Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati

Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy

Pesanan Ayahanda:

"Hakikat ilmu tasauf bukan di ajar dalam bentuk ilmu, taarif dan perbahasan, ia tiada kesudahan kerana akan terbelenggu dengan taarif dan perbahasan, maka lahir ramai cendiakawan memperkatakan dan mengajar ilmu tasauf tetapi tiada memilki jiwa tasauf namun mereka menyangka mereka sudah berada dalam tasauf."

Hakikat tasauf adalah dalam bentuk ilmu rasa dan syuhud dalam jiwa yang membuah makrifat dan adab. Sedikit ilmu yang membawa kepada adab, amal dan takwa adalah lebih baik dari banyak ilmu tetapi tiada adab, amal dan takwa. Oleh kerana itu ulama' tasauf amat meniti beratkan adab. Lihat perkataan mereka.

Sebahagian ulama' tasauf berkata: "Tasauf semuanya akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlak kalian, dia telah menambahkan tasauf terhadap diri kalian." (Nusratun Nbawiyah, m/s 22)

Imam Junaid al Baghdadi, Imam rujukan ilmu tasauf berkata: "Tasauf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi keji." (Nusratun Nabawiah, m/s 22)

Dari keterangan ini, dapat disimpulkan bahawa adab dan akhlak adalah intipati hakikat ilmu tasauf.

========

SUMBER: angah-almanisiy.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR