Posts

Showing posts from September, 2017

IMAM AL-NAWAWI (Siri 4)

IMAM AL-NAWAWI (Siri 4) Ditulis oleh Ustaz Salehuddin bin Abu Samah (Dipetik dari Majalah Al-Ustaz, Isu 06) Membina Keilmuan di Damsyik Ketika berusia 19 tahun, ayahnya membawa al-Nawawi ke Damsyik. Pada masa itu, kota ini memang kaya dengan ilmu dan ulama. Al-Nawawi segera menumpukan seluruh masa dan kesungguhannya untuk menuntut ilmu. Setiap hari, ia menghadiri 12 pengajian dengan guru yang berbeza dan di tempat yang berjauhan. Beliau juga mengkaji pelbagai bidang ilmu antaranya fiqah, hadis, tafsir, bahasa Arab dan lain-lain. Dek keterangan hatinya, al-Nawawi boleh menghafal kitab al-Tanbih (kitab fiqh yang sangat tebal) hanya dalam masa empat bulan. Begitu juga kitab-kitab penting lain dihafalnya dalam masa yang singkat sahaja. Satu lagi sikap menarik Imam al-Nawawi, beliau enggan menerima pemberian daripada siapa pun. Beliau hanya makan daripada bekalan yang dibawakan ayahnya setiap minggu. Beliau ingin memastikan hanya makanan halal sahaja yang masuk ke dalam tubuhnya. Pe

MUAFIQ

MUAFIQ Saya makmum muafiq. Ketika solat berjemaah, imam baca cepat sangat lalu terus rukuk. Lepas saya selesaikan Fatihah, sy pun rukuk tapi berselisih pula dengan imam (saya turun rukuk, imam naik). Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab berselisih itu. Jawapan: Sebelum dibahas, perlu difahami dulu hukum sama ada kita makmum muafiq ataupun masbuq. Muafiq: Jika makmum itu muafiq, dia wajib habiskan Fatihahnya walaupun imam telah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya sehingga 3 rukun panjang yakni rukuk, sujud pertama dan sujud kedua, ataupun boleh juga mengatakan 5 rukun (rukun panjang + rukun pendek) yakni rukuk, iktidal, sujud pertama, duduk antara 2 sujud dan sujud kedua. Maksudnya dia diberi masa untuk habiskan al-Fatihahnya sehingga imam sujud kedua. Ketika imam sedang sujud kedua sekalipun, muafiq itu perlu teruskan bacaan Fatihahnya, asalkan imam belum lagi masuk pada rukun ke-4 (yakni sebelum imam berdiri tegak di rakaat seterusnya atau sebelum imam

ADAB SEBELUM BERDOA:

ADAB SEBELUM BERDOA: 1. Mengucap ta'awuz dan basmalah 2. Memuji Allah dengan bertahmid (Alhamdulillah) 3. Berselawat 4. Beristighfar (sambil ingat dosa-doa lalu) 5. Merendah diri ketika berdoa dan harapkan keampunan Allah terhadap dosa-dosa kita. 6. Berdoa dengan sepenuh hati 7. Iringi setiap doa dengan memujiNya seperti "Ya Allah Ya Rahman" dan "Ya Allah Ya Rahim." * Doa akhir tahun boleh dimulakan dalam 10 atau 15 minit sebelum azan Maghrib. Paling utama mintalah keampunan dari Allah sepanjang tahun yang dilalui, dan semoga pada tahun baru Allah istiqomahkan kita dalam perjuangkan agamaNya dan menjadi hamba yang lebih bertaqwa kepadaNya. Kemudian barulah doa yang lain seperti murahkan rezeki, kehidupan lebih teratur dan lain-lain. Doalah yang baik-baik apa yang terbuku di hati.

MASBUQ DAPAT RAKAAT

MASBUQ DAPAT RAKAAT Bagaimana cara makmum masbuq mendapat rakaat? Jawapan: Saya jelaskan dahulu tentang paras sekurang-kurang rukuk: Had sekurang-kurang rukuk adalah apabila tapak tangannya mampu mencapai kepala lututnya, walaupun belakang badannya masih belum sempurna lurus, maka ia dikira sekurang-kurang bagi rukuk dan sah rukuknya. Dan tidak memadai rukuknya jika paras jarinya sahaja yang sampai pada kepala lutut dan bukan tapak tangannya. Namun rukuk yang paling sempurna adalah sunat dibongkokkan belakang badannya hingga lurus, sekira-kira jika diletakkan papan maka luruslah papan tersebut. (Fathul Mu'in) Maka berbalik pada soalan: Jika masbuq itu sempat rukuk bersama-sama imam dengan kadar thomakninah, sebelum imamnya sempat bangkit melepasi dari had sekurang-kurang rukuk, maka masbuq itu dikira mendapat rakaat. Tetapi jika makmum tidak sempat rukuk dengan kadar thomakninah, sedangkan imamnya telahpun bangkit melepasi had sekurang-kurang rukuk, maka makmum masbuq

PIJAK SEMUT KETIKA SOLAT

TERPIJAK SEMUT KETIKA SOLAT Jika tengah solat saya terpijak semut dan ia mati, sah tak solat? Adakah bangkai semut termasuk ketegori najis yang dimaafkan? Jawapan: Semua jenis bangkai tidak dimaafkan di dalam solat termasuklah bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya seperti bangkai semut, cicak, cacing, lalat, lebah dan seumpamanya. Berbalik kepada soalan, jika seseorang menanggung mahupun berhubung (bersentuh) pada tubuhnya atau pakaiannya akan najis dari bangkai binatang, termasuklah binatang yang tidak mengalir darah seperti bangkai semut sekalipun, maka batallah solatnya kerana dikira menanggung najis. Tetapi jika dia segera mengalihkan najis itu serta-merta maka tidak batal. Umpamanya bangkai semut atau najis burung terjatuh pada kain selendang/rida' ketika solat, lalu dengan serta-merta dia buangkan atau jatuhkan kain itu dari tubuhnya, maka ketika itu solatnya sah. Namun jika lewat sekira-kira melepasi kadar thomakninah (dalam 2 - 3 saat) maka bata

HUKUM PELIHARA BURUNG

HUKUM PELIHARA BURUNG Apakah hukum pelihara burung dalam sangkar? Jawapan: Harus hukumnya kerana ia sama seperti orang yang jaga binatang ternakan dengan mengikatnya, dengan syarat dicukupkan keperluannya seperti makan minum, dan tidak menzaliminya yakni tidak menyakitkannya. Rujukan: • Imam Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam Fathul Bari berkata: ﺟﻮﺍﺯ ﺇﻣﺴﺎﻙ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻔﺺ ﻭﻧﺤﻮﻩ "Diharuskan menahan (pelihara) burung dalam sangkar dan seumpamanya." [Fathul Bari] • Syeikh Abdul Hamid as-Syarwani di dalam Hasyiah Syarwani 'ala Tuhfatul Muhtaj berkata: ﻭﺳﺌﻞ ﺍﻟﻘﻔﺎﻝ ﻋﻦ ﺣﺒﺲ ﺍﻟﻄﻴﻮﺭ ﻓﻲ ﺃﻗﻔﺎﺹ ﻟﺴﻤﺎﻉ ﺃﺻﻮﺍﺗﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﺄﺟﺎﺏ ﺑﺎﻟﺠﻮﺍﺯ ﺇﺫﺍ ﺗﻌﻬﺪﻫﺎ ﻣﺎﻟﻜُﻬﺎ ﺑﻤﺎ ﺗﺤﺘﺎﺝ ﺇﻟﻴﻪ ﻷﻧﻬﺎ ﻛﺎﻟﺒﻬﻴﻤﺔ ﺗُﺮﺑﻂ "Dan al-Qaffal ditanya tentang hukum pelihara burung dalam sangkar untuk mendengar kicauannya dan selainnya. Maka dijawab bahawa ianya diharuskan apabila pemiliknya menjaga keperluan burung itu (seperti makan minum), ini kerana ianya sama sepertimana menjaga binatang ternakan yang di

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH Jika sentuh anjing atau babi dalam keadaan kering sama kering (kita kering, ia kering), adakah perlu sertu/samak? Jawapan: Jika sama kering, tidak perlu disertu/samak, kerana suatu yang kering itu tidak boleh berpindah najis melainkan basah salah satu pihak. Namun ini bukanlah bermakna boleh menyentuhnya dengan sengaja walaupun tidak perlu disertu. Jika salah satu pihak atau kedua-dua pihak basah, barulah berpindas najis dan wajib disertu/samak dengan 7x siraman air, dengan salah satunya daripada air campuran tanah. 1x air campuran tanah + 6x air mutlak = Maka sucilah ia dari najis mughollazoh (najis berat). Rujukan: • Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ﻃَﻬُﻮﺭُ ﺇِﻧَﺎﺀِ ﺃَﺣَﺪِﻛُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻭَﻟَﻎَ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟْﻜَﻠْﺐُ، ﺃَﻥْ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻪُ ﺳَﺒْﻊَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﺃُﻭﻟَﺎﻫُﻦ ّﺑِﺎﻟﺘُّﺮَﺍﺏَ "Menjadi suci sebuah bekas (milik) salah seorang antara kamu apabila anjing menjilatnya, iaitu dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan (campuran) t

UCAPAN TAKZIAH OLEH 'ALLAMAH HABIB UMAR

UCAPAN TAKZIAH 'ALLAMAH HABIB UMAR TENTANG KEBAKARAN PELAJAR ITTIFAQIYAH Ini adalah ucapan takziah daripada Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz, Pengasas Pusat Pengajian Darul Musthafa : "Segala pujian hanya bagi Allah, dan sesungguhnya kita datang dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud : (Tidaklah seseorang itu meninggal dunia kecuali dengan izin Allah dan dalam ketentuan waktu yang ditetapkan) Bersabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam : (Barangsiapa yang datang kematian ke atasnya sedangkan dia dalam menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka kedudukan antara dia dan para Nabi di dalam syurga hanyalah beza satu darjat) Dengan hati yang redha dengan ketentuan Allah yang Maha Tinggi dan Bijaksana kami mengucapkan takziah ke atas diri kami, juga ucapan takziah kepada saudara yang dikasihi di Malaysia khususnya ibu bapa penjaga kepada pelajar yang ditimpa musibah kebakaran, yang telah menemui Tuhan mereka, juga u

BERBOHONG YANG DIBENARKAN

BERBOHONG YANG DIBENARKAN Bolehlah saya berbohong untuk kebaikan? Contohnya saya topupkan orang, tapi saya cakap "bukan saya yang topup". Jawapan: Hukum asal berbohong adalah haram, melainkan pada keadaan tertentu yang digariskan syarak. Ibnu Syihab berkata: ٍﻭَﻟَﻢْ ﺃَﺳْﻤَﻊْ ﻳُﺮَﺧَّﺺُ ﻓِﻲ ﺷَﻰْﺀٍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺬِﺏٌ ﺇِﻻَّ ﻓِﻲ ﺛَﻼَﺙٍ ﺍﻟْﺤَﺮْﺏُ ﻭَﺍﻹِﺻْﻼَﺡُ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞِ ﺍﻣْﺮَﺃَﺗَﻪُ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺃَﺓِ ﺯَﻭْﺟَﻬَﺎ . "Aku tidak pernah mendengar (dari Rasulullah) bahawa adanya keringanan untuk berbohong kecuali pada tiga perkara : (1) Peperangan, (2) Mendamaikan antara manusia, dan (3) Perkataan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya." (Riwayat Muslim: 2605) Berdasarkan hadis ini, dibenarkan berbohong pada tiga keadaan: 1. Ketika peperangan, sama ada dengan perkataan pada musuh atau perbuatan (strategi peperangan). 2. Mendamaikan hubungan antara dua manusia. Contohnya mengatakan pada si A bahawa si B ingin berda

AURAT MUSLIMAH DI HADAPAN KAFIRAH

IRSYAD AL-FATWA KE-141 : AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM Oleh: Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli al-Bakri Pandangan Ulama: Ulama fiqh berbeza pandangan berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab syafie sendiri juga mempunyai beberapa pandangan. 1. Pandangan Majoriti/Jumhur: • Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47) 2. Pandangan mazhab Syafi'e: Sebahagian ulama mazhab syafei berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripda kepala, tangan dan kaki: • Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbiy melihat kep

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu (dengan melakukan maksiat) dalam empat bulan itu." (At-Taubah : Ayat 36) Menurut Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir, dosa yang dilakukan pada 4 bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab) akan lebih berganda berbanding bulan lain, sama sepertimana berganda dosanya jika perbuatan maksiat itu dilakukan di tanah haram berbanding di tempat lain. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻠَﺎﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞ "Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah (puasa) di bulan All

MADAH MA'AL HIJRAH

MADAH MA'AL HIJRAH BUAT SEMUA IKHWAH. Oleh: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany Diucapkan salam ma'al hijrah Disertakan doa buat semua ikhwah Diberkati Allah bertambah rahmah Dikurniakan bahagia hingga ke Jannah Meriah menyambut Ma'al hijrah Berseri seri muslimin muslimah Jangan dipeduli tuduhan bidaah Yakinlah ia bidaah hasanah Pegangan kami ahli sunnah Kami taati al-Quran dan sunnah Ijmak, qiyas pegangan ummah bukan semua bidaah dholalah Tahun baru ma'al hijrah peringatan buat hamba Allah Umur kita meningkat sudah Jangan tak sedia bekal akhiroh Ikhlaskan niat dalam ibadah Teladani akhlak Rasulullah ﷺ Jauhi semua sifat mazmumah Biasakan sifat-sifat mahmudah Tahun baru disambut sudah Dengan harapan kepada Allah Moga diterima segala taubah Dijauhkan dari murka Allah Andai tersalah dalam berukhuwwah Maaf kami sahabat dan ikhwah Mahabbah sejati kerana Allah Itulah pesan Rasulullah ﷺ AKHUKUM FILLAH USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY ======== S

HADIS BAB SAHUR

Beberapa hadis tentang bersahur: Hukum bersahur adalah sunat muakkad - sangat dituntut. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam sangat mengharapkan kita bersahur. Orang zaman dulu akan mewajibkan diri mereka untuk bangun sahur. Walaupun ia tidak wajib dari segi hukum, tetapi diwajibkan dari segi amaliahnya (amalan mereka sendiri). Hikmah bersahur bukan hanya mendapat pahala, tetapi keberkatan tersebut dari segi kemampuan untuk hadapi puasa dan rajin beribadah di siang hari. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." (Riwayat al-Bukhori : 1923) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Makanan sahur ada keberkatannya, janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla dan para malaikat-Nya memberi selawat kepada orang yang bersahur." (Riwayat Imam Ahmad : 11003) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Manfaatkanlah maka

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ Saya masuk berjemaah dalam keadaan masbuq ketika imam sedang duduk tahiyat awal. Adakah saya perlu menunggu sehingga imam bangun berdiri baru saya masuk berjemaah, ataupun terus takbiratul ihram dan ikut duduk tahiyat awal? Jawapan: Lebih afdhal takbiratul ihram dan terus mengikut pergerakan imam, sama ada imam sedang duduk atau rukuk atau sujud, dalam kes ini makmum hendaklah terus duduk tahiyat awal. Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam : “Jika salah seorang dari kamu masuk dalam solat berjama’ah, dan imam sedang dalam satu keadaan (kedudukan), maka lakukanlah apa yang dilakukan oleh imam.” Perlu diingatkan juga bahawa makmum perlu takbiratul ihram dalam keadaan tenang tanpa tergopoh-gapah, kemudian barulah mengikut pergerakan/kedudukan yang sedang dilakukan imam. Takbiratul ihram juga mestilah dilakukan dalam keadaan tegak berdiri sehingga selesai ucap Allahu Akbar, tidak sah jika takbiratul ihram sambil sedang turun duduk atau turun r

KELEBIHAN HARI 'ASYURA (10 MUHARRAM)

KELEBIHAN HARI 'ASYURA (10 MUHARRAM) Perbanyakkan puasa pada bulan Muharram, sabit dari hadis bahawa puasa yang paling afdhal selepas Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Muharram. Dan hari yang terlebih afdhal dalam bulan Muharram tersebut adalah pada hari ke-10 (hari 'Asyura), kerana berpuasa padanya akan dihapuskan dosa selama setahun yang lalu, dengan rahmatNya pada kita yang pendosa ini. Dan disunatkan pula untuk digabungkan 10 Muharram itu dengan berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau selepasnya (11 Muharram) agar dapat dibezakan puasa tersebut dengan orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Dan lebih utama adalah berpuasa pada 3 hari berturut-turut (9, 10, 11). Turutan afdhal puasa hari 'Asyura menurut ulamak: 1. Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram 2. Berpuasa 9 & 10 Muharram 3. Berpuasa 10 & 11 Muharram 4. Berpuasa 10 Muharram sahaja Sebahagian 'ulamak (seperti mazhab Hanafi) mengatakan makruh berpuasa tunggal 10 Muharram sahaja, k

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausu'ah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempu

MUAFIQ

Ketika solat berjemaah, imam baca cepat, ketika tu saya sempat  baca al-fatihah sampai habis, saya tengok imam dah rukuk, tapi sy rukuk berselisih dengan imam, tapi saya muafiq. Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab dengan selisih itu. Jawapan: Jika muafiq, wajib habiskan al-Fatihahnya walaupun imam dah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya hingga 3 rukun panjang (rukuk, sujud pertama & sujud kedua). Imam dah sujud kedua pun, muafiq masih boleh lagi berdiri baca al-Fatihah, asalkan imam belum masuk rukun ke-4 (sama ada imam dah tegak berdiri rakaat seterusnya atau imam dah sempurna duduk tahiyyat akhir). Adapun bagi makmum masbuq, bila imam dah rukuk tapi masbuq belum habis al-Fatihah, wajib tinggalkan al-Fatihahnya dan terus ikut imam rukuk untuk dapatkan rukuk bersama-sama imam. Jika berselisih (imam bangun, masbuq baru turun), maka hangus rakaat itu dan perlu tambah lagi 1 rakaat. (Munyatul Musolli) Kaedah muafiq dan masbuq ni berbeza, jadi kena tahu du

RUKUN QALBI, RUKUN QAULI & RUKUN FI'LI.

Rukun solat ada 13: 1. Niat 2. Qiyam (berdiri) 3. Takbiratul ihram 4. Al-Fatihah 5. Rukuk (dengan thomakninah) 6. Iktidal (dengan thomakninah) 7. Sujud (dengan thomakninah) 8. Duduk antara 2 sujud (dengan thomakninah) 9. Duduk tashahud akhir 10. Membaca tashahud akhir 11. Selawat atas Nabi 12. Salam (yang pertama) 13. Tertib (Matla' al-Badrain) Dalam 13 rukun di atas, terpecah pula kepada 3 bahagian: [1]. Rukun Qalbi [2]. Rukun Qauli [3]. Rukun Fi'li • Rukun Qalbi (hati) : 1. Niat 2. Tertib • Rukun Qauli (perkataan atau bacaan): 1. Takbiratul ihram (ucapan Allahu Akbar) 2. Al-Fatihah 3. Tashahud akhir 4. Selawat atas Nabi 5. Salam (yang pertama) * Lima rukun qauli di atas wajib didengari di telinga sendiri setiap lafaznya. Jika tertinggal satu huruf, wajib diulangi. Adapun bacaan sunat yang lain seperti zikir rukuk, tidak wajib didengari tetapi perlu didengari bagi mendapatkan pahala bacaan. • Rukun Fi'li (perbuatan atau pergerakan) : 1

PENTING BERMAZHAB

Salam. Kenapa kena ada mazhab? Tak perlu guna hadis ke? Zaman Nabi tak ada mazhab. Jawapan: Mazhab ni bagi membantu orang awam untuk memahami agama/hukum syarak, untuk beramal dalam ibadat seperti solat, puasa, haji, bermuamalat, amalkan hukum munakahat, untuk qadhi jatuhkan hukum jinayat. Kita sebagai orang awam mampu baca beberapa sahaja hadis, itu pun terjemahan. Baca dan memahami hadis itu berbeza. Kita tidak mampu baca & faham & hafal berpuluh ribu matan hadis berserta sanad, kita tidak mampu tafsir al-Quran malah haram bagi orang awam menafsir al-Quran sendiri kerana tiada ilmu alat, dan macam-macam lagi kekurangan pada kita. Maka oleh kerana kita tidak cukup ilmu, wajiblah kita bertaqlid pada salah satu mazhab. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: ...فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا "..Mereka beri fatwa tanpa ilmu. Maka mereka itu sesat, malah menyesatkan orang lain (yang mengikutinya)." (Riwayat al-Bukhori : 100

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Apakah hukum melakukan qurban? Jika berkemampuan tapi tidak buat, adakah berdosa? Jawapan: Jumhur ulamak termasuk mazhab Syafi'e berpendapat hukum berqurban adalah sunat muakkad, yakni sunat yang sangat dituntut bagi berkemampuan. Maka dapat dilihat bahawa hukumnya hampir kepada wajib. Jika sengaja tidak mahu berqurban walaupun mampu, tidak berdosa tetapi makruh hukumnya (Mughni al-Muhtaj). Malah dalam mazhab Hanafi, hukum berqurban adalah wajib bagi yang berkemampuan. Sabit sebuah hadis tentang orang yang enggan berqurban, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا "Sesiapa yang mampu tetapi tidak berqurban, maka janganlah dekati tempat solat kami." (Riwayat Ahmad : 16/466) Bagi sebuah keluarga pula, hukum berqurban adalah sunat kifayah, yakni sunat muakkad bagi salah seorang dari ahli keluarga melakukannya, maka ia sudah memadai. Bermakna jika seorang pun tidak berqurban padahal mereka

KAFIR BERQURBAN

Adakah orang kafir boleh ambil bahagian pada satu lembu ketika berqurban? Jawapan: Non muslim boleh ambil bahagian dalam seekor lembu tapi bukan niat qurban, kerana orang kafir tidak sah berqurban. Namun ambil bahagian pada seekor lembu itu untuk kafir itu makan atau jual maka boleh. Ini kerana unta/lembu/kerbau ada 7 bahagian, maka tidak disyaratkan niat setiap dari mereka pada seekor lembu itu mesti sama, nait yang berberbeza juga boleh. Contohnya 1 bahagian dari si fulan yang niat berqurban, 1 bahagian yang buat aqiqah, 1 bahagian yang makan sendiri (tidak niat apa-apa), dan termasuk 1 bahagan dari orang kafir sekalipun. (Matla' al-Badrain). wallahu a'lam

ADAB JUMAAT (Siri 2)

Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Kemudian apabila kamu masuk di masjid, usahalah untuk berada di saf yang awal (pertama). Jika orang sudah ramai, jangan pula kamu melangkahi bahu-bahu mereka, dan janganlah lintas di hadapan mereka yang sedang solat. Duduklah berdekatan dinding atau tiang agar orang lain tidak melintas di hadapanmu. Dan janganlah kamu duduk sebelum melakukan dahulu solat tahiyyatul masjid dan lebih baik jika dilakukan sebanyak empat rakaat. Dan pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Disebutkan dalam satu riwayat (hadis) bahawa: "Siapa yang mengerjakan yang demikian itu, dia tidak meninggal dunia kecuali setelah dia melihat tempatnya di Syurga atau orang lain akan melihatnya". Janganlah kamu meninggalkan solat tahiyyatul masjid (apabila baru masuk) walaupun imam sedang berkhutbah (tetapi secara ringkas sahaja kerana imam telah berkhutbah). Dan disunatkan kamu solat empat rakaat (sun

UJIAN BUAT HAMBANYA

Setiap hambaNya yang mukmin & mukminat akan menerima ujian dari Allah. Jika kita terima sesuatu ujian (sama ada dalam keluarga, musibah dan lain-lain), ketahuilah sebenarnya kita mampu hadapinya, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan kita mampu hadapi kadar tahap tersebut. Tinggal kita sahaja perlu sabar dan redha untuk hadapinya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." (Surah Al-Baqarah : 286) Jika kita menerima ujian, ingatlah perkara yang buruk itu pun datang dari Allah jua. Maka setiap yang datang dari Allah pasti ada kebaikannya, sama ada tersirat atau tersurat. wallahu a'lam

KISAH QURBAN NABI ISMAIL (Siri 1)

Apabila Nabi Ismail 'alaihissalam berumur kira-kira 13 tahun, Nabi Ibrahim 'alaihissalam bermimpi sebanyak tiga kali, dan mimpi seorang Nabi itu adalah wahyu kerana walaupun matanya tertutup  waktu tidur, qalbunya tetap berjaga. Pada malam pertama, beliau bermimpi satu suara yang berkata kepadanya: "Allah perintahkan kepadamu untuk mengorbankan anakmu." Apabila pagi (8 Zulhijjah), beliau berfikir adakah mimpi ini dari Allah atau dari syaitan? Maka dinamakan hari itu "Hari Tarwiyah" yang ertinya "Hari Berfikir". Pada malam kedua, beliau mimpi yang sama, dan suara itu menambah: "Janjimu!" Apabila pagi (9 Zulhijjah), tahulah beliau bahawa mimpi itu dari Allah. Maka dinamakn hari itu "Hari Arofah" yang ertinya "Hari Mengetahuinya." Pada malam ketiga, beliau mimpi lagi yang sama. Apabila pagi (10 Zulhijjah), beliau berusaha untuk menyempurnakan penyembelihan. Maka dinamakan hari itu "Hari Nahar" atau

KISAH QURBAN NABI ISMAIL (Siri 2)

Setelah itu, mereka berdua pun berangkatlah dari Makkah ke Mina sehingga sampai di tempat penyembelihan iaitu di antara bukit-bukit di Mina. Dalam perjalanan, mereka diganggu oleh iblis yang cuba menahan daripada melakukan perintah Allah, namun Nabi Ibrahim tetap teguh. Setibanya ditempat pnyembelihan, Nabi Ismail 'alahissalam berkata kepada ayahnya:  "Wahai ayah! Apabila engkau hendak menyembelihku, kuatkanlah ikatanmu supaya darahku tidak terkenamu kerana akan kurang nanti pahalaku." "Mati itu sakit, maka tajamkanlah parangmu supaya memberi keringanan kepadaku. Apabila engkau membaringkanku, tiarapkanlah aku kerana aku takut sekiranya engkau melihat wajahku, perasaan engkau akan menjadi belas kasihan dan tidak akan dapat menyempurnakan perintah Tuhan. Dan kembalikanlah bajuku ini kepada ibuku Hajar, semoga baju ini akan menghiburkan hatinya." Setelah itu, Nabi Ibrahim merebahkn Nabi Ismail. Ditekan leher puteranya itu dengan kuat dan dengan parang yang

SYARIAT DAN MAKRIFAT

Apa beza syariat dan makrifat? Jawapan: Syariat ialah hukum hakam/undang-undang agama (fekah) dalam menjalani kehidupan di dunia. Ia boleh menjadi wajib/sunat/harus/makruh/haram. Contohnya perlaksanaan ibadat seperti solat, puasa (rukun, syarat sah, batal), muamalat pula seperti jual beli, munakahat pula seperti nikah cerai, jinayat pula seperti hudud, qisos dan lain-lain. Semua hukum ini telah disediakan oleh para ulamak, yang diambil melalui 4 sumber hukum : al-Quran, hadis, ijmak ulamak  & qiyas ulamak. Makrifah pula ialah mengenal Allah. "Awwaluddin makrifatullah : Awal-awal agama ialah mengenal Allah." Tidak sah segala ibadat tanpa mengenal Tuhan yang disembah. Maka wajib mengenal Allah dahulu, ia asas. Lepas itu baru turun kepada ibadat. Cara mengenal dengan mempelajari 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi Allah. Kata guru, orang yang tidak belajar sifat 20 akan diazab. wallahu a'lam

TAKBIR MUQOYYAD & TAKBIR MURSAL

TAKBIR MUQOYYAD & TAKBIR MURSAL Takbir raya terbahagi kepada 2 keadaan, iaitu takbir muqoyyad dan takbir mursal/mutlak. • 1. Takbir Muqoyyad : Takbir yang berkait dengan solat, yakni selepas imam beri salam, terus laungkan takbir raya, termasuk juga selepas solat sunat. • 2. Takbir Mursal/mutlak : Takbir secara bebas, tanpa dihadkan selepas imam beri salam. Selepas imam salam dan selesai berwirid, boleh mulakan takbir raya. Juga disunatkan takbir raya di mana sahaja, kerana waktunya bebas, tidak dihadkan sepertimana takbir muqoyyad. * Tidak disatukan takbir muqoyyad dan takbir mursal dalam satu masa. Jika tempoh muqoyyad, tiadalah takbir mursal, dan begitulah sebaliknya. Waktu untuk takbir mursal/mutlak (bebas) Dinyatakan dalam Bughyatut Thullab karangan Syeikh Daud al-Fathoni, bahawa takbir mursal (bebas) dilaungkan pada malam raya, yakni apabila masuknya maghrib, ini bagi malam aidil adha atau aidil fitri. Takbir raya ini sunat dilaungkan secara bebas di mana sahaja

AMALAN ZIKIR 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Lazimi sekurang-kurangnya 100x Tahlil, 100x Takbir & 100x Tahmid setiap hari sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah. • Tahlil : Laa illaaha illallah • Takbir : Allahu Akbar • Tahmid : Alhamdulillah • Nabi sollallahu 'alaihi wa salam bersabda: مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ "Tiada hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah untuk melakukan amalan padanya berbanding sepuluh hari (Zulhijjah) ini. Maka perbanyakkan padanya dengan bertahlil, bertakbir dan bertahmid." (Riwayat Ahmad: 7/224) • Diriwayatkan bahawa: وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا "Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada 10 hari (awal Zulhijjah), kemudian mereka melaungkan takbir, maka manusia pun turut ikut be

TAZKIRAH AIDIL ADHA

Aidil Adha merupakan hari Pengorbanan dan Muhasabah, dimana aidil adha merupakan hari bersejarah sebuah pengorbanan yang dilakukan Ibrahim dan Ismail alaihissalam sebagai bentuk ketaatan kepada Allah. Ini mengajarkan kepada kita umat Islam agar selalu bersedia untuk mengorbankan apa saja yang kita miliki untuk diinfaqkan ke jalan Allah, karena apa yang kita miliki hari ini merupakan sebuah titipan yang harus kita jaga. Keteguhan hati kita sangat dituntut dalam mematuhi segala perintah Allah sebagaimana yang terjadi pada Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya tercinta hanya untuk membuktikan ketaatannya kepada Allah. Hari ini kita juga seperti itu, kita dituntut untuk tetap istiqamah menjadi hamba-hamba Allah yang senantiasa bertaqwa kepada-Nya. Istiqamah untuk menjaga sikap dan perilaku kita. Istiqamah untuk menghindari ghibah (mengumpat), mampu untuk mengunci lisan kita dari perkataan yang membicarakan keaiban dan keburukan saudara kita, serta istiqomah untuk mengerjakan ap

LUPA NIAT JAMAK

Selepas saya solat Zohor, baru teringat saya belum niat jamak ketika solat Zohor tadi. Adakah sah saya teruskan jamak dengan Asar? Jawapan: Tidak sah, kerana niat jamak perlu diniatkan ketika solat pertama (sama ada Zohor atau Maghrib). Jika selepas salam baru teringat, maka tidak boleh dijamakkan lagi, dan perlu menunggu waktu Asar nanti dan solat Asar di dalam waktunya. Cuma solat Asar itu boleh dipendekkan (qasar) menjadi 2 rakaat. Tempoh niat jamak adalah berniat "jamak" pada mana-mana bahagian di antara permulaan takbiratul ihram hinggalah sebelum selesai beri salam pertama pada solat Zohor atau Maghrib. (Matla' al-Badrain) Jika tidak niat jamak ketika takbiratul ihram solat pertama, masih sah lagi asalkan dia niat jamak ("aku nak jamak") sebelum dari selesai salam pertama. Tetapi jika dah beri salam solat pertama baru teringat nak jamak, maka tidak sah untuk dijamakkan lagi dengan solat kedua. Namun solat Zohornya sah cuma tidak boleh dijamakkan de

TIADA GIGI DAN BERLUKA

BINATANG QURBAN TIADA GIGI DAN BERLUKA Sahkah binatang qurban yang tiada kesemua giginya dan yang luka pada badannya? Jawapan: Berkenaan hilang kesemua gigi, terdapat khilaf dalam mazhab Syafi'e. Ada yang mengatakan tidak sah, dan ada yang mengatakan sah kerana gigi tidak boleh dimakan dan kehilangan gigi juga tidak mengurangkan daging tersebut. Melainkan jika binatang itu terlalu kurus, maka tidak sah dibuat ibadah qurban. Berkenaan luka pula, jika luka sikit tidak mengapa kerana tidak menjejaskan daging. Adapun jika luka banyak hingga mengurangkan dagingnya, maka tidak sah dibuat qurban. Berkenaan ciri-ciri kecacatan utama, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﺭْﺑَﻊٌ ﻟَﺎ ﺗَﺠُﻮﺯُ ﻓِﻲ ﺍَﻟﻀَّﺤَﺎﻳَﺎ : ﺍَﻟْﻌَﻮْﺭَﺍﺀُ ﺍَﻟْﺒَﻴِّﻦُ ﻋَﻮَﺭُﻫَﺎ , ﻭَﺍﻟْﻤَﺮِﻳﻀَﺔُ ﺍَﻟْﺒَﻴِّﻦُ ﻣَﺮَﺿُﻬَﺎ , ﻭَﺍﻟْﻌَﺮْﺟَﺎﺀُ ﺍَﻟْﺒَﻴِّﻦُ ﻇَﻠْﻌُﻬَﺎ ﻭَﺍﻟْﻜَﺴِﻴﺮَﺓُ ﺍَﻟَّﺘِﻲ ﻟَﺎ ﺗُﻨْﻘِﻲ "Ada empat kecacatan yang tidak boleh dibuat udhiyyah (qurban) : Buta sebelah matanya yang jelas butanya,

KELEBIHAN HARI 'AROFAH

1.Hapus dosa setahun lalu dan setahun akan datang (2 tahun). • Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَ "Bagi yang berpuasa pada hari 'Arofah (9 Zulhijjah), aku berharap ke atas Allah agar dihapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." (Riwayat Muslim) 2. Perbanyakkan berdoa pada hari ini: • Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺩﻋﺎﺀ ﻳﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ "Seafdhal doa adalah berdoa pada hari 'Arofah (9 Zulhijjah)." (Riwayat Imam Malik: 500, dalam al-Muwattho') 3. Zikir/kalimah yang paling afdhal pada hari ini: • Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣَﺎ ﻗُﻠْﺖُ ﺃَﻧَﺎ ﻭَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻴُّﻮْﻥَ ﻋَﺸِﻴَّﺔَ ﻋَﺮَﻓَﺔَ : ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻻَ ﺷَﺮِﻳْﻚَ ﻟَﻪُ ، ﻟَﻪُ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭَ ﻟَﻪُ ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ ، ﻭَ ﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳْﺮ "Seafdhal kalimah yang aku ucapkan dan (ka

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT Adakah wajib solat Jumaat jika hari raya adha atau fitri jatuh pada hari Jumaat? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, tetap diwajibkan Jumaat bagi mereka yang wajib Jumaat. Adapun kelonggaran meninggalkannya hanya bagi penduduk kawasan pendalaman, seperti kampung yang jauh dengan kota/bandar, kerana akan menyulitkan mereka keluar ke bandar berulang kali bagi menghadiri solat raya waktu pagi dan solat Jumaat pula waktu Zohor. Namun jika mereka tinggalkan Jumaat, mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Adapun bagi golongan pendalaman yang tidak hadir pun solat raya waktu pagi, maka tidak timbul kesulitan yang berulang, oleh itu diwajibkan bagi mereka solat Jumaat. [al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Bughyatul Mustarsyidin] Cuma mungkin tidak ramai golongan yang digugurkan Jumaat ini, kerana realitinya di Malaysia hampir setiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang membolehkan mereka pergi dengan mudah. Dalil bagi mazhab Syafi&#

WAKTU AFDHAL SOLAT AIDIL ADHA

Tunaikanlah Solat Sunat Idil-Adha Tepat Pada "Waktu Afdhal" ia didirikan Oleh: Ustaz Haidzir Hussin ﭐﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﭐﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ Berkata penyusun "ﻣﻄﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭﻳﻦ" : "(Dan waktu) keduanya daripada naik matahari, tetapi sunat dita'khirkan dia hingga naik matahari segalah, dan berkekalanlah waktunya hingga gelincir matahari." Penerangan: Penyusun menerangkan tiga perkara iaitu: Bilakah masuk waktu solat hari raya, bilakah waktu yang afdhal kita mendirikannya, dan bilakah berakhirnya waktu untuk solat sunat raya itu. Sebagai memudahkan kefahaman, saya pecahkan begini: i. Waktu masuk : "Syuruq" (terbit matahari) (yakni selepas tamat waktu isyraq) ii. Waktu afdhal : Matahari dah naik segalah iaitu 27 minit selepas "syuruq" iii. Penghujung atau akhir waktu : Dengan masuknya waktu zuhur. Sama samalah kita berdoa' agar kita dapat menunaikan solat idil-Adha mulai tahun ini tepat pada waktu su

BERGABUNG JUMAAT DAN RAYA

Alangkah Beruntungnya Kita Tahun Ini (1438h), Raya Haji (10hb/12) Jatuh Hari Jumaat Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Kelebihan Hari Jumaat: ﻭﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻟُﺒَﺎﺑَﺔَ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟْﻤُﻨْﺬِﺭِ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ‏ Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ berkata: ( ﺇِﻥَّ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﺳَﻴِّﺪُ ﺍﻷَﻳَّﺎﻡِ، ﻭَﺃَﻋْﻈَﻤُﻬَﺎ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻷَﺿْﺤَﻰ ﻭَﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ، ﻓِﻴﻪِ ﺧَﻤْﺲُ ﺧِﻼﻝٍ : ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ، ﻭَﺃَﻫْﺒَﻂَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷَﺭْﺽِ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻮَﻓَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺁﺩَﻡَ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺳَﺎﻋَﺔٌ ﻻ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﺇِﻻ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ، ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺴْﺄَﻝْ  ﺣَﺮَﺍﻣًﺎ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻘُﻮﻡُ ﺍﻟﺴَّﺎﻋَﺔُ، ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻣَﻠَﻚٍ ﻣُﻘَﺮَّﺏٍ ﻭَﻻ ﺳَﻤَﺎﺀٍ ﻭَﻻ ﺃَﺭْﺽٍ ﻭَﻻ ﺭِﻳَﺎﺡٍ ﻭَﻻ ﺟِﺒَﺎﻝٍ ﻭَﻻ ﺑَﺤْﺮٍ ﺇِﻻ ﻭَﻫُﻦَّ ﻳُﺸْﻔِﻘْﻦَ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ‏) . ﺣﺪﻳﺚ ﺣﺴﻦ، ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ ‏(1084 ) . “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling muli

TAPAK TANGAN BERLAPIK

Hukum "Muka & Tangan" Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Soalan: Ustaz anak saya bgtau. masa sujud dlm solat, tapak tgn tak boleh berlapik dgn kain telekong. Betul ke mcm tu ustaz? Jawapan: Tak betul tu. Anggota sujud yang tak boleh berlapik ketika sujud ialah dahi saja. Itu pon bukan seluruh dahi wajib kena lantai, sebahagian saja.. Perkara berkaitan muka dengan tapak tangan ni banyak. Ianya kena diperincikan. Ramai ustaz/ustazah tak mahir perkara ni. Contoh: Muka dan tapak tangan adalah: i. Bukan aurat wanita dlm solat. ii. Boleh dilihat ketika meminang. • Muka boleh dilihat ketika wanita menjadi saksi muamalah, tapi bukan dengan tangan sekali. • Perut tapak tangan lelaki dan perempuan apabila menyentuh kemaluan membatalkan wudhu. Tiada kaitan dengan muka. • Dalam bab tayammum; anggotanya ialah muka dan tangan hingga ke siku. • Dalam bab hudud, jika sabit kesalahan mencuri; dipotong di pergelangan tangan. Tiada kaitan dengan muka pon. Ini dan banyak lagi

SUNAT KETIKA SEMBELIH

SUNAT KETIKA SEMBELIH Apakah sunat-sunat ketika menyembelih binatang? Jawapan: Ada beberapa perkara yang disunatkan, antaranya: 1. Menajamkan mata pisau 2. Mengadap kiblat 3. Membaringkan binatang sembelihan di sebelah pinggul kirinya. Melainkan unta, afdhal disembelih ketika berdiri ia. 4. Mengucapkan nama Allah, sama ada {Bismillah} saja atau {Bismillaahir-rohmaanir-rohiim} atau {Bismillahi Allahu Akbar} dan membaca selawat 5. Memotong dua urat di tepi leher yang dinamakan Wadajaini (adapun urat halkum dan urat merih adalah wajib diputuskan). Rujukan: • Matla' al-Badrain (2/422) (bersama Adillatun Nurain) • Fiqh al-Manhaji (3/575) wallahu a'lam

PINDAH DAGING QURBAN

PANDUAN HUKUM : HUKUM MEMINDAHKAN DAGING KORBAN Oleh: Ustaz Alyasak Berhan Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu adalah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan di negeri tersebut. Berikut adalah perincian berkaitannya menurut pandangan ulama Mazhab Syafi'i. 1. Orang yang berkorban/Wakil Korban Wajib : Haram bagi orang yang berkorban wajib, memindahkan kesemua daging korbannya ke tempat lain sepertimana hukum memindahkan zakat. Justeru, daging tersebut wajiblah diagihkan kepada fakir miskin di mana korban tersebut dilaksanakan (jika ada). Korban Sunat : Hanya haram memindahkan daging ke tempat lain sekadar yang wajib disedekahkan kepada fakir/miskin (sedikit sahaja) dan bukan kesemuanya. Adapun, selebihnya harus dipindahkan ke tempat lain. 2. Penerima Daging Korban Fakir/Miskin : Harus bagi mereka memindahkan daging korban yang diterima kerana pemberian berkenaan mer

TAKBIR MURSAL & MUQOYYAD

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Apa beza antara takbir mursal, mutlak dan muqayyad?😊 Jawapan kami; Terdapat dua jenis takbir raya iaitu; 1) Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi (selepas) solat sama ada solat fardhu, sunat, tunai, qadha’ dan solat jenazah. Sehubungan itu, sunat mendahulukan takbir muqayyad ini sebelum memulakan zikir selepas solat. 2) Takbir Mursal/Mutlak adalah takbir yang dilakukan pada bila-bila masa tanpa dikaitkan dengan solat. Justeru, sunat mentakhirkan (kemudiankan) takbir mursal daripada zikir selepas solat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel berikut; http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/takbir-raya.html?m=1 اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

TAWADHUK IMAM AL-SYAFI'E

Kata Imam al-Syafi'e Rahimahullah: احب الصالحين ولست منهم * لعلي أن انال بهم شفاعة "Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan sebahagian daripada mereka, Moga-moga dengannya aku mendapat syafaat" Pengajaran: 1. Imam Syafi'e mengajar kita tentang tawadhuk. Biarpun terkenal dengan kehebatan ilmunya dan kewarakannya, dia tetap merasa rendah diri dan tidak menganggap dirinya sebagai soleh. Dia tidak bermegah atau mahu disanjung dengan ilmunya atau status dirinya. Di sinilah letaknya pandangan Allah kepada kita, iaitu dengan tidak merasa diri baik, bahkan merasa diri banyak dosa walau telah membuat berbagai-bagai kebaikan. 2. Imam Syafie mengajar kita untuk sentiasa membuat perhubungan dengan orang-orang soleh. Dengan mencintai orang soleh samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia, di situ kita akan mendapat berkat syafaat orang soleh. Jika pun kita belum soleh, tapi moga-moga berkat orang soleh, kita akan menjadi soleh. Tak pun anak cucu kita akan menj

LAFAZ TAKBIR

LAFAZ TAKBIR Oleh: Ustaz Alyasak Bin Berhan Lafaz takbir yang telah disebutkan oleh Imam al-Syafi’i di dalam Kitab al-Um (al-Um 520/2, al-Majmuk 46/5) adalah; ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴْﻼً، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﻻَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﺇِﻻَّ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻣُﺨْﻠِﺼِﻴْﻦَ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﺪِّﻳﻦَ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺮِﻩَ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮُﻭﻥَ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ، ﺻَﺪَﻕَ ﻭَﻋْﺪَﻩُ، ﻭَﻧَﺼَﺮَ ﻋَﺒْﺪَﻩُ، ﻭَﺃَﻋَﺰَّ ﺟُﻨْﺪَﻩُ ﻭَﻫَﺰَﻡَ ﺍﻟْﺄَﺣْﺰﺍَﺏَ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar yang Teramat Besar (agung), Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti aja

SILAP WAKTU SOLAT

Apakah hukum seseorang yang menyangka masih waktu Maghrib padahal telah waktu Isyak, lalu dia pun melakukan solat Maghrib dengan niat tunai di belakang imam yang sangkaanya solat Maghrib padahal imam solat Isyak. Jawapan: Huraiannya terbahagi kepada 3 pecahan: 1. Hukum niat tunai (ada'an) ketika luar waktunya 2. Hukum imam dan makmum berbeza niat 3. Hukum solat makmum yang kurang dari rakaat imam (imam 4 rakaat & makmum 3 rakaat) 1. Hukum musolli yang niat tunai padahal dia solat di luar waktunya, solatnya sah jika tidak sengaja seperti sangkaannya masih di dalam waktu. Adapun jika sengaja, batal solatnya kerana dianggap bermain-main. • Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu'in (1/45) berkata:  ﻭﺍﻷﺻﺢ ﺻﺤﺔ ﺍﻷﺩﺍﺀ ﺑﻨﻴﺔ ﺍﻟﻘﻀﺎﺀ ﻭﻋﻜﺴﻪ ﺇﻥ ﻋﺬﺭ ﺑﻨﺤﻮ ﻏﻴﻢ، ﻭﺇﻻ ﺑﻄﻠﺖ ﻗﻄﻌﺎ ﻟﺘﻼﻋﺒﻪ. "Menurut qaul yang asoh (sohih), sah solat tunai tapi diniatkan qadha' atau sebaliknya (solat itu qadha' tapi diniatkan tunai) apabila terdapat keuzuran (tidak sengaja) seper

SEMBELIHAN 2 KALI

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Asalam.slmt ari rya haji Ustaz....sy ingin btnya...sekiranya kita melakukan ibadah korban sembelih lembu...lpas penyembelihan tu ada urat pd lembu tu yg xputus dan lembu hidup lg lepas tu melakukan penyembelihan ke dua...ape hukumny...? Jawapan kami; Disyaratkan pada setiap sembelihan, urat halkum dan mari' haiwan dipotong dengan sempurna. Disebutkan dalam Fath al-Muin; "Ketahuilah, sesungguhnya menyembelih haiwan darat yang dapat dikuasai (bukan haiwan liar) adalah dengan memotong kesemua halkumnya, iaitu tempat keluar nafas (saluran pernafasan) dan kesemua mari'nya, iaitu tempat laluan makanan yang di bawah halkum (saluran makanan) dengan setiap benda yang tajam, yang melukakan selain tulang, gigi dan kuku seperti dengan besi, buluh, kaca, emas dan perak." Sehubungan itu, jika antara dua sembelihan tersebut tidak diselangi dengan tempoh yang lama iaitu dilakukan dengan kadar segera (tanpa bertangguh-tangguh antara sembeliha

BERI DAGING QURBAN PADA KAFIR

Bolehkah beri daging qurban pada non muslim? Jawapan: Memang ada pendapat dalam mazhab Syafi'e boleh beri pada orang kafir zimmi tapi ia pendapat dhoif (lemah), walaupun Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berpegang pada pendapat ini. Tapi pendapat muktamad, haram beri pada orang kafir walaupun kafir zimmi. (Tahfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj, I'anah at-Tholibin, Hasyiah al-Bajuri, Sabilal Muhtadin, Matla' al-Badrain) Memang kebanyakan pendapat Imam an-Nawawi adalah kuat dan dipegang ulamak Syafi'iyyah, cuma ada beberapa pendapat Imam an-Nawawi yang tidak dijadikan pendapat muktamad dalam mazhab Syafi'e, antaranya bagi masalah ini. Jika ada sangkaan kita bahawa jiran non muslim kita akan terasa hati atau teringin sangat dengan daging tu, boleh beli daging biasa dan beri padanya. Jika buat kenduri dan ada tetamu non muslim, boleh beli daging biasa dan masakkan untuk dia juga. wallahu a'lam

ORANG BERILMU YANG SOMBONG

Sombong Bagi Orang Berilmu Oleh: Ustaz Dr. Muhammad Yusry Berkata Imam Al-Ghazali: "Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi, sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih." ========= SUMBER : Telegram Ust. Dr Yusry

HARI TERAKHIR BERQURBAN

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Ustaz, bila last time kite boleh buat korban? Jawapan kami; Waktu terakhir yang diharuskan untuk melakukan ibadah korban adalah sehingga Maghrib akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah). Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari: وءاخر وقتها أي التضحية غروب الشمس من ءاخر أيام التشريق لخبر ابن حبان "في كل أيام التشريق ذبح" "Akhir waktunya, iaitu korban adalah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib) pada akhir hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah) kerana berdasarkan hadis riwayat Ibn Hibban "Pada setiap hari-hari Tasyriq sembelihan (korban)."(Tuhfah al-Tullab). Bahkan, menurut al-Khatib al-Syirbini jikalau dipotong halkum dan mari' (sembelih) haiwan sebelum sempurna matahari tenggelam pada akhir hari Tasyrik, nescaya sahlah korban tersebut (Al-Iqna'). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel                      

JUAL DAGING QURBAN

Bolehkah kita menjual daging korban? Jawapan: Dalam Matla' al-Badrain mengatakan haram menjual daging udhiyyah (qurban) bagi 2 golongan: 1. Tuan punya qurban 2. Orang kaya yang menerima daging itu atas jalan hadiah Melainkan golongan fakir miskin yang terima sedekah daging qurban tu, maka mereka boleh menjualnya. [Matla' al-Badrain] wallahu a'lam

TEMPAT BAYAR DAM

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: assalam ust boleh x bayar dam yang x selesai masa umrah atau haji yang lepas di malaysia dan laksanakan di malaysia penyembelihan tersebut Jawapan kami; Tempat penyembelihan dam bagi dam haji atau umrah adalah khusus di Tanah Haram Mekah. Justeru, ia wajib disembelih di Tanah Haram Mekah dan dagingnya juga wajib dibahagi-bahagikan kepada orang-orang miskin yang terdapat di sekitar Tanah Haram Mekah sama ada yang bermastautin di sana atau bukan (Al-Idhah fi Manasik al-Haj). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

UPAH DAGING KEPADA PETUGAS

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Soalan : Adakah boleh bagi upah daging korban kepada penyembelih & pekerja korban? Jawapan kami; Kulit atau daging sesuatu binatang korban haram dijadikan upah kepada penyembelih atau para petugas korban. Namun, ia harus diberikan kepada penyembelih atau para petugas sebagai sedekah jika mereka miskin atau sebagai hadiah (bagi korban sunat) jika mereka bukan orang miskin (Hasyiah al-Baijuri). اليسع Wallahu a'lam. ====== SUMBER: t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

TUHFAH DAN NIHAYAH

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Kitab Tuhfah al-Muhtaj (Ibn Hajar al-Haitami) dan Nihayah al-Muhtaj (Syams al-Ramli) Sandaran Fatwa Para Ulamak Mazhab Syafi'i telah menjadikan Kitab Tuhfah al Muhtaj dan Nihayah al Muhtaj sebagai dua kitab rujukan dan sandaran utama dalam berfatwa disebabkan di dalam kedua-dua kitab tersebut pengarangnya telah menjadikan Qaul-qaul yang muktamad yang disebut dalam Kitab-kitab karangan Imam al-Nawawi dan al-Rifa'ei sebagai pegangan (I’timad) fatwa. Asas ini telah menyebabkan Tuhfah dan Nihayah sebagai kitab yang paling utama berbanding kitab-kitab lain. Dalam kitab Fawaid Makkiyah, karangan al-'Allamah Sayyid Alawi bin Sayyid Ahmad al Saqaf, dicatit sebab keutamaan Tuhfah dan Nihayah: al-'Allamah al-Kurdi berkata: تتبعوا كلامهما فوجدوا ما فيهما عمدة المذهب الشافعى رضى الله عنه "Para Ulamak telah memeriksa kandungan kedua-dua kitab tersebut, mereka mendapati isi kandungan kedua kitab tersebut merupakan UMDAH berfatwa mengikut

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD Oleh: Ustaz Fuad Bin Ismail (Jordan) Di manakah posisi kaki yang betul ketika berdiri tegak untuk solat? Jawapan: Bagi Mazhab Syafi'i : Direnggangkan kedua-dua kaki sekadar sejengkal. Makruh merapatkan kedua-dua kaki jika tiada keuzuran kerana ia membebankan iaitu menganggu kekhusyukan solat. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu) Kedudukan kaki ini tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan, berseorangan atau berjemaah juga, sama ada imam atau makmum. [Majalah Al-Ustaz, Isu 60] ========= Bagi posisi kaki ketika sujud, ada khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengatakan sunat rapat antara kedua kaki, ada yang mengatakan sunat renggang. Tapi menurut mazhab Syafi'e, sunat direnggangkan kadar sejengkal bagi lelaki (Munyatul Musolli) dan sunat dirapatkan bagi wanita (Sohih Sifat Solat Nabi). wallahu a'lam

CINTA NABI

CINTA PADA NABI Umar Bin Ahmad Baroja' di dalam Akhlaq Lil-Banin berkata:  ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻮﻟﺪ ﺍﻸﺩﻳﺐ، ﻛﻤﺎ ﻳﺤﺐ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻥ ﺗﻌﻈﻢ ﺭﺑﻚ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﮯ ﻳﺤﺐ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻀﺎ، ﺃﻥ ﺗﻌﻈﻢ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻭﺗﻤﻸ ﻗﻠﺒﻚ ﺑﻤﺤﺒﺘﻪ ﺣﺘﮯ ﺗﺤﺒﻪ ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﻣﺤﺒﺘﻚ ﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻚ ﻭﻟﻨﻔﺴﻚ ﻷﻧﻪ ﺍﻟﺬﻱ ﻋﻠﻤﻨﺎ ﺩﻳﻦ ﺍﻼﺳﻼﻡ ﻭﺑﺴﺒﺒﻪ ﻋﺮﻓﻨﺎ ﺭﺑﻨﺎ، ﻭﻓﺮﻗﻨﺎ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻭﺍﻟﺤﺮﺍﻡ، ﻭﻸﻥ  ﷲ ﺗﻌﺎﻟﮯ ﺃﺣﺒﻪ، ﻓﺠﻌﻠﻪ ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﻨﺎﺱ، ﻭﺻﻴﺮﻩ ﻗﺪﻭﺓ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﺍﻸﺧﻼﻕ ﻭﺍﻶﺩﺍﺏ ﺇﺫﺍ ﺃﺣﺒﺒﺖ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻓﺎﺗﺒﻌﻪ ﻓﻲ ﺳﻴﺮﺗﻪ، ﻭﺍﻋﻤﻞ ﺑﻨﺼﺎﺋﻪ، ﻟﺘﻨﺎﻝ ﻣﺤﺒﺔ ﷲ ﻭﺭﺿﺎﻩ "Nabimu, Muhammad sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam. Wahai anak yang beradab, sebagaimana wajib atasmu mengagungkan Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, maka wajib juga atasmu untuk mengagungkan Nabimu, Muhammad sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam, dan penuhi hatimu dengan mencintai Baginda, sehingga rasa cinta itu lebih banyak dari rasa cinta terhadap kedua ibubapamu dan cinta terhadap dirimu sendiri. Kerana sesungguhnya Baginda yang mengajar kita

UJUB

Penyakit 'Ujub Oleh: Ustaz Fazel Ujub itu ialah salah satu penyakit hati. Ia banyak terkena kepada orang pandai, orang yang banyak ilmu seperti ulamak, ahli ‘abid dan juga para pemimpin. Apa yang dimaksudkan dengan ujub? Iaitu mengkagumi diri sendiri atas kerana kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri. Contoh, berlaku kepada orang pandai. Bila ada ilmu lebih sikit daripada orang lain, boleh pula bercakap dan memberi idea, timbul rasa dalam hati: “Pandai juga aku ini, mana ada orang yang sebaik aku dalam memberi idea ini”. Perasaan seperti inilah yang dikatakan ujub. Dia memuji dirinya sendiri. Dia kagum dan tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. Contoh lain, ahli ‘abid atau dikenali sebagai ahli ibadah bilamana boleh bersembahyang banyak dari sembahyang fardu ke sembahyang sunat, lepas itu, sembahyang lagi sehingga 8 ke 10 rakaat. Terdetik kata-kata di dalam hatinya': “Tak ada orang lain boleh buat seperti aku”, “boleh tahan juga aku ni”. Begitulah p