AURAT MUSLIMAH DI HADAPAN KAFIRAH

IRSYAD AL-FATWA KE-141 : AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM

Oleh: Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli al-Bakri

Pandangan Ulama:

Ulama fiqh berbeza pandangan berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab syafie sendiri juga mempunyai beberapa pandangan.

1. Pandangan Majoriti/Jumhur:

• Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47)

2. Pandangan mazhab Syafi'e:

Sebahagian ulama mazhab syafei berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripda kepala, tangan dan kaki:

• Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbiy melihat kepada perempuan muslimah, tetapi harus dia melihat dari perempuan muslimah apa yang zahir ketika bekerja. (Lihat Tuhfah al-Muhtaj:7/200).

• Didalam kitab Siraj al-Wahhab, pengarang ada menyebut: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmiy melihat kepada perempuan muslimah, tetapi harus dia melihat dari perempuan muslimah apa yang zahir ketika bekerja.

• Imam Al-Qalyubi menyebut: Tetapi boleh perempuan kafir zimmi melihat dari perempuan muslimah apa yang zahir ketika bekerja. Inilah yang muktamad, maka perlu diikatkan dengannya akan kalam pengarang. (Lihat Hasyiah Qalyubi Wa ‘Umairah: 3/212)

• Kata Imam Asy-Syarwani: Aurat muslimah nisbah kepada pandangan wanita kafirah, jika wanita tersebut bukan tuannya dan juga bukan mahramnya, iaitu anggota yang tidak zahir (nampak) pada ketika bekerja. (Lihat Hasyiah al-Syarwani Ala Tuhfah al-Muhtaj: 2/212).

• Berkata Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari: Perkataanya "Anggota yang zahir ketika bekerja" iaitu muka, kepala, tangan hingga siku dan kaki hingga lutut. (Lihat Asna al-Matalib: 14/280)

Kesimpulan:

Aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab syafie, termasuk sebahagian ulama mutaakkhirin mazhab syafie bahawa aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah selain kepala, tangan dan kaki.

==========

SUMBER : www.muftiwp.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR