BERBOHONG YANG DIBENARKAN

BERBOHONG YANG DIBENARKAN

Bolehlah saya berbohong untuk kebaikan? Contohnya saya topupkan orang, tapi saya cakap "bukan saya yang topup".

Jawapan:

Hukum asal berbohong adalah haram, melainkan pada keadaan tertentu yang digariskan syarak.

Ibnu Syihab berkata:

ٍﻭَﻟَﻢْ ﺃَﺳْﻤَﻊْ ﻳُﺮَﺧَّﺺُ ﻓِﻲ ﺷَﻰْﺀٍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺬِﺏٌ ﺇِﻻَّ ﻓِﻲ ﺛَﻼَﺙٍ ﺍﻟْﺤَﺮْﺏُ ﻭَﺍﻹِﺻْﻼَﺡُ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞِ ﺍﻣْﺮَﺃَﺗَﻪُ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺃَﺓِ ﺯَﻭْﺟَﻬَﺎ .

"Aku tidak pernah mendengar (dari Rasulullah) bahawa adanya keringanan untuk berbohong kecuali pada tiga perkara : (1) Peperangan, (2) Mendamaikan antara manusia, dan (3) Perkataan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya." (Riwayat Muslim: 2605)

Berdasarkan hadis ini, dibenarkan berbohong pada tiga keadaan:

1. Ketika peperangan, sama ada dengan perkataan pada musuh atau perbuatan (strategi peperangan).
2. Mendamaikan hubungan antara dua manusia. Contohnya mengatakan pada si A bahawa si B ingin berdamai dengannya, dan begitulah sebaliknya, walaupun sebenarnya ia satu penipuan.
3. Ambil hati antara pasangan suami isteri supaya pasangan tidak berkecil hati atau tidak marah. Umpamanya mengatakan masakan isteri sangat sedap walaupun masakannya masin.

Maka melalui tiga ni, boleh diqiyaskan pada keadaan lain, tapi mestilah tujuan yang sama. Umpamanya kita mengatakan "si fulan yang topupkan untuk awak, bukanlah saya" dengan tujuan agar elok semula hubungan antara dua orang yang berselisih, walaupun sebenarnya kita yang topupkan.

Selain dari itu, ada juga berbohong yang wajib, iaitu berbohong bagi menjaga nyawa dari dibunuh (Rujuk Penawar Bagi Hati). Umpamanya seorang penjahat bertanya pada kita berkenaan seseorang yang ingin dibunuhnya, maka wajib berbohong ketika itu.

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR