HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

Adakah wajib solat Jumaat jika hari raya adha atau fitri jatuh pada hari Jumaat?

Jawapan:

Menurut mazhab Syafi'e, tetap diwajibkan Jumaat bagi mereka yang wajib Jumaat. Adapun kelonggaran meninggalkannya hanya bagi penduduk kawasan pendalaman, seperti kampung yang jauh dengan kota/bandar, kerana akan menyulitkan mereka keluar ke bandar berulang kali bagi menghadiri solat raya waktu pagi dan solat Jumaat pula waktu Zohor. Namun jika mereka tinggalkan Jumaat, mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Adapun bagi golongan pendalaman yang tidak hadir pun solat raya waktu pagi, maka tidak timbul kesulitan yang berulang, oleh itu diwajibkan bagi mereka solat Jumaat.

[al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Bughyatul Mustarsyidin]

Cuma mungkin tidak ramai golongan yang digugurkan Jumaat ini, kerana realitinya di Malaysia hampir setiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang membolehkan mereka pergi dengan mudah.

Dalil bagi mazhab Syafi'e adalah riwayat dari 'Usman bin 'Affan R.A, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إنه قد اجتمع لكم في يومكم هذا عيدان، فمن أحب من أهل العالية أن ينتظر الجمعة فلينتظرها، ومن أحب أن ي رجع فقد أذنت له

"Sesungguhnya telah bergabung hari ini (Jumaat) dengan hari raya. Maka sesiapa yang dikalangan orang 'Aliyah (penduduk yang jauh dengan kota Madinah) hendak menunggu jumaat, hendaklah dia menunggunya, dan sesiapa yang hendak pulang (ke rumah tanpa menunaikan Jumaat) maka aku mengizinkannya." (Riwayat Imam Malik : 1/116, di dalam al-Muwattho')

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR