang dalam keadaan junub dianjurkan berwudhuk dalam beberapa keadaan, yakni: 1. Sebelum tidur 2. Sebelum makan 3. Sebelum minum 4. Sebelum berjima', dan sebagainya. Berkenaan hukum berwudhuk bagi wanita haidh pula, boleh merujuk kenyataan Imam an-Nawawi di bawah: Dalam Syarah Sohih Muslim, Imam an-Nawawi menyatakan bahawa wanita yang haidh dan nifas (yang darahnya masih mengalir dan belum kering) tidak disunatkan untuk berwudhuk, kecuali jika darahnya telah berhenti (sudah kering namun belum mandi wajib), maka dianjurkan untuk berwudhuk. Ini kerana, wanita yang telah berhenti (kering) darahnya sama sahaja (hukum) seperti wanita yang berjunub (yang disunatkan berwudhuk dalam beberapa keadaan). Kesimpulannya, wanita haidh & nifas yang belum kering darahnya tidak disunatkan berwuduk, mala

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 3)

Hadis yang sama maknanya tapi berbeza hukum di sisi Syeikh al-Albani Ustaz Khafidz Soroni berkata: "Hukum yang dibuat oleh Syeikh al-Albani رحمه الله ke atas hadis-hadis sebahagiannya berdasarkan satu jalan riwayat sahaja. Justeru, cara sedemikian akan menghasilkan suatu hukum yang kurang tepat ke atas sesuatu hadis. Bahkan bercanggah (berbeza hukum) antara satu hasil karya dengan satu hasil karya yang lain. Maka, bagaimana orang yang memegang satu hasil karyanya sahaja dapat berasa yakin dengan hukum hadis yang diberikan di dalamnya?" Ustaz Khafidz juga menyenaraikan beberapa contoh kajian al-Albani yang meletakkan dua atau tiga hukum yang berbeza di dalam hadis yang sama maknanya. Boleh lihat laman beliau: http://sawanih.blogspot.my/2011/05/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian.html Wallahu a'lam

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 2)

Perubahan Hukum Hadis al-Albani Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Sebagai tambahan kepada kajian Syeikh Ahmad Darwisy di atas, Syeikh al-Albani dikatakan telah menarik balik semula sebahagian penilaian hadisnya (tashih dan tad‘if) yang diberikan kepada sesetengah hadis. Jumlahnya adalah kira-kira 222 buah hadis yang telah dihimpunkan oleh Muhammad Hasan al-Syaykh dalam kitab (تراجع العلامة الألباني فيما نص عليه تصحيحا و تضعيفا), terbitan Maktabah al-Ma‘arif: Riyadh, 2002. Menurut Ustaz Adlan Abd. Aziz dalam satu tulisannya: "Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadith-hadith yang telah diubah penilaian terhadapnya (hadis yang sama makna tapi berbeza hukum) oleh al-Albani ialah: Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik ‘Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafa'is, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang murid al-Albani iaitu Dr. Umar al-Asyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 1)

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani? Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Barangkali sudah menjadi ketetapan, orang yang ingin membicarakan soal kajian hadis pada masa kini tidak dapat lari lagi dari menyebut nama ‘al-Albani’ dan membicarakan hasil-hasil penilaian hadisnya. Ia kemungkinan adalah kesan dari penyebaran karya-karya beliau secara besar-besaran oleh pihak yang mendokong pemikirannya. Malah kebanyakannya dapat diperoleh secara percuma melalui atas talian (online) sahaja. Apa yang dikhuatirkan ialah akan berlaku 'kemandulan’ dalam soal penilaian hadis. Justeru, hadis yang telah dinilai hukumnya oleh al-Albani itu sahaja yang harus diterima dan dipegang kuat-kuat, walaupun sarjana-sarjana besar hadis menilai hukum sebaliknya. Maka penilaian al-Tirmizi, atau al-Daraqutni, atau al- Baihaqi, atau al-’Iraqi, atau al-Zahabi, atau Ibn Hajar, atau al-Busiri, atau al-Haythami, atau selain mereka sudah tidak ada nilai apa-apa, jika al-Albani sudah menghukum se

Syeikh al-Albani : Dhol Mudhil ?

Syeikh al-Albani... Dhal Mudhil (sesat lagi meyesatkan) ?? Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Ditanya seorang mahasiswa Indonesia: "Maaf sekiranya soalan saya ini agak menukik (maksudnya bersifat tajam), iaitu Syeikh Yasin al-Fadani ada mengatakan tentang Syeikh Nasiruddin al-Albani sebagai dhal mudhil (sesat lagi menyesatkan), maka apakah pandangan ustaz mengenainya?" Soal seorang mahasiswa Indonesia. Memang agak 'menukik' kerana soalan itu didengar oleh semua hadirin yang ada, termasuk pembentang-pembentang kertas kerja yang terdiri daripada profesor-profesor, doktor-doktor, para pensyarah, para pengkaji/ penyelidik, dan para mahasiswa universiti. Dan soalan yang ditujukan kepada saya itu pastinya perlu dijawab kerana kertas kerja saya berhubung tentang Syeikh Yasin Padang. Malah saya juga tahu bahawa di UKM ini ada pendokong-pendokong Syeikh al-Albani, atau orang-orang yang melihat al-Albani sebagai tokoh hadith yang tidak wajar direndah-rendahkan. Maka jawapan say

SEDAR PAKAIAN BERNAJIS SELEPAS SOLAT

Jika selepas solat, saya tersedar pakaian saya terdapat najis, adakah perlu saya ulangi solat semula? Tapi sebelum solat, memang saya tidak sedar. Jawapan: Apabila selepas solat dia sedar terdapat najis yang tidak dimaafkan pada pakaiannya atau badannya, dan dia yakin najis itu sudah wujud ketika solat dilakukan, maka menurut mazhab Syafi'e solatnya wajib diulangi, ini kerana solat ketika menanggung najis tidaklah sah dan wajib diulangi, walaupun diketahuinya selepas solat. Sama juga keadaannya jika selepas solat dia menyedari pakaiannya terdapat lubang koyakan sehingga menampakkan auratnya, maka wajib diulangi solatnya kerana tidak sah solat orang yang terbuka aurat walaupun hanya disedari selepas solat. Walaubagaimanapun, jika dia tidak yakin najis itu atau keterbukaan aurat itu terjadi ketika solat dilakukan, umpamanya dia dapat merasakan boleh jadi najis itu wujud selepas dari solat, kerana sudah berlalu masa yang lama ketika disedarinya, maka dia tidak wajib mengulangi

SUCI KETIKA SUJUD SYUKUR

Bolehkah sujud syukur tanpa wudhu'? Jawapan: Semua jenis sujud wajib dalam keadaan berwudhu, yakni suci dari hadas kecil dan besar. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Raudhoh at-Tholibin (1/190) berkata: يحرم على المحدث جميع أنواع الصلاة، والسجود، والطواف، ومس المصحف "Haram bagi orang yang berhadas melakukan semua jenis solat, sujud, thowaf dan menyentuh mushaf (al-Quran)." [Raudhoh at-Tholibin] Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam Minhajul Qawim (1/31) berkata: ويحرم بالحدث الصلاة إجماعًا ونحوها كسجدة تلاوة وشكر وخطبة جمعة وصلاة جنازة. والطواف, ولو نفلا لأنه صلاة كما في الحديث ،وحمل المصحف ومس ورقه وحواشيه وجلده المتصل به "Haram bagi orang yang berhadas melakukan solat (dan pendapat ini) dengan ijmak (ulamak), termasuk yang semisalnya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah jumaat, solat jenazah, thowaf sekalipun thowaf sunnat seperti yang dinyatakan dalam hadis, membawa mushaf (al-Quran), menyentuh kertasnya, hasyiahnya, dan kulit (kitab Al-Qur

BERKENAAN HUKUM ANJING

ANJING : HUKUM PELIHARA, JUAL BELI & BERSUCI Apakah hukum membela anjing bagi menjaga kebun, dan bagaimana kita nak mengendalikannya jika terkena anjing tersebut. Jawapan: Ulamak bersepakat (ijmak) bahawa diharamkan pelihara anjing jika tanpa hajat. Apabila seseorang membelanya kerana berasa tertarik pada anjing, menurut Imam an-Nawawi hukumnya adalah haram tanpa khilaf ulamak. Malah pahala amal orang yang membela anjing tersebut akan terhakis (berkurangan) sebanyak dua qiroth (sebesar gunung) pada setiap hari. Namun ulamak memberikan kelonggaran untuk menggunakan anjing jika ada hajat (keperluan). Hajat yang dibenarkan adalah: 1. Menjaga kebun 2. Menjaga ternakan binatang 3. Berburu 4. Menjaga rumah (yakni hartanya), dan seumpamanya Cuma bagi menjaga harta rumah, tidak boleh meletaknya di dalam rumah, tetapi meletaknya di belakang rumah kerana sabit di dalam hadis bahawa malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke rumah yang didalamnya terdapat anjing. Perlu diberi perh

JUAL BELI CACING

HUKUM JUAL BELI CACING DAN LINTAH Fatwa Negeri Pahang : Keterangan/Hujah: 1. Lintah dan cacing sebenarnya merupakan haiwan yang memberi manfaat kepada manusia sama ada dari sudut perubatan, pertanian, kosmetik dan lain-lain. *Sehubungan itu, pendapat yang mengharuskan berjual beli dengan kedua-dua jenis haiwan ini lebih sesuai diamalkan kerana kegunaannya adalah pelbagai dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia.* Para fuqaha tidak mengharuskan berjual beli dengan barang yang tidak bermanfaat seperti semua jenis haiwan kecil ( حشرات ) , haiwan buas yang tidak sesuai untuk berburu dan seumpamanya. 2. Para fuqaha’ sepakat tentang kesucian haiwan air dan keharusan penggunaannya untuk tujuan perubatan dan kosmetik walaupun ia tidak boleh dimakan. Berasaskan konsep uruf yang disebut sebelum ini, bahawa lintah dan cacing merupakan haiwan khabis yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam, para fuqaha’ sebenarnya telah mempunyai pandangan dalam hal ini iaitu kesemua Imam Mazhab ber

SETUBUH KETIKA HAMIL

Bolehkan bersetubuh ketika isteri sedang hamil? Jawapan: Ulamak berselisih pendapat tentang hukum Ghilah (jimak ketika isteri hamil). Namun jumhur (kebanyakan) ulamak berpendapat hukumnya harus dan tidak makruh (harus selagi tidak menyakiti pasangannya). Jumhur ulamak berdalilkan sebuah hadis, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﻟَﻘَﺪْ ﻫَﻤَﻤْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃَﻧْﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻐِﻴﻠَﺔِ، ﻓَﻨَﻈَﺮْﺕُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺮُّﻭﻡِ ﻭَﻓَﺎﺭِﺱَ، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻳُﻐِﻴﻠُﻮﻥَ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ، ﻓَﻠَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ ﺫَﻟِﻚَ ﺷَﻴْﺌًﺎ "Sungguh, aku ingin menegah (kamu) dari perbuatan Ghilah, namun aku melihat orang Rom dan Parsi melakukan Ghilah terhadap anak mereka, dan ia tidak pula memudharatkan anak mereka." (Riwayat Muslim : 1442) Adapun yang diharamkan adalah bersetubuh ketika isteri keadaan haidh & nifas. Walaupun darah telah kering namun belum sempat mandi lagi, haram juga bersetubuh, melainkan selepas mandi wajib dahulu. (al-Majmu') Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih M

Thomakninah & Duduk Istirohah

DUDUK ISTIROHAH Adakah ianya sunat untuk berhenti sebentar sebelum bangun berdiri dari sujud ke-2. Ianya biasa dilakukan diantara rakaat 1 naik ke rakaat ke-2, dan rakaat 3 naik ke rakaat ke-4. Adakah ia wajib? Jawapan: Duduk sebentar itu dinamakan duduk istirohah. Hukumnya sunat dalam mazhab Syafi'e. Caranya ialah, bangun sahaja dari sujud ke-2, sunat duduk sebentar (dalam kadar thomakninah), lalu bangun ke rakaat ke-2, atau disunatkan juga ketika bangun ke rakaat ke-4. Adapun berhenti sejenak yang wajib itu adalah thomakninah (طمأنينة), bukan duduk istirohah. Thomakninah hukumnya wajib (syarat sah bagi 4 rukun solat), beza dengan duduk istirohah hukumnya sunat. Wajib thomakninah (berhenti seketika tanpa menggerakkan anggota badan) ketika empat tempat: 1. Rukuk 2. Ikidal 3. Sujud 4. Duduk antara 2 sujud Wallahu a'lam ========== Thomakninah (طمأنينة) Thomakninah ialah syarat sah bagi 4 rukun solat. Tanpa thomakninah tidak sah solatnya. Cara melakukan thom

KERJA BERAT @ RINGAN

Ramai orang mampu buat kerja berat, ramai orang mampu kerja naik atas bangunan, bermandi peluh, ramai orang mampu kerja hingga lewat malam, ramai orang mampu mengecat rumah satu hari, ramai orang mampu angkat guni 10kg, ramai orang sanggup berpenat lelah untuk dapatkan sesuap nasi, ramai orang mampu berjalan shopping 1 hari.. Tapi hanya segelintir yang mampu melangkahkan kaki untuk pergi ambil wudhuk, hanya segelintir yang mampu meletakkan dahinya di tempat sujud (dalam solat), hanya segelintir yang mampu solat fardhu di dalam waktunya. Jika dinilai, perbuatan ini adalah seringan-ringan amalan dibanding kerja di atas, namun ironisnya ia telah menjadi seberat-berat, sesusah-susah perkara untuk dilakukan, lebih berat dari mengusung guni 50kg. Ringan mata memandang, 'sangat berat' bahu yang memikulnya.. Jika seorang anak menolak permintaan ibunya untuk buang sampah tanpa uzur sudah jatuh berdosa, apatah lagi perintah Allah : Tuhan Sekalian Alam supaya bersujud padaNya. Syurga

IMAM NIAT IMAMAN

Adakah sah jika seorang imam terlupa niat "imaman" atau "sebagai imam" ketika takbiratul ihram? Jawapan: Jika imam terlupa berniat imam, contohya dia hanya berniat "aku solat fardhu zohor",  maka solat imam itu masih sah, ini kerana niat sebagai imam tidaklah wajib tetapi hukumnya sunat. Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat fadhilat (pahala) berjemaah apabila tidak berniat imam, dan hanya mendapat fadhilat berjemaah selepas dia mula berniat imam. Bermakna, lebih lewat dia berniat imam, semakin kurang pahala berjemaahnya. Hukum sunat berniat imam ini hanya bagi solat fardhu selain fardhu jumaat. Adapun bagi solat fardhu Jumaat, imam mahupun makmum wajib berniat "imam" atau "makmum" ketika takbiratul ihram (takbir memulakan solat), kerana syarat sah bagi solat jumaat adalah dalam berjemaah. Maka jika terlupa berniat, tidak sah solat Jumaatnya dan wajib takbiratul ihram semula. Rujukan: Dalam Matla' al-Badrain karangan Syeik

HUKUM BERI SALAM SERENTAK DENGAN IMAM

Apa hukum makmum beri salam serentak dengan imamnya? Jawapan: Lafaz salam yang wajib sekurang-kurangnya adalah "Assalamu'alaikum", manakala "wa rahmatullah" adalah sunat. Maka apabila makmum memberi salam serentak dengan imamnya pada lafaz yang wajib, umpamanya imam baru sahaja mengucapkan "Assalamu.." sedangkan makmum sudah pun memberi salam, maka solat makmum tidak batal namun hukumnya adalah makruh bahkan menghilangkan fadhilat berjemaah. Dihukum makruh kerana imam belum lagi selesai memberi salam  yang pertama, maka dikira serentak dengan imamnya pada memberi salam. Maka pastikan imam sudah memberi salam yang pertama, barulah makmum dibolehkan memberi salam. Hukum ini berbeza pada masalah takbiratul ihram, kerana apabila makmum serentak dengan imamnya ketika takbiratul ihram maka batallah solat makmum. Adapun serentak dengan imam ketika memberi salam hukumnya makruh seperti yang dinyatakan di atas. Adapun makmum beri salam lebih awal dari i

RAMBUT GUGUR SEMASA HAIDH

HUKUM RAMBUT KEGUGURAN KETIKA DATANG HAIDH Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Soalan: Salam ustaz .Rambut saya gugur apabila saya datang haid.Perlukah saya mengutip rambut yang gugur dan mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur itu? Jawapan: 1. Ketika kita mandi wajib (yakni mandi untuk menghilangkan hadas besar pada badan kita sama ada kerana haid atau kerana janabah), kita hanya disuruh meratakan air ke seluruh badan kita iaitu merangkumi seluruh kulit dan rambut/bulu yang ada pada badan kita. Kita tidaklah disuruh untuk turut memandikan mana-mana rambut, kuku dan sebagainya yang telah terpisah dari badan kita. Malah para ulamak mengharuskan orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid untuk memotong rambut, membuang kuku, mencukur bulu ari-ari, membuang darah (berbekam) dan sebagainya pada ketika sedang haid atau janabah itu kerana tidak ada dalil yang melarangnya. Dan mereka tidaklah pula mensyaratkan rambut, kuku atau sebagainya yang dipotong atau dibuang itu wajib dihim

JUAL BELI BINATANG

Apakah hukum jual beli kucing, ular dan lain-lain binatang seperti serangga? Bagimana pula dengan duit hasil penjualannya? Jawapan: Ia bergantung pada jenis binatang atau haiwan atau serangga tersebut. Jika ia bermanfaat kepada manusia, seperti lebah bagi menghasilkan madu, kucing jinak atau arnab atau ikan bagi peliharaan rumah sebagai hiburan, harimau untuk dijadikan pemburuan, dhob (biawak pasir) bagi pelancaran darah dan sebagainya, maka sah jual beli binatang yang bermanfaat seumpama ini. Adapun jika binatang itu tiada bawa manfaat atau faedah kepada manusia, seperti kucing hutan (kerana sifatnya yang liar), kumbang, kala jengking, ular, cacing, tikus, semut, anjing, khinzir dan lain-lain yang tidak berfaedah di sisi manusia (malah menimbulkan kerosakan seperti tikus dan khinzir), maka tidak sah jual beli binatang atau serangga seperti ini, dan haram jika masih menjual dan membelinya. Berkenaan duit hasil penjualan yang tidak sah dan haram, seperti menjual khinzir, tikus,

GUNA KATAK UNTUK UMPAN PANCING

KATAK DIGUNAKAN SEBAGAI UMPAN PANCING Menurut Fatwa Wilayah Persekutuan, katak antara haiwan yang haram dibunuh, maka dilarang membunuhnya untuk dijadikan umpan. Imam al-Qurtubi mengatakan ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, katak juga mencuba untuk padamkan api, walaupun saiznya sangat kecil berbanding api tersebut, namun usahanya mulia di sisi Allah. Rujukan: Dr. Zulkifli al-Bakri di dalam Irsyad Al-Fatwa ke-195 berkata: "Adapun soalan yang diajukan, yakni menggunakan umpan hidup daripada haiwan  yang tidak haram dibunuh, (melainkan) seperti katak yang haram dibunuh berdasarkan nas, tetapi (jika) menggunakan udang atau ikan hidup atau cacing, maka ini memerlukan perincian. Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (5/131) ada menyebut: “Jika diambil ikan itu secara hidup-hidup, (kita) tidak boleh memakannya sehingga ia mati atau dimatikan (dahulu), seperti mana yang disebut oleh Hanafiyyah dan Hanabilah. Dan dimakruhkan jika (ikan itu) dimakan hidup-hidup,

WANITA MEMAKAI SELUAR PANJANG

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan me

DEFINISI MAKRUH

• Dari segi bahasa bermaksud: "Tidak disukai atau dibenci." • Dari segi syarak bermaksud: "Perbuatan yang dituntut oleh syariat untuk meninggalkannya, namun tidak berdosa apabila mengerjakannya." Makruh ini ada dua jenis, makruh tanzih dan makruh tahrim. Jika disebut makruh, maka kebiasaanya merujuk kepada makruh tanzih. Adapun makruh tahrim adalah lebih berat. Makruh tahrim sama seperti haram yakni membawa kepada dosa, cuma dalil pengharaman itu tidak qot'ie seperti hukum haram, kerana itu diistilahkan sebagai makruh tahrim. Adapun makruh tanzih (atau diistilahkan sebagai makruh) tidak membawa kepada dosa, namun perbuatan makruh itu dibenci dalam agama. Maka, makruh tanzih ini termasuk juga dalam tegahan agama cuma ia tidaklah membawa kepada dosa seperti hukum haram atau makruh tahrim. Sayyid Abu Bakar Syatho di dalam I'anah at-Tholibin (1/121) berkata: ﺍﻟﻔﺮﻕ ﺑﻴﻦ ﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻟﺘﺤﺮﻳﻢ ﻭﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻪ : ﺃﻥ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﺗﻘﺘﻀﻲ ﺍﻹﺛﻢ، ﻭﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ ﻻ ﺗﻘﺘﻀﻴﻪ "Perbez

BINATANG YANG BANGKAI

487. BANGKAI Soal : Apa hukumnya memakan binatang yang boleh (yakni halal) dimakan, (namun) yang mati dalam keadaan-keadaan berikut :- (1) Dicekik (2) Dipukul (3) Ditanduk binatang lain (4) Jatuh dari tempat tinggi Jawab : Hukumnya haram (kerana dihukum bangkai apabila mati dengan sebab-sebab di atas), kecuali jika ia sempat disembelih sebelum binatang itu mati (maka halal). [Dr. Hj Zain Serudin - Zainut Tholib, juzuk 6/218] Wallaahu a'lam

BINATANG & BURUNG

Bolehkah memakan binatang seperti seladang, pelanduk, kuda, landak, tenggiling, keldai dan zirafah? Bagaimana pula dengan burung? Jawapan: Dihalalkan makan seladang, pelanduk, kuda, landak dan keldai hutan (liar). Diharamkan pula memakan tenggiling, zirafah (qaul asoh) dan keldai biasa (jinak). Adapun burung pula, dihalalkan makan burung kaswari (na'amah), angsa, itik, merpati, punai, tekukur, merbok, pipit. Diharamkan pula memakan helang, merak, nuri, rajawali, kuluwang, layang-layang, tiong, belatuk, kelawar, kakak tua dan burung hantu. Rujukan: • Dr. Hj Zain Serudin - Zainut Tholib (6/220-222) • Syaikh Muhammad al-Fathoni - Matla' al-Badrain (2/450 ; dicetak bersama Adillatun Nurain oleh TG Hj Abdul Halim Sa'ad) Wallahu a'lam

WUDHUK APABILA SENTUH BUKAN MAHRAM

Berikan pencerahan sentuh bukan mahram yang boleh membatalkan wudhu. Jawapan: Dalam mazhab Syafi'e, menyentuh kulit bukan mahram tanpa lapik membatalkan wudhu', termasuk pasangan suami/isteri, sama ada sengaja atau tidak, bersyahwat ataupun tidak, tetap batal. Namun jika berlapik, tidak batal walaupun lapikannya nipis. Adapun gigi, kuku dan rambut juga tidak batal apabila disentuh kerana ia bukanlah kulit. Bagaimana pula dengan lidah? Menurut TG Hj Halim Sa'ad, menyentuh lidah juga membatalkan wudhu'. Adapun menyentuh yang mahram (orang yang haram kahwin) tidak batal wudhu seperti ahli keluarga kandung. Walaupun hukum ini khilaf di kalangan ulamak mazhab, namun tidak semudahnya kita beralih kepada pendapat yang mengatakan tidak batal, kerana ia boleh membawa kepada tidak sahnya ibadat wudhuk tersebut, dek kerana telah mencampurkan dua mazhab dalam satu-satu ibadat (rukun wudhu menggunakan mazhab Syafi'e dan perkara yang batalkan wudhu menggunakan mazhab Hanafi

SUNNAH APABILA BERNIKAH

Amalan Sunnah Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bagi pasangan yang baru berkahwin ialah, suami meletakkan tangannya di ubun isterinya sambil membacakan doa : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺧَﻴْﺮَﻫَﺎ ﻭَﺧَﻴْﺮَ ﻣَﺎ ﺟَﺒَﻠْﺘَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺷَﺮِّﻫَﺎ ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﻣَﺎ ﺟَﺒَﻠْﺘَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪ "Allahumma inni as-aluka khoirohaa, wa khoiro maa jabaltaha 'alaih. Wa a'uuzu bika min syar-rihaa, wa min syar-ri maa jabaltaha 'alaih." Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau berikan padanya, serta aku berlindung denganMu daripada keburukannya dan daripada segala keburukan yang Engkau berikan padanya." Rujukan: Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺇﺫﺍ ﺗﺰﻭﺝ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺃﻭ ﺍﺷﺘﺮﻯ ﺧﺎﺩﻣﺎ ﻓﻠﻴﻘﻞ "ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﻣﻦ ﺷﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ "Apabila salah seorang di antara kamu menikahi wanita, atau membeli seorang hamba, maka bacalah : Ya Al

HUKUM MENCABUT UBAN

Apa hukum mencabut uban? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, mencabut uban hukumnya makruh, kerana banyak kelebihan besar yang dijanjikan dalam hadis bagi orang yang beruban, antaranya ia akan menjadi cahaya di akhirat nanti, dihapuskan kesalahan, diangkatkan darjat dan lain-lain. Namun jika seseorang memotong rambutnya, tidaklah dianggap mencabut uban, dan ia tidak termasuk di dalam tegahan makruh ini. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' (1/292) berkata: قَالَ أَصْحَابُنَا يُكْرَهُ , صَرَّحَ بِهِ الْغَزَالِيُّ وَالْبَغَوِيُّ وَآخَرُونَ , وَلَوْ قِيلَ : يَحْرُمُ لِلنَّهْيِ الصَّرِيحِ الصَّحِيحِ لَمْ يَبْعُدْ , وَلَا فَرْقَ بَيْنَ نَتْفِهِ مِنْ اللِّحْيَةِ وَالرَّأْسِ "Menurut as'hab kami (ulamak Syafi'iyyah), hukumnya makruh (mencabut uban), ini diterangkan oleh Imam al-Ghozali, Imam al-Baghowi dan selainnya. Jika dikatakan: (mencabut uban) hukumnya haram (sekalipun) berdasarkan tegahan yang jelas (soreh) dan sohih dalam hadis, maka (pendapat haram

MEWARNAKAN UBAN

Soalan: Apa hukum mewarnakan uban? Jawapan: Mewarnakan rambut bagi mereka yang beruban, hukumnya boleh dan dianjurkan, selagi tidak mewarnakannya dengan hitam. Adapun mewarnakannya dengan hitam adalah haram menurut kebanyakan (jumhur) ulamak Syafi'iyyah, ini berdasarkan larangan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam di dalam hadis. Namun bagi orang yang berjihad di medan perang, mereka dibenarkan mewarnai ubannya dengan hitam. Adapun jika seseorang itu tidak beruban, dilarang baginya mewarnakan rambut kerana perbuatan tersebut hanyalah semata-mata tasyabbuh (meniru) budaya bukan Islam. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim (14/80) berkata: ومذهبنا استحباب خضاب الشيب للرجل والمرأة بصفرة أو حمرة ، ويحرم خضابه بالسواد على الأصح ، وقيل : يكره كراهة تنزيه ، والمختار التحريم لقوله صلى الله عليه وسلم : ( واجتنبوا السواد ) هذا مذهبنا "Menurut mazhab kami (mazhab Syafi'e), dianjurkan mewarnai uban, sama ada lelaki dan wanita (yang sudah beruban), dengan (

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR

Lazimi selepas solat Subuh & Maghrib, dengan berzikir kalimah ini sebanyak 7x: اَللَّهُمَّ  أَجِرْنِي  مِنَ  النَّارِ "Allahumma ajirni minan-naar" "Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka" * Jika dibaca untuk ramai (jamak), dengan: "ajirna (jauhikan kami)" Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات  فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار "Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap den

MAKANAN YANG DIJUMPAI

Jika saya menjumpai makanan, bolehkan saya makan sebelum ia menjadi rosak? Jawapan: Dalam bab luqathoh, jika menjumpai barang atau bahan yang tidak diketahui pemiliknya, bahan itu pula mudah rosak dan tidak tahan lama seperti makanan, maka apabila pemiliknya tidak dijumpai, dia boleh membuat 2 pilihan, sama ada: 1. Memakannya, lalu menggantikannya dengan nilai makanan itu kepada pemiliknya sekiranya pemilik itu menuntutnya. 2. Menjualnya kepada orang, duit hasil jualan itu disimpankannya. Rujukan: Syeikh Ibnu Qasim al-Ghozi di dalam Fathul Qarib (1/209) berkata: الضرب (الثاني ما لا يبقى) على الدوام، (كالطعام الرطب؛ فهو) الملتقط له (مُخَيَّر بين) خصلتين (أكلِه وغرمِه) أو غرم قيمته (أو بيعه وحفظ ثمنه) إلى ظهور مالكه "Barang yang tidak tahan lama seperti makanan basah, maka jika menjumpainya, boleh memilih sama ada ingin memakannya lalu menggantikan harganya, ataupun menjualnya lalu menyimpan duit hasil jualannya." [Fathul Qarib]

CIRI-CIRI SYIAH

17 Bahaya dan Kesesatan Syiah: Oleh: Ustaz Muhammad Thalib Al-Yamani (Indonesia) 1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendakinya (al-Kulainî, Ushûlul Kâfi, hlm. 259, cet. India). Jelas doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah Subhânahu wata’âlâ, surat al-A’râf [7]: 128: “Sesungguhnya bumi ini semua milik Allah, dan diwariskan-Nya kepada siapa yang dikehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Kepercayaan Syi’ah di atas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam dengan Allah dan doktrin ini merupakan akidah syirik. 2. ‘Ali bin Abî Thâlib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang zhahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surat al-Hadîd [57]: 3: “Allah lah yang ada sebelum yang lain ada, yang tetap kekal setelah yang lain musnah, yang tampak ciptaan-Nya, dan yang tidak tampak Dzat-Nya.”

HUKUM NAZAR

Hukum nazar (النذر) Oleh: Ustaz Elyas al-Malakawi *Pengenalan* Makna nazar sudut bahasa ialah berjanji dengan kebajikan atau kejahatan. Makna nazar sudut syarak pula ialah melazimkan berbuat kebajikan pada perkara yang tidak lazim. *Dalil* “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”. (al-Haj : 29) *Rukun Nazar* 1. Orang yang bernazar. 2. Perkara yang dinazarkan. 3. Ucapan yang diguna untuk bernazar. *Syarat orang yang bernazar* 1. Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan. 2. Pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa. 3. Lulus memerentah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerantah harta dengan sabab muflis/bengkrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta adapun

SIFAT TAKABBUR

Takabbur Daripada ibn Mas'ud, bahawa Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "ﻻَ ﻳَﺪْﺧُﻞُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻰ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝُ ﺫَﺭَّﺓٍ ﻣِﻦْ ﻛِﺒْﺮٍ . ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺟُﻞٌ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺛَﻮْﺑُﻪُ ﺣَﺴَﻨًﺎ ﻭَﻧَﻌْﻠُﻪُ ﺣَﺴَﻨَﺔً. ﻗَﺎﻝَ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺟَﻤِﻴﻞٌ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻝَ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﺑَﻄَﺮُ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ" (ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ) "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat takabbur (walaupun sekecil) zarrah." Lalu berkata seorang lelaki: (Bagaimana pula jika) seseorang itu suka  berpakaian cantik dan kasut yang cantik? Lalu Baginda sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “"Sesungguhnya Allah itu indah, dan sukakan pada keindahan (maka ianya dibenarkan). Takabbur (pula) ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia." (Riwayat Muslim) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "ﺃَﻟَﺎ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﺄَﻫْﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺑَﻠَﻰ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻞُّ ﻋُﺘُﻞٍّ ﺟَﻮَّﺍﻅٍ ﻣُﺴْﺘَﻜْﺒِﺮٍ&qu

TANKIS

TANKIS KETIKA SUJUD Antara syarat sah sujud adalah sujud dalam keadaan tankis, yakni kedudukan punggung lebih tinggi dari kepalanya. Jika seseorang sujud di atas lantai yang meninggi ke atas, sekira-kira apabila dia sujud, kedudukan kepalanya lebih tinggi dari punggungnya, atau kedudukan kepalanya sama paras dengan punggungnya, maka tidak sah sujudnya. Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu'in berkata: مع تنكيس بأن ترتفع عجيزته وما حولها على رأسه ومنكبيه للاتباع فلو انعكس أو تساويا لم يجزئه. نعم إن كان به علة لا يمكنه معها السجود إلا كذلك أجزأه "Serta dengan tankis, yakni (wajib) ditinggikan punggungnya dan (daripada) apa yang ada di sekeliling kepala dan bahunya, kerana ittiba' (mengikut Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam). Maka jika dia melakukan sebaliknya (kedudukan kepala lebih tinggi dari punggungnya), atau kedua-duanya (kedudukan kepala dan punggung) sama paras, maka tidak memadai (tidak sah sujud) baginya. Namun sekiranya dia sakit sehingga tida

TARAWIH 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT

Mana yang lebih terpuji? 8 rakaat atau 20 rakaat? Sebenarnya... • 8 rakaat terpuji, 20 rakaat pun terpuji. • 8 rakaat rajin, 20 rakaat pun rajin. • 8 rakaat ikut sunnah, 20 rakaat pun ikut sunnah. • 8 rakaat hidupkan malam Ramadhan, 20 rakaat pun hidupkan malam Ramadhan. • 8 rakaat diredhai Allah, 20 rakaat pun diredhai Allah. Kedua-duanya bagus belaka dan terpuji. Tetapi perbezaan dari segi fadhilatnya. Cuba perhatikan, antara solat Dhuha 4 rakaat dan 2 rakaat, yang manakah lebih banyak fadhilatnya? Witir 5 rakaat dan 3 rakaat manakah lebih banyak fadhilatnya? Secara kira-kiranya, buat lebih dapatlah lebih, dan jika buat kurang, kuranglah fadhilatnya. Walaubagaimanapun, orang yang buat sedikit itu tetap mendapat fadhilatnya juga. Bermakna orang yang buat 10 rakaat itu lebih untung dari yang buat 8, jika buat 12 rakaat itu lebih untung dari yang buat 10, buat 14 rakaat itu lebih untung dari buat 12, maka begitulah seterusnya. Bahkan setiap solat dua rakaat yang kita mampu la

IBADAH MANUSIA DAN MALAAIKAH

Salah seorang ahli mukasyafah (ahli kasyaf) pernah berkata: "Aku menyembah Allah SWT selama 30 tahun, dengan amalan hati dan zohir anggota tubuh. Aku kerahkan seluruh daya keringat dan kekuatanku dengan penuh kesungguhan, hingga aku merasakan aku mampu mendapatkan sesuatu di sisi Allah SWT." Setelah menceritakannya, ahli mukasyafah itu menyebutkan pula keterlihatan (keterbukaan hijab) padanya beberapa tanda langit di dalam sebuah cerita yang sangat panjang. Di akhir ceritanya itu, dia berkata: "Kemudian sampailah aku pada sebuah saf (barisan) para malaikat yang jumlahnya sebanyak makhluk Allah keseluruhannya. Dan aku bertanya: ’Siapakah kamu semua?’ Mereka menjawab: ’Kami adalah para pencinta Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Kami menyembah Allah di sini sejak 300 RIBU TAHUN, tidak ada sesuatu pun yang terlintas di hati kami selain Dia. Tidak ada pun yang kami sebutkan, melainkan Dia semata-mata.’ Mendengar kata malaikat itu, aku pun berkata dalam hati: "

WANITA KERING DARAH

WANITA APABILA KERINGNYA DARAH Ada yang mengatakan jika darah haidh telah berhenti/kering, maka jangan mandi wajib dan solat dahulu, tapi perlu tunggu selama 24 jam bagi memastikan bahawa darah betul-betul kering, kerana takut darah datang balik. Jika selepas 24 jam tiada darah, barulah mandi wajib dan solat, adakah ianya tepat? Jawapan: Menurut Maulana Mansoor (pengarang kitab Tuhfatul A'izza' - faqih bab haidh), setelah beliau buat kajian dengan melihat kebanyakan kitab-kitab muktabar mazhab Syafi'e dan bertanya kepada para guru dan Syeikh di Yaman, beliau belum jumpa pendapat sedemikian. Malah pendapat yang jelas dinyatakan para ulamak adalah, jika seorang wanita telah kering darahnya (setelah diperiksa menggunakan kapas atau sebagainya), maka wajib terus mandi dan mendirikan solat, bukanlah disyaratkan harus menunggu 24 jam dahulu. Syeikh Nuruddin al-Banjari di dalam Haidh Nifas wa Istihadhoh berkata: "Tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa apabila wanita h