Posts

Showing posts with the label Fiqh All

PIJAK SEMUT KETIKA SOLAT

TERPIJAK SEMUT KETIKA SOLAT Jika tengah solat saya terpijak semut dan ia mati, sah tak solat? Adakah bangkai semut termasuk ketegori najis yang dimaafkan? Jawapan: Semua jenis bangkai tidak dimaafkan di dalam solat termasuklah bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya seperti bangkai semut, cicak, cacing, lalat, lebah dan seumpamanya. Berbalik kepada soalan, jika seseorang menanggung mahupun berhubung (bersentuh) pada tubuhnya atau pakaiannya akan najis dari bangkai binatang, termasuklah binatang yang tidak mengalir darah seperti bangkai semut sekalipun, maka batallah solatnya kerana dikira menanggung najis. Tetapi jika dia segera mengalihkan najis itu serta-merta maka tidak batal. Umpamanya bangkai semut atau najis burung terjatuh pada kain selendang/rida' ketika solat, lalu dengan serta-merta dia buangkan atau jatuhkan kain itu dari tubuhnya, maka ketika itu solatnya sah. Namun jika lewat sekira-kira melepasi kadar thomakninah (dalam 2 - 3 saat) maka bata...

HUKUM PELIHARA BURUNG

HUKUM PELIHARA BURUNG Apakah hukum pelihara burung dalam sangkar? Jawapan: Harus hukumnya kerana ia sama seperti orang yang jaga binatang ternakan dengan mengikatnya, dengan syarat dicukupkan keperluannya seperti makan minum, dan tidak menzaliminya yakni tidak menyakitkannya. Rujukan: • Imam Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam Fathul Bari berkata: ﺟﻮﺍﺯ ﺇﻣﺴﺎﻙ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻔﺺ ﻭﻧﺤﻮﻩ "Diharuskan menahan (pelihara) burung dalam sangkar dan seumpamanya." [Fathul Bari] • Syeikh Abdul Hamid as-Syarwani di dalam Hasyiah Syarwani 'ala Tuhfatul Muhtaj berkata: ﻭﺳﺌﻞ ﺍﻟﻘﻔﺎﻝ ﻋﻦ ﺣﺒﺲ ﺍﻟﻄﻴﻮﺭ ﻓﻲ ﺃﻗﻔﺎﺹ ﻟﺴﻤﺎﻉ ﺃﺻﻮﺍﺗﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﺄﺟﺎﺏ ﺑﺎﻟﺠﻮﺍﺯ ﺇﺫﺍ ﺗﻌﻬﺪﻫﺎ ﻣﺎﻟﻜُﻬﺎ ﺑﻤﺎ ﺗﺤﺘﺎﺝ ﺇﻟﻴﻪ ﻷﻧﻬﺎ ﻛﺎﻟﺒﻬﻴﻤﺔ ﺗُﺮﺑﻂ "Dan al-Qaffal ditanya tentang hukum pelihara burung dalam sangkar untuk mendengar kicauannya dan selainnya. Maka dijawab bahawa ianya diharuskan apabila pemiliknya menjaga keperluan burung itu (seperti makan minum), ini kerana ianya sama sepertimana menjaga binatang ternakan yang di...

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH Jika sentuh anjing atau babi dalam keadaan kering sama kering (kita kering, ia kering), adakah perlu sertu/samak? Jawapan: Jika sama kering, tidak perlu disertu/samak, kerana suatu yang kering itu tidak boleh berpindah najis melainkan basah salah satu pihak. Namun ini bukanlah bermakna boleh menyentuhnya dengan sengaja walaupun tidak perlu disertu. Jika salah satu pihak atau kedua-dua pihak basah, barulah berpindas najis dan wajib disertu/samak dengan 7x siraman air, dengan salah satunya daripada air campuran tanah. 1x air campuran tanah + 6x air mutlak = Maka sucilah ia dari najis mughollazoh (najis berat). Rujukan: • Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ﻃَﻬُﻮﺭُ ﺇِﻧَﺎﺀِ ﺃَﺣَﺪِﻛُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻭَﻟَﻎَ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟْﻜَﻠْﺐُ، ﺃَﻥْ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻪُ ﺳَﺒْﻊَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﺃُﻭﻟَﺎﻫُﻦ ّﺑِﺎﻟﺘُّﺮَﺍﺏَ "Menjadi suci sebuah bekas (milik) salah seorang antara kamu apabila anjing menjilatnya, iaitu dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan (campuran) t...

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ Saya masuk berjemaah dalam keadaan masbuq ketika imam sedang duduk tahiyat awal. Adakah saya perlu menunggu sehingga imam bangun berdiri baru saya masuk berjemaah, ataupun terus takbiratul ihram dan ikut duduk tahiyat awal? Jawapan: Lebih afdhal takbiratul ihram dan terus mengikut pergerakan imam, sama ada imam sedang duduk atau rukuk atau sujud, dalam kes ini makmum hendaklah terus duduk tahiyat awal. Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam : “Jika salah seorang dari kamu masuk dalam solat berjama’ah, dan imam sedang dalam satu keadaan (kedudukan), maka lakukanlah apa yang dilakukan oleh imam.” Perlu diingatkan juga bahawa makmum perlu takbiratul ihram dalam keadaan tenang tanpa tergopoh-gapah, kemudian barulah mengikut pergerakan/kedudukan yang sedang dilakukan imam. Takbiratul ihram juga mestilah dilakukan dalam keadaan tegak berdiri sehingga selesai ucap Allahu Akbar, tidak sah jika takbiratul ihram sambil sedang turun duduk atau turun r...

MUAFIQ

Ketika solat berjemaah, imam baca cepat, ketika tu saya sempat  baca al-fatihah sampai habis, saya tengok imam dah rukuk, tapi sy rukuk berselisih dengan imam, tapi saya muafiq. Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab dengan selisih itu. Jawapan: Jika muafiq, wajib habiskan al-Fatihahnya walaupun imam dah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya hingga 3 rukun panjang (rukuk, sujud pertama & sujud kedua). Imam dah sujud kedua pun, muafiq masih boleh lagi berdiri baca al-Fatihah, asalkan imam belum masuk rukun ke-4 (sama ada imam dah tegak berdiri rakaat seterusnya atau imam dah sempurna duduk tahiyyat akhir). Adapun bagi makmum masbuq, bila imam dah rukuk tapi masbuq belum habis al-Fatihah, wajib tinggalkan al-Fatihahnya dan terus ikut imam rukuk untuk dapatkan rukuk bersama-sama imam. Jika berselisih (imam bangun, masbuq baru turun), maka hangus rakaat itu dan perlu tambah lagi 1 rakaat. (Munyatul Musolli) Kaedah muafiq dan masbuq ni berbeza, jadi kena tah...

RUKUN QALBI, RUKUN QAULI & RUKUN FI'LI.

Rukun solat ada 13: 1. Niat 2. Qiyam (berdiri) 3. Takbiratul ihram 4. Al-Fatihah 5. Rukuk (dengan thomakninah) 6. Iktidal (dengan thomakninah) 7. Sujud (dengan thomakninah) 8. Duduk antara 2 sujud (dengan thomakninah) 9. Duduk tashahud akhir 10. Membaca tashahud akhir 11. Selawat atas Nabi 12. Salam (yang pertama) 13. Tertib (Matla' al-Badrain) Dalam 13 rukun di atas, terpecah pula kepada 3 bahagian: [1]. Rukun Qalbi [2]. Rukun Qauli [3]. Rukun Fi'li • Rukun Qalbi (hati) : 1. Niat 2. Tertib • Rukun Qauli (perkataan atau bacaan): 1. Takbiratul ihram (ucapan Allahu Akbar) 2. Al-Fatihah 3. Tashahud akhir 4. Selawat atas Nabi 5. Salam (yang pertama) * Lima rukun qauli di atas wajib didengari di telinga sendiri setiap lafaznya. Jika tertinggal satu huruf, wajib diulangi. Adapun bacaan sunat yang lain seperti zikir rukuk, tidak wajib didengari tetapi perlu didengari bagi mendapatkan pahala bacaan. • Rukun Fi'li (perbuatan atau pergerakan) : 1...

KAFIR BERQURBAN

Adakah orang kafir boleh ambil bahagian pada satu lembu ketika berqurban? Jawapan: Non muslim boleh ambil bahagian dalam seekor lembu tapi bukan niat qurban, kerana orang kafir tidak sah berqurban. Namun ambil bahagian pada seekor lembu itu untuk kafir itu makan atau jual maka boleh. Ini kerana unta/lembu/kerbau ada 7 bahagian, maka tidak disyaratkan niat setiap dari mereka pada seekor lembu itu mesti sama, nait yang berberbeza juga boleh. Contohnya 1 bahagian dari si fulan yang niat berqurban, 1 bahagian yang buat aqiqah, 1 bahagian yang makan sendiri (tidak niat apa-apa), dan termasuk 1 bahagan dari orang kafir sekalipun. (Matla' al-Badrain). wallahu a'lam

LUPA NIAT JAMAK

Selepas saya solat Zohor, baru teringat saya belum niat jamak ketika solat Zohor tadi. Adakah sah saya teruskan jamak dengan Asar? Jawapan: Tidak sah, kerana niat jamak perlu diniatkan ketika solat pertama (sama ada Zohor atau Maghrib). Jika selepas salam baru teringat, maka tidak boleh dijamakkan lagi, dan perlu menunggu waktu Asar nanti dan solat Asar di dalam waktunya. Cuma solat Asar itu boleh dipendekkan (qasar) menjadi 2 rakaat. Tempoh niat jamak adalah berniat "jamak" pada mana-mana bahagian di antara permulaan takbiratul ihram hinggalah sebelum selesai beri salam pertama pada solat Zohor atau Maghrib. (Matla' al-Badrain) Jika tidak niat jamak ketika takbiratul ihram solat pertama, masih sah lagi asalkan dia niat jamak ("aku nak jamak") sebelum dari selesai salam pertama. Tetapi jika dah beri salam solat pertama baru teringat nak jamak, maka tidak sah untuk dijamakkan lagi dengan solat kedua. Namun solat Zohornya sah cuma tidak boleh dijamakkan de...

TIADA GIGI DAN BERLUKA

BINATANG QURBAN TIADA GIGI DAN BERLUKA Sahkah binatang qurban yang tiada kesemua giginya dan yang luka pada badannya? Jawapan: Berkenaan hilang kesemua gigi, terdapat khilaf dalam mazhab Syafi'e. Ada yang mengatakan tidak sah, dan ada yang mengatakan sah kerana gigi tidak boleh dimakan dan kehilangan gigi juga tidak mengurangkan daging tersebut. Melainkan jika binatang itu terlalu kurus, maka tidak sah dibuat ibadah qurban. Berkenaan luka pula, jika luka sikit tidak mengapa kerana tidak menjejaskan daging. Adapun jika luka banyak hingga mengurangkan dagingnya, maka tidak sah dibuat qurban. Berkenaan ciri-ciri kecacatan utama, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﺭْﺑَﻊٌ ﻟَﺎ ﺗَﺠُﻮﺯُ ﻓِﻲ ﺍَﻟﻀَّﺤَﺎﻳَﺎ : ﺍَﻟْﻌَﻮْﺭَﺍﺀُ ﺍَﻟْﺒَﻴِّﻦُ ﻋَﻮَﺭُﻫَﺎ , ﻭَﺍﻟْﻤَﺮِﻳﻀَﺔُ ﺍَﻟْﺒَﻴِّﻦُ ﻣَﺮَﺿُﻬَﺎ , ﻭَﺍﻟْﻌَﺮْﺟَﺎﺀُ ﺍَﻟْﺒَﻴِّﻦُ ﻇَﻠْﻌُﻬَﺎ ﻭَﺍﻟْﻜَﺴِﻴﺮَﺓُ ﺍَﻟَّﺘِﻲ ﻟَﺎ ﺗُﻨْﻘِﻲ "Ada empat kecacatan yang tidak boleh dibuat udhiyyah (qurban) : Buta sebelah matanya yang jelas butanya,...

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT Adakah wajib solat Jumaat jika hari raya adha atau fitri jatuh pada hari Jumaat? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, tetap diwajibkan Jumaat bagi mereka yang wajib Jumaat. Adapun kelonggaran meninggalkannya hanya bagi penduduk kawasan pendalaman, seperti kampung yang jauh dengan kota/bandar, kerana akan menyulitkan mereka keluar ke bandar berulang kali bagi menghadiri solat raya waktu pagi dan solat Jumaat pula waktu Zohor. Namun jika mereka tinggalkan Jumaat, mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Adapun bagi golongan pendalaman yang tidak hadir pun solat raya waktu pagi, maka tidak timbul kesulitan yang berulang, oleh itu diwajibkan bagi mereka solat Jumaat. [al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Bughyatul Mustarsyidin] Cuma mungkin tidak ramai golongan yang digugurkan Jumaat ini, kerana realitinya di Malaysia hampir setiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang membolehkan mereka pergi dengan mudah. Dalil bagi mazhab Syafi...

WAKTU AFDHAL SOLAT AIDIL ADHA

Tunaikanlah Solat Sunat Idil-Adha Tepat Pada "Waktu Afdhal" ia didirikan Oleh: Ustaz Haidzir Hussin ﭐﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﭐﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ Berkata penyusun "ﻣﻄﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭﻳﻦ" : "(Dan waktu) keduanya daripada naik matahari, tetapi sunat dita'khirkan dia hingga naik matahari segalah, dan berkekalanlah waktunya hingga gelincir matahari." Penerangan: Penyusun menerangkan tiga perkara iaitu: Bilakah masuk waktu solat hari raya, bilakah waktu yang afdhal kita mendirikannya, dan bilakah berakhirnya waktu untuk solat sunat raya itu. Sebagai memudahkan kefahaman, saya pecahkan begini: i. Waktu masuk : "Syuruq" (terbit matahari) (yakni selepas tamat waktu isyraq) ii. Waktu afdhal : Matahari dah naik segalah iaitu 27 minit selepas "syuruq" iii. Penghujung atau akhir waktu : Dengan masuknya waktu zuhur. Sama samalah kita berdoa' agar kita dapat menunaikan solat idil-Adha mulai tahun ini tepat pada waktu su...

TAPAK TANGAN BERLAPIK

Hukum "Muka & Tangan" Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Soalan: Ustaz anak saya bgtau. masa sujud dlm solat, tapak tgn tak boleh berlapik dgn kain telekong. Betul ke mcm tu ustaz? Jawapan: Tak betul tu. Anggota sujud yang tak boleh berlapik ketika sujud ialah dahi saja. Itu pon bukan seluruh dahi wajib kena lantai, sebahagian saja.. Perkara berkaitan muka dengan tapak tangan ni banyak. Ianya kena diperincikan. Ramai ustaz/ustazah tak mahir perkara ni. Contoh: Muka dan tapak tangan adalah: i. Bukan aurat wanita dlm solat. ii. Boleh dilihat ketika meminang. • Muka boleh dilihat ketika wanita menjadi saksi muamalah, tapi bukan dengan tangan sekali. • Perut tapak tangan lelaki dan perempuan apabila menyentuh kemaluan membatalkan wudhu. Tiada kaitan dengan muka. • Dalam bab tayammum; anggotanya ialah muka dan tangan hingga ke siku. • Dalam bab hudud, jika sabit kesalahan mencuri; dipotong di pergelangan tangan. Tiada kaitan dengan muka pon. Ini dan banyak lagi ...

SUNAT KETIKA SEMBELIH

SUNAT KETIKA SEMBELIH Apakah sunat-sunat ketika menyembelih binatang? Jawapan: Ada beberapa perkara yang disunatkan, antaranya: 1. Menajamkan mata pisau 2. Mengadap kiblat 3. Membaringkan binatang sembelihan di sebelah pinggul kirinya. Melainkan unta, afdhal disembelih ketika berdiri ia. 4. Mengucapkan nama Allah, sama ada {Bismillah} saja atau {Bismillaahir-rohmaanir-rohiim} atau {Bismillahi Allahu Akbar} dan membaca selawat 5. Memotong dua urat di tepi leher yang dinamakan Wadajaini (adapun urat halkum dan urat merih adalah wajib diputuskan). Rujukan: • Matla' al-Badrain (2/422) (bersama Adillatun Nurain) • Fiqh al-Manhaji (3/575) wallahu a'lam

PINDAH DAGING QURBAN

PANDUAN HUKUM : HUKUM MEMINDAHKAN DAGING KORBAN Oleh: Ustaz Alyasak Berhan Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu adalah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan di negeri tersebut. Berikut adalah perincian berkaitannya menurut pandangan ulama Mazhab Syafi'i. 1. Orang yang berkorban/Wakil Korban Wajib : Haram bagi orang yang berkorban wajib, memindahkan kesemua daging korbannya ke tempat lain sepertimana hukum memindahkan zakat. Justeru, daging tersebut wajiblah diagihkan kepada fakir miskin di mana korban tersebut dilaksanakan (jika ada). Korban Sunat : Hanya haram memindahkan daging ke tempat lain sekadar yang wajib disedekahkan kepada fakir/miskin (sedikit sahaja) dan bukan kesemuanya. Adapun, selebihnya harus dipindahkan ke tempat lain. 2. Penerima Daging Korban Fakir/Miskin : Harus bagi mereka memindahkan daging korban yang diterima kerana pemberian berkenaan mer...

SILAP WAKTU SOLAT

Apakah hukum seseorang yang menyangka masih waktu Maghrib padahal telah waktu Isyak, lalu dia pun melakukan solat Maghrib dengan niat tunai di belakang imam yang sangkaanya solat Maghrib padahal imam solat Isyak. Jawapan: Huraiannya terbahagi kepada 3 pecahan: 1. Hukum niat tunai (ada'an) ketika luar waktunya 2. Hukum imam dan makmum berbeza niat 3. Hukum solat makmum yang kurang dari rakaat imam (imam 4 rakaat & makmum 3 rakaat) 1. Hukum musolli yang niat tunai padahal dia solat di luar waktunya, solatnya sah jika tidak sengaja seperti sangkaannya masih di dalam waktu. Adapun jika sengaja, batal solatnya kerana dianggap bermain-main. • Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu'in (1/45) berkata:  ﻭﺍﻷﺻﺢ ﺻﺤﺔ ﺍﻷﺩﺍﺀ ﺑﻨﻴﺔ ﺍﻟﻘﻀﺎﺀ ﻭﻋﻜﺴﻪ ﺇﻥ ﻋﺬﺭ ﺑﻨﺤﻮ ﻏﻴﻢ، ﻭﺇﻻ ﺑﻄﻠﺖ ﻗﻄﻌﺎ ﻟﺘﻼﻋﺒﻪ. "Menurut qaul yang asoh (sohih), sah solat tunai tapi diniatkan qadha' atau sebaliknya (solat itu qadha' tapi diniatkan tunai) apabila terdapat keuzuran (tidak sengaja) seper...

SEMBELIHAN 2 KALI

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Asalam.slmt ari rya haji Ustaz....sy ingin btnya...sekiranya kita melakukan ibadah korban sembelih lembu...lpas penyembelihan tu ada urat pd lembu tu yg xputus dan lembu hidup lg lepas tu melakukan penyembelihan ke dua...ape hukumny...? Jawapan kami; Disyaratkan pada setiap sembelihan, urat halkum dan mari' haiwan dipotong dengan sempurna. Disebutkan dalam Fath al-Muin; "Ketahuilah, sesungguhnya menyembelih haiwan darat yang dapat dikuasai (bukan haiwan liar) adalah dengan memotong kesemua halkumnya, iaitu tempat keluar nafas (saluran pernafasan) dan kesemua mari'nya, iaitu tempat laluan makanan yang di bawah halkum (saluran makanan) dengan setiap benda yang tajam, yang melukakan selain tulang, gigi dan kuku seperti dengan besi, buluh, kaca, emas dan perak." Sehubungan itu, jika antara dua sembelihan tersebut tidak diselangi dengan tempoh yang lama iaitu dilakukan dengan kadar segera (tanpa bertangguh-tangguh antara sembeliha...

BERI DAGING QURBAN PADA KAFIR

Bolehkah beri daging qurban pada non muslim? Jawapan: Memang ada pendapat dalam mazhab Syafi'e boleh beri pada orang kafir zimmi tapi ia pendapat dhoif (lemah), walaupun Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berpegang pada pendapat ini. Tapi pendapat muktamad, haram beri pada orang kafir walaupun kafir zimmi. (Tahfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj, I'anah at-Tholibin, Hasyiah al-Bajuri, Sabilal Muhtadin, Matla' al-Badrain) Memang kebanyakan pendapat Imam an-Nawawi adalah kuat dan dipegang ulamak Syafi'iyyah, cuma ada beberapa pendapat Imam an-Nawawi yang tidak dijadikan pendapat muktamad dalam mazhab Syafi'e, antaranya bagi masalah ini. Jika ada sangkaan kita bahawa jiran non muslim kita akan terasa hati atau teringin sangat dengan daging tu, boleh beli daging biasa dan beri padanya. Jika buat kenduri dan ada tetamu non muslim, boleh beli daging biasa dan masakkan untuk dia juga. wallahu a'lam

HARI TERAKHIR BERQURBAN

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Ustaz, bila last time kite boleh buat korban? Jawapan kami; Waktu terakhir yang diharuskan untuk melakukan ibadah korban adalah sehingga Maghrib akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah). Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari: وءاخر وقتها أي التضحية غروب الشمس من ءاخر أيام التشريق لخبر ابن حبان "في كل أيام التشريق ذبح" "Akhir waktunya, iaitu korban adalah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib) pada akhir hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah) kerana berdasarkan hadis riwayat Ibn Hibban "Pada setiap hari-hari Tasyriq sembelihan (korban)."(Tuhfah al-Tullab). Bahkan, menurut al-Khatib al-Syirbini jikalau dipotong halkum dan mari' (sembelih) haiwan sebelum sempurna matahari tenggelam pada akhir hari Tasyrik, nescaya sahlah korban tersebut (Al-Iqna'). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel                      

JUAL DAGING QURBAN

Bolehkah kita menjual daging korban? Jawapan: Dalam Matla' al-Badrain mengatakan haram menjual daging udhiyyah (qurban) bagi 2 golongan: 1. Tuan punya qurban 2. Orang kaya yang menerima daging itu atas jalan hadiah Melainkan golongan fakir miskin yang terima sedekah daging qurban tu, maka mereka boleh menjualnya. [Matla' al-Badrain] wallahu a'lam

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD Oleh: Ustaz Fuad Bin Ismail (Jordan) Di manakah posisi kaki yang betul ketika berdiri tegak untuk solat? Jawapan: Bagi Mazhab Syafi'i : Direnggangkan kedua-dua kaki sekadar sejengkal. Makruh merapatkan kedua-dua kaki jika tiada keuzuran kerana ia membebankan iaitu menganggu kekhusyukan solat. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu) Kedudukan kaki ini tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan, berseorangan atau berjemaah juga, sama ada imam atau makmum. [Majalah Al-Ustaz, Isu 60] ========= Bagi posisi kaki ketika sujud, ada khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengatakan sunat rapat antara kedua kaki, ada yang mengatakan sunat renggang. Tapi menurut mazhab Syafi'e, sunat direnggangkan kadar sejengkal bagi lelaki (Munyatul Musolli) dan sunat dirapatkan bagi wanita (Sohih Sifat Solat Nabi). wallahu a'lam