Posts

Showing posts with the label Tasawwuf

Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati (siri 2)

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati (siri 2) Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy ADAB BUAH ILMU Adab adalah buah ilmu, adab adalah hal yang lahir dari hati, jika dalam hatinya kebaikan, maka baiklah adabnya, jika hatinya penuh kejahatan, maka jahatlah adabnya. Justeru itu ukuran untuk melihat seseorang itu baik bukan pada ilmu atau amalnya, tetapi pada adabnya. Jika mereka ada ilmu dan amal yang banyak, tetapi tiada memilki adab yang baik, maka ianya menunjukkan ilmu dan amalnya tiada kesan bagi dirinya lantran adanya hijab dgn Allah. KUNCI PEROLEHI ADAB Keberkatan mendahului ilmu, tanpa keberkatan maka segala ilmu akan jadi sarang iblis yang membuahkan kesombongan dan keakuan diri(ananiyah). Tanpa keberkatan, tidak akan wujud kasih sayang, kebaikan jiwa dan adab. Bertali ilmu dengan guru yang memilki keberkatan adalah kunci kepada kebaikan seorang insan. Faktor keberkatan kini tiada dalam kamus pendidikan moden sehingga ia membawa kehancuran adab dan amal pada...

Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy Pesanan Ayahanda: "Hakikat ilmu tasauf bukan di ajar dalam bentuk ilmu, taarif dan perbahasan, ia tiada kesudahan kerana akan terbelenggu dengan taarif dan perbahasan, maka lahir ramai cendiakawan memperkatakan dan mengajar ilmu tasauf tetapi tiada memilki jiwa tasauf namun mereka menyangka mereka sudah berada dalam tasauf." Hakikat tasauf adalah dalam bentuk ilmu rasa dan syuhud dalam jiwa yang membuah makrifat dan adab. Sedikit ilmu yang membawa kepada adab, amal dan takwa adalah lebih baik dari banyak ilmu tetapi tiada adab, amal dan takwa. Oleh kerana itu ulama' tasauf amat meniti beratkan adab. Lihat perkataan mereka. Sebahagian ulama' tasauf berkata: "Tasauf semuanya akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlak kalian, dia telah menambahkan tasauf terhadap diri kalian." (Nusratun Nbawiyah, m/s 22) Imam Junaid al Baghdadi, Imam rujukan ilmu tasauf berkata: ...

Belajar Menerima Kritikan & Mengakui Kesalahan

Pesanan Ayahanda: Belajar Menerima Kritikan (Teguran) & Mengakui Kesalahan (Mohon Maaf) Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy Anakku, "Belajarlah menerima kritikan, belajar mengaku kesalahan dan belajar memohon maaf jika bersalah, sebagai jalan penyucian jiwa demi perjalanan cinta kepada Allah dan Rasul. Sikap tiada mahu menerima kesalahan, apalagi mewujudkan pelbagai helah untuk dilihat tiada bersalah adalah adab yang amat salah bagi para perindu Allah. Ia masih menyintai sifat takbur, dan sikap tersebut (tiada mahu menerima kesalahan) menambah menyuburkan lagi sifat (takbur) tersebut, ia akan memadamkan cahaya hati perlahan-lahan sehingga makrifat dalam bentuk pandangan dan perasaan hilang tanpa disedari." "Sifat berdolak dalih dengan kesalahan adalah sifat iblis dihadapan Allah yang tak mahu mengaku kesalahan, malah apabila Allah menghukumnya dengan panggilan kafir, dia masih menunjukkan egonya dengan menyalahkan Adam sebagai punca ia dimurka, sehingga kini ia menj...

ADAB SEBELUM BERDOA:

ADAB SEBELUM BERDOA: 1. Mengucap ta'awuz dan basmalah 2. Memuji Allah dengan bertahmid (Alhamdulillah) 3. Berselawat 4. Beristighfar (sambil ingat dosa-doa lalu) 5. Merendah diri ketika berdoa dan harapkan keampunan Allah terhadap dosa-dosa kita. 6. Berdoa dengan sepenuh hati 7. Iringi setiap doa dengan memujiNya seperti "Ya Allah Ya Rahman" dan "Ya Allah Ya Rahim." * Doa akhir tahun boleh dimulakan dalam 10 atau 15 minit sebelum azan Maghrib. Paling utama mintalah keampunan dari Allah sepanjang tahun yang dilalui, dan semoga pada tahun baru Allah istiqomahkan kita dalam perjuangkan agamaNya dan menjadi hamba yang lebih bertaqwa kepadaNya. Kemudian barulah doa yang lain seperti murahkan rezeki, kehidupan lebih teratur dan lain-lain. Doalah yang baik-baik apa yang terbuku di hati.

UCAPAN TAKZIAH OLEH 'ALLAMAH HABIB UMAR

UCAPAN TAKZIAH 'ALLAMAH HABIB UMAR TENTANG KEBAKARAN PELAJAR ITTIFAQIYAH Ini adalah ucapan takziah daripada Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz, Pengasas Pusat Pengajian Darul Musthafa : "Segala pujian hanya bagi Allah, dan sesungguhnya kita datang dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud : (Tidaklah seseorang itu meninggal dunia kecuali dengan izin Allah dan dalam ketentuan waktu yang ditetapkan) Bersabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam : (Barangsiapa yang datang kematian ke atasnya sedangkan dia dalam menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka kedudukan antara dia dan para Nabi di dalam syurga hanyalah beza satu darjat) Dengan hati yang redha dengan ketentuan Allah yang Maha Tinggi dan Bijaksana kami mengucapkan takziah ke atas diri kami, juga ucapan takziah kepada saudara yang dikasihi di Malaysia khususnya ibu bapa penjaga kepada pelajar yang ditimpa musibah kebakaran, yang telah menemui Tuhan mereka, juga u...

BERBOHONG YANG DIBENARKAN

BERBOHONG YANG DIBENARKAN Bolehlah saya berbohong untuk kebaikan? Contohnya saya topupkan orang, tapi saya cakap "bukan saya yang topup". Jawapan: Hukum asal berbohong adalah haram, melainkan pada keadaan tertentu yang digariskan syarak. Ibnu Syihab berkata: ٍﻭَﻟَﻢْ ﺃَﺳْﻤَﻊْ ﻳُﺮَﺧَّﺺُ ﻓِﻲ ﺷَﻰْﺀٍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺬِﺏٌ ﺇِﻻَّ ﻓِﻲ ﺛَﻼَﺙٍ ﺍﻟْﺤَﺮْﺏُ ﻭَﺍﻹِﺻْﻼَﺡُ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞِ ﺍﻣْﺮَﺃَﺗَﻪُ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺃَﺓِ ﺯَﻭْﺟَﻬَﺎ . "Aku tidak pernah mendengar (dari Rasulullah) bahawa adanya keringanan untuk berbohong kecuali pada tiga perkara : (1) Peperangan, (2) Mendamaikan antara manusia, dan (3) Perkataan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya." (Riwayat Muslim: 2605) Berdasarkan hadis ini, dibenarkan berbohong pada tiga keadaan: 1. Ketika peperangan, sama ada dengan perkataan pada musuh atau perbuatan (strategi peperangan). 2. Mendamaikan hubungan antara dua manusia. Contohnya mengatakan pada si A bahawa si B ingin berda...

MADAH MA'AL HIJRAH

MADAH MA'AL HIJRAH BUAT SEMUA IKHWAH. Oleh: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany Diucapkan salam ma'al hijrah Disertakan doa buat semua ikhwah Diberkati Allah bertambah rahmah Dikurniakan bahagia hingga ke Jannah Meriah menyambut Ma'al hijrah Berseri seri muslimin muslimah Jangan dipeduli tuduhan bidaah Yakinlah ia bidaah hasanah Pegangan kami ahli sunnah Kami taati al-Quran dan sunnah Ijmak, qiyas pegangan ummah bukan semua bidaah dholalah Tahun baru ma'al hijrah peringatan buat hamba Allah Umur kita meningkat sudah Jangan tak sedia bekal akhiroh Ikhlaskan niat dalam ibadah Teladani akhlak Rasulullah ﷺ Jauhi semua sifat mazmumah Biasakan sifat-sifat mahmudah Tahun baru disambut sudah Dengan harapan kepada Allah Moga diterima segala taubah Dijauhkan dari murka Allah Andai tersalah dalam berukhuwwah Maaf kami sahabat dan ikhwah Mahabbah sejati kerana Allah Itulah pesan Rasulullah ﷺ AKHUKUM FILLAH USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY ======== S...

ADAB JUMAAT (Siri 2)

Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Kemudian apabila kamu masuk di masjid, usahalah untuk berada di saf yang awal (pertama). Jika orang sudah ramai, jangan pula kamu melangkahi bahu-bahu mereka, dan janganlah lintas di hadapan mereka yang sedang solat. Duduklah berdekatan dinding atau tiang agar orang lain tidak melintas di hadapanmu. Dan janganlah kamu duduk sebelum melakukan dahulu solat tahiyyatul masjid dan lebih baik jika dilakukan sebanyak empat rakaat. Dan pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Disebutkan dalam satu riwayat (hadis) bahawa: "Siapa yang mengerjakan yang demikian itu, dia tidak meninggal dunia kecuali setelah dia melihat tempatnya di Syurga atau orang lain akan melihatnya". Janganlah kamu meninggalkan solat tahiyyatul masjid (apabila baru masuk) walaupun imam sedang berkhutbah (tetapi secara ringkas sahaja kerana imam telah berkhutbah). Dan disunatkan kamu solat empat rakaat (sun...

UJIAN BUAT HAMBANYA

Setiap hambaNya yang mukmin & mukminat akan menerima ujian dari Allah. Jika kita terima sesuatu ujian (sama ada dalam keluarga, musibah dan lain-lain), ketahuilah sebenarnya kita mampu hadapinya, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan kita mampu hadapi kadar tahap tersebut. Tinggal kita sahaja perlu sabar dan redha untuk hadapinya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." (Surah Al-Baqarah : 286) Jika kita menerima ujian, ingatlah perkara yang buruk itu pun datang dari Allah jua. Maka setiap yang datang dari Allah pasti ada kebaikannya, sama ada tersirat atau tersurat. wallahu a'lam

TAZKIRAH AIDIL ADHA

Aidil Adha merupakan hari Pengorbanan dan Muhasabah, dimana aidil adha merupakan hari bersejarah sebuah pengorbanan yang dilakukan Ibrahim dan Ismail alaihissalam sebagai bentuk ketaatan kepada Allah. Ini mengajarkan kepada kita umat Islam agar selalu bersedia untuk mengorbankan apa saja yang kita miliki untuk diinfaqkan ke jalan Allah, karena apa yang kita miliki hari ini merupakan sebuah titipan yang harus kita jaga. Keteguhan hati kita sangat dituntut dalam mematuhi segala perintah Allah sebagaimana yang terjadi pada Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya tercinta hanya untuk membuktikan ketaatannya kepada Allah. Hari ini kita juga seperti itu, kita dituntut untuk tetap istiqamah menjadi hamba-hamba Allah yang senantiasa bertaqwa kepada-Nya. Istiqamah untuk menjaga sikap dan perilaku kita. Istiqamah untuk menghindari ghibah (mengumpat), mampu untuk mengunci lisan kita dari perkataan yang membicarakan keaiban dan keburukan saudara kita, serta istiqomah untuk mengerjakan ap...

TAWADHUK IMAM AL-SYAFI'E

Kata Imam al-Syafi'e Rahimahullah: احب الصالحين ولست منهم * لعلي أن انال بهم شفاعة "Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan sebahagian daripada mereka, Moga-moga dengannya aku mendapat syafaat" Pengajaran: 1. Imam Syafi'e mengajar kita tentang tawadhuk. Biarpun terkenal dengan kehebatan ilmunya dan kewarakannya, dia tetap merasa rendah diri dan tidak menganggap dirinya sebagai soleh. Dia tidak bermegah atau mahu disanjung dengan ilmunya atau status dirinya. Di sinilah letaknya pandangan Allah kepada kita, iaitu dengan tidak merasa diri baik, bahkan merasa diri banyak dosa walau telah membuat berbagai-bagai kebaikan. 2. Imam Syafie mengajar kita untuk sentiasa membuat perhubungan dengan orang-orang soleh. Dengan mencintai orang soleh samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia, di situ kita akan mendapat berkat syafaat orang soleh. Jika pun kita belum soleh, tapi moga-moga berkat orang soleh, kita akan menjadi soleh. Tak pun anak cucu kita akan menj...

ORANG BERILMU YANG SOMBONG

Sombong Bagi Orang Berilmu Oleh: Ustaz Dr. Muhammad Yusry Berkata Imam Al-Ghazali: "Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi, sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih." ========= SUMBER : Telegram Ust. Dr Yusry

CINTA NABI

CINTA PADA NABI Umar Bin Ahmad Baroja' di dalam Akhlaq Lil-Banin berkata:  ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻮﻟﺪ ﺍﻸﺩﻳﺐ، ﻛﻤﺎ ﻳﺤﺐ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻥ ﺗﻌﻈﻢ ﺭﺑﻚ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﮯ ﻳﺤﺐ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻀﺎ، ﺃﻥ ﺗﻌﻈﻢ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻭﺗﻤﻸ ﻗﻠﺒﻚ ﺑﻤﺤﺒﺘﻪ ﺣﺘﮯ ﺗﺤﺒﻪ ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﻣﺤﺒﺘﻚ ﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻚ ﻭﻟﻨﻔﺴﻚ ﻷﻧﻪ ﺍﻟﺬﻱ ﻋﻠﻤﻨﺎ ﺩﻳﻦ ﺍﻼﺳﻼﻡ ﻭﺑﺴﺒﺒﻪ ﻋﺮﻓﻨﺎ ﺭﺑﻨﺎ، ﻭﻓﺮﻗﻨﺎ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻭﺍﻟﺤﺮﺍﻡ، ﻭﻸﻥ  ﷲ ﺗﻌﺎﻟﮯ ﺃﺣﺒﻪ، ﻓﺠﻌﻠﻪ ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﻨﺎﺱ، ﻭﺻﻴﺮﻩ ﻗﺪﻭﺓ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﺍﻸﺧﻼﻕ ﻭﺍﻶﺩﺍﺏ ﺇﺫﺍ ﺃﺣﺒﺒﺖ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻓﺎﺗﺒﻌﻪ ﻓﻲ ﺳﻴﺮﺗﻪ، ﻭﺍﻋﻤﻞ ﺑﻨﺼﺎﺋﻪ، ﻟﺘﻨﺎﻝ ﻣﺤﺒﺔ ﷲ ﻭﺭﺿﺎﻩ "Nabimu, Muhammad sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam. Wahai anak yang beradab, sebagaimana wajib atasmu mengagungkan Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, maka wajib juga atasmu untuk mengagungkan Nabimu, Muhammad sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam, dan penuhi hatimu dengan mencintai Baginda, sehingga rasa cinta itu lebih banyak dari rasa cinta terhadap kedua ibubapamu dan cinta terhadap dirimu sendiri. Kerana sesungguhnya Baginda yang mengajar kita...

UJUB

Penyakit 'Ujub Oleh: Ustaz Fazel Ujub itu ialah salah satu penyakit hati. Ia banyak terkena kepada orang pandai, orang yang banyak ilmu seperti ulamak, ahli ‘abid dan juga para pemimpin. Apa yang dimaksudkan dengan ujub? Iaitu mengkagumi diri sendiri atas kerana kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri. Contoh, berlaku kepada orang pandai. Bila ada ilmu lebih sikit daripada orang lain, boleh pula bercakap dan memberi idea, timbul rasa dalam hati: “Pandai juga aku ini, mana ada orang yang sebaik aku dalam memberi idea ini”. Perasaan seperti inilah yang dikatakan ujub. Dia memuji dirinya sendiri. Dia kagum dan tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. Contoh lain, ahli ‘abid atau dikenali sebagai ahli ibadah bilamana boleh bersembahyang banyak dari sembahyang fardu ke sembahyang sunat, lepas itu, sembahyang lagi sehingga 8 ke 10 rakaat. Terdetik kata-kata di dalam hatinya': “Tak ada orang lain boleh buat seperti aku”, “boleh tahan juga aku ni”. Begitulah p...

MUFLIS SI PENGUMPAT, UNTUNG YANG DIUMPAT

Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إن العبد يعطى كتابه يوم القيامة، فيرى فيه حسنات لم يكن عملها قط، فيقول: يا رب، من أين هذه الحسنات؟ فيقول: باغتياب الناس فيك وأنت لا تعلم "Sesungguhnya di hari Akhirat kelak, seseorang itu terkejut melihat catatan amalan (kebaikan) yang tidak pernah dilakukannya. Maka dia bertanya: "Wahai Tuhanku, dari manakah datang kebaikan yang banyak ini?" Maka Allah menjawab: "Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Rujukan: Kanz al-Ummal Untungnya orang yang diumpat, dapat pahala percuma. Si pengumpat beramal banyak hanya untuk sedekahkan pahalanya saja. Malah jika pahala si pengumpat dah habis tapi ada lagi dosa umpatannya, maka akan diambil dosa orang  yang diumpat dan dipindah ke si pengumpat, seterusnya akan dihumban ke dalam neraka Allah. wal'iyazubillah. Untung yang diumpat, muflis si pengumpat balasan dari kejian mulutnya sendiri. wallahu a'lam

Menyalahi Nafsu

Apabila nafsu malas bangun malam dan bangun subuh, bersegera untuk bangun. Apabila nafsu malas berzikir, cepat-cepat berzikir. Apabila nafsu malas berwudhu dan baca al-Quran, bersegera melakukannya. Apabila nafsu amarah terjadi, ucapkan ta'awuz (sabit dari hadis). Apabila nafsu nak lihat yang haram, segera alihkan pandangan. Jangan mudah tewas dengan hawa nafsu, kerana kebanyakan darinya membawa pada kebinasaan. Bila ia datang, bersegera melawan dan menyalahinya (melakukan sebaliknya). Semoga kita diberi taufiq melakukannya. Allahumma amin.

ADAB JUMAAT (Siri 1)

ADAB JUMAAT (Siri 1) Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Ketahuilah hari Jumaat adalah hari raya bagi orang mukmin. Ia hari mulia yang dikhususkan oleh Allah bagi umat ini. Pada Jumaat ini ada satu waktu yang mustajab doa bagi hambanya, tidak seiringan waktu itu dengan hajatnya melainkan pasti Allah akan kabulkannya. Bersiaplah dirimu memasuki hari Jumaat dengan dimulakan pada hari Khamis, hendaklah membersihkan pakaianmu, petang Khamis itu banyakkanlah bertasbih (subhanallah) dan istighfar (astaghfirullah), kerana kelebihan pada waktu itu sama seperti hari Jumaat. (Selepas masuk Maghrib) berniatlah untuk puasa (sunat) hari Jumaat, namun perlulah diiringi dengan hari Khamis atau Sabtu, kerana ada tegahan (makruh) mengkhususkan puasa (sunat) pada Jumaat sahaja. Apabila waktu Subuh, mandilah dengan niat mandi Jumaat kerana ianya sunat muakkad, kemudian (bagi lelaki) berhiaslah dengan pakaian berwarna putih kerana ia pakaian yang lebih dikasihi Allah dan pakai...

ADAB JUMAAT (Siri 2)

Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Kemudian apabila kamu masuk di masjid, usahalah untuk berada di saf yang awal (pertama). Jika orang sudah ramai, jangan pula kamu melangkahi bahu-bahu mereka, dan janganlah lintas di hadapan mereka yang sedang solat. Duduklah berdekatan dinding atau tiang agar orang lain tidak melintas di hadapanmu. Dan janganlah kamu duduk sebelum melakukan dahulu solat tahiyyatul masjid dan lebih baik jika dilakukan sebanyak empat rakaat. Dan pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Disebutkan dalam satu riwayat (hadis) bahawa: "Siapa yang mengerjakan yang demikian itu, dia tidak meninggal dunia kecuali setelah dia melihat tempatnya di Syurga atau orang lain akan melihatnya". Janganlah kamu meninggalkan solat tahiyyatul masjid (apabila baru masuk) walaupun imam sedang berkhutbah (tetapi secara ringkas sahaja kerana imam telah berkhutbah). Dan disunatkan kamu solat empat rakaat (sun...

SIFAT DIAM

SIFAT DIAM & PERBANYAK ZIKIR Seseorang yang banyak diam itu bukan kerana dia tidak suka bercakap, tetapi tiada perkataan baik yang ingin dikatakan, maka dia diam, dan itu lebih baik baginya. Inilah tanda orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baiklah ataupun diam." (Riwayat al-Bukhori : 6018 & Muslim : 47) Baginda bersabda lagi: "Siapa yang dapat manjamin kepadaku (yakni menjaga) apa yang berada antara dua rahangnya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjaminnya Syurga." (Riwayat al-Bukhori : 6474) Jika kurang berzikir, akan banyaklah bercakap. Tetapi jika banyak berzikir, akan kurang bercakap, ini kerana dia akan mencari masa dan tempat untuk menyendiri agar dapat berzikir. Sedangkan orang yang banyak bercakap akan mencari-cari masa untuk bersembang, seperti bersembang di kedai kopi. Jika kurang bercakap, maka kura...

SIFAT TAKABBUR

Takabbur Daripada ibn Mas'ud, bahawa Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "ﻻَ ﻳَﺪْﺧُﻞُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻰ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝُ ﺫَﺭَّﺓٍ ﻣِﻦْ ﻛِﺒْﺮٍ . ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺟُﻞٌ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺛَﻮْﺑُﻪُ ﺣَﺴَﻨًﺎ ﻭَﻧَﻌْﻠُﻪُ ﺣَﺴَﻨَﺔً. ﻗَﺎﻝَ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺟَﻤِﻴﻞٌ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻝَ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﺑَﻄَﺮُ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ" (ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ) "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat takabbur (walaupun sekecil) zarrah." Lalu berkata seorang lelaki: (Bagaimana pula jika) seseorang itu suka  berpakaian cantik dan kasut yang cantik? Lalu Baginda sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “"Sesungguhnya Allah itu indah, dan sukakan pada keindahan (maka ianya dibenarkan). Takabbur (pula) ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia." (Riwayat Muslim) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "ﺃَﻟَﺎ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﺄَﻫْﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺑَﻠَﻰ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻞُّ ﻋُﺘُﻞٍّ ﺟَﻮَّﺍﻅٍ ﻣُﺴْﺘَﻜْﺒِﺮٍ...