Posts

Showing posts with the label Fiqh Raya

TAKBIR MUQOYYAD & TAKBIR MURSAL

TAKBIR MUQOYYAD & TAKBIR MURSAL Takbir raya terbahagi kepada 2 keadaan, iaitu takbir muqoyyad dan takbir mursal/mutlak. • 1. Takbir Muqoyyad : Takbir yang berkait dengan solat, yakni selepas imam beri salam, terus laungkan takbir raya, termasuk juga selepas solat sunat. • 2. Takbir Mursal/mutlak : Takbir secara bebas, tanpa dihadkan selepas imam beri salam. Selepas imam salam dan selesai berwirid, boleh mulakan takbir raya. Juga disunatkan takbir raya di mana sahaja, kerana waktunya bebas, tidak dihadkan sepertimana takbir muqoyyad. * Tidak disatukan takbir muqoyyad dan takbir mursal dalam satu masa. Jika tempoh muqoyyad, tiadalah takbir mursal, dan begitulah sebaliknya. Waktu untuk takbir mursal/mutlak (bebas) Dinyatakan dalam Bughyatut Thullab karangan Syeikh Daud al-Fathoni, bahawa takbir mursal (bebas) dilaungkan pada malam raya, yakni apabila masuknya maghrib, ini bagi malam aidil adha atau aidil fitri. Takbir raya ini sunat dilaungkan secara bebas di mana sahaja...

AMALAN ZIKIR 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Lazimi sekurang-kurangnya 100x Tahlil, 100x Takbir & 100x Tahmid setiap hari sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah. • Tahlil : Laa illaaha illallah • Takbir : Allahu Akbar • Tahmid : Alhamdulillah • Nabi sollallahu 'alaihi wa salam bersabda: مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ "Tiada hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah untuk melakukan amalan padanya berbanding sepuluh hari (Zulhijjah) ini. Maka perbanyakkan padanya dengan bertahlil, bertakbir dan bertahmid." (Riwayat Ahmad: 7/224) • Diriwayatkan bahawa: وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا "Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada 10 hari (awal Zulhijjah), kemudian mereka melaungkan takbir, maka manusia pun turut ikut be...

TAZKIRAH AIDIL ADHA

Aidil Adha merupakan hari Pengorbanan dan Muhasabah, dimana aidil adha merupakan hari bersejarah sebuah pengorbanan yang dilakukan Ibrahim dan Ismail alaihissalam sebagai bentuk ketaatan kepada Allah. Ini mengajarkan kepada kita umat Islam agar selalu bersedia untuk mengorbankan apa saja yang kita miliki untuk diinfaqkan ke jalan Allah, karena apa yang kita miliki hari ini merupakan sebuah titipan yang harus kita jaga. Keteguhan hati kita sangat dituntut dalam mematuhi segala perintah Allah sebagaimana yang terjadi pada Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya tercinta hanya untuk membuktikan ketaatannya kepada Allah. Hari ini kita juga seperti itu, kita dituntut untuk tetap istiqamah menjadi hamba-hamba Allah yang senantiasa bertaqwa kepada-Nya. Istiqamah untuk menjaga sikap dan perilaku kita. Istiqamah untuk menghindari ghibah (mengumpat), mampu untuk mengunci lisan kita dari perkataan yang membicarakan keaiban dan keburukan saudara kita, serta istiqomah untuk mengerjakan ap...

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT Adakah wajib solat Jumaat jika hari raya adha atau fitri jatuh pada hari Jumaat? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, tetap diwajibkan Jumaat bagi mereka yang wajib Jumaat. Adapun kelonggaran meninggalkannya hanya bagi penduduk kawasan pendalaman, seperti kampung yang jauh dengan kota/bandar, kerana akan menyulitkan mereka keluar ke bandar berulang kali bagi menghadiri solat raya waktu pagi dan solat Jumaat pula waktu Zohor. Namun jika mereka tinggalkan Jumaat, mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Adapun bagi golongan pendalaman yang tidak hadir pun solat raya waktu pagi, maka tidak timbul kesulitan yang berulang, oleh itu diwajibkan bagi mereka solat Jumaat. [al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Bughyatul Mustarsyidin] Cuma mungkin tidak ramai golongan yang digugurkan Jumaat ini, kerana realitinya di Malaysia hampir setiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang membolehkan mereka pergi dengan mudah. Dalil bagi mazhab Syafi...

WAKTU AFDHAL SOLAT AIDIL ADHA

Tunaikanlah Solat Sunat Idil-Adha Tepat Pada "Waktu Afdhal" ia didirikan Oleh: Ustaz Haidzir Hussin ﭐﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﭐﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ Berkata penyusun "ﻣﻄﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭﻳﻦ" : "(Dan waktu) keduanya daripada naik matahari, tetapi sunat dita'khirkan dia hingga naik matahari segalah, dan berkekalanlah waktunya hingga gelincir matahari." Penerangan: Penyusun menerangkan tiga perkara iaitu: Bilakah masuk waktu solat hari raya, bilakah waktu yang afdhal kita mendirikannya, dan bilakah berakhirnya waktu untuk solat sunat raya itu. Sebagai memudahkan kefahaman, saya pecahkan begini: i. Waktu masuk : "Syuruq" (terbit matahari) (yakni selepas tamat waktu isyraq) ii. Waktu afdhal : Matahari dah naik segalah iaitu 27 minit selepas "syuruq" iii. Penghujung atau akhir waktu : Dengan masuknya waktu zuhur. Sama samalah kita berdoa' agar kita dapat menunaikan solat idil-Adha mulai tahun ini tepat pada waktu su...

TAKBIR MURSAL & MUQOYYAD

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Apa beza antara takbir mursal, mutlak dan muqayyad?😊 Jawapan kami; Terdapat dua jenis takbir raya iaitu; 1) Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi (selepas) solat sama ada solat fardhu, sunat, tunai, qadha’ dan solat jenazah. Sehubungan itu, sunat mendahulukan takbir muqayyad ini sebelum memulakan zikir selepas solat. 2) Takbir Mursal/Mutlak adalah takbir yang dilakukan pada bila-bila masa tanpa dikaitkan dengan solat. Justeru, sunat mentakhirkan (kemudiankan) takbir mursal daripada zikir selepas solat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel berikut; http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/takbir-raya.html?m=1 اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

LAFAZ TAKBIR

LAFAZ TAKBIR Oleh: Ustaz Alyasak Bin Berhan Lafaz takbir yang telah disebutkan oleh Imam al-Syafi’i di dalam Kitab al-Um (al-Um 520/2, al-Majmuk 46/5) adalah; ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴْﻼً، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﻻَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﺇِﻻَّ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻣُﺨْﻠِﺼِﻴْﻦَ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﺪِّﻳﻦَ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺮِﻩَ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮُﻭﻥَ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ، ﺻَﺪَﻕَ ﻭَﻋْﺪَﻩُ، ﻭَﻧَﺼَﺮَ ﻋَﺒْﺪَﻩُ، ﻭَﺃَﻋَﺰَّ ﺟُﻨْﺪَﻩُ ﻭَﻫَﺰَﻡَ ﺍﻟْﺄَﺣْﺰﺍَﺏَ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar yang Teramat Besar (agung), Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti aja...