Posts

Showing posts from April, 2018

Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati (siri 2)

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati (siri 2) Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy ADAB BUAH ILMU Adab adalah buah ilmu, adab adalah hal yang lahir dari hati, jika dalam hatinya kebaikan, maka baiklah adabnya, jika hatinya penuh kejahatan, maka jahatlah adabnya. Justeru itu ukuran untuk melihat seseorang itu baik bukan pada ilmu atau amalnya, tetapi pada adabnya. Jika mereka ada ilmu dan amal yang banyak, tetapi tiada memilki adab yang baik, maka ianya menunjukkan ilmu dan amalnya tiada kesan bagi dirinya lantran adanya hijab dgn Allah. KUNCI PEROLEHI ADAB Keberkatan mendahului ilmu, tanpa keberkatan maka segala ilmu akan jadi sarang iblis yang membuahkan kesombongan dan keakuan diri(ananiyah). Tanpa keberkatan, tidak akan wujud kasih sayang, kebaikan jiwa dan adab. Bertali ilmu dengan guru yang memilki keberkatan adalah kunci kepada kebaikan seorang insan. Faktor keberkatan kini tiada dalam kamus pendidikan moden sehingga ia membawa kehancuran adab dan amal pada

Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy Pesanan Ayahanda: "Hakikat ilmu tasauf bukan di ajar dalam bentuk ilmu, taarif dan perbahasan, ia tiada kesudahan kerana akan terbelenggu dengan taarif dan perbahasan, maka lahir ramai cendiakawan memperkatakan dan mengajar ilmu tasauf tetapi tiada memilki jiwa tasauf namun mereka menyangka mereka sudah berada dalam tasauf." Hakikat tasauf adalah dalam bentuk ilmu rasa dan syuhud dalam jiwa yang membuah makrifat dan adab. Sedikit ilmu yang membawa kepada adab, amal dan takwa adalah lebih baik dari banyak ilmu tetapi tiada adab, amal dan takwa. Oleh kerana itu ulama' tasauf amat meniti beratkan adab. Lihat perkataan mereka. Sebahagian ulama' tasauf berkata: "Tasauf semuanya akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlak kalian, dia telah menambahkan tasauf terhadap diri kalian." (Nusratun Nbawiyah, m/s 22) Imam Junaid al Baghdadi, Imam rujukan ilmu tasauf berkata: &quo

Belajar Menerima Kritikan & Mengakui Kesalahan

Pesanan Ayahanda: Belajar Menerima Kritikan (Teguran) & Mengakui Kesalahan (Mohon Maaf) Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy Anakku, "Belajarlah menerima kritikan, belajar mengaku kesalahan dan belajar memohon maaf jika bersalah, sebagai jalan penyucian jiwa demi perjalanan cinta kepada Allah dan Rasul. Sikap tiada mahu menerima kesalahan, apalagi mewujudkan pelbagai helah untuk dilihat tiada bersalah adalah adab yang amat salah bagi para perindu Allah. Ia masih menyintai sifat takbur, dan sikap tersebut (tiada mahu menerima kesalahan) menambah menyuburkan lagi sifat (takbur) tersebut, ia akan memadamkan cahaya hati perlahan-lahan sehingga makrifat dalam bentuk pandangan dan perasaan hilang tanpa disedari." "Sifat berdolak dalih dengan kesalahan adalah sifat iblis dihadapan Allah yang tak mahu mengaku kesalahan, malah apabila Allah menghukumnya dengan panggilan kafir, dia masih menunjukkan egonya dengan menyalahkan Adam sebagai punca ia dimurka, sehingga kini ia menj