Posts

Showing posts with the label Hadis

HADIS BAB SAHUR

Beberapa hadis tentang bersahur: Hukum bersahur adalah sunat muakkad - sangat dituntut. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam sangat mengharapkan kita bersahur. Orang zaman dulu akan mewajibkan diri mereka untuk bangun sahur. Walaupun ia tidak wajib dari segi hukum, tetapi diwajibkan dari segi amaliahnya (amalan mereka sendiri). Hikmah bersahur bukan hanya mendapat pahala, tetapi keberkatan tersebut dari segi kemampuan untuk hadapi puasa dan rajin beribadah di siang hari. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." (Riwayat al-Bukhori : 1923) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Makanan sahur ada keberkatannya, janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla dan para malaikat-Nya memberi selawat kepada orang yang bersahur." (Riwayat Imam Ahmad : 11003) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Manfaatkanlah maka...

BERGABUNG JUMAAT DAN RAYA

Alangkah Beruntungnya Kita Tahun Ini (1438h), Raya Haji (10hb/12) Jatuh Hari Jumaat Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Kelebihan Hari Jumaat: ﻭﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻟُﺒَﺎﺑَﺔَ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟْﻤُﻨْﺬِﺭِ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ‏ Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ berkata: ( ﺇِﻥَّ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﺳَﻴِّﺪُ ﺍﻷَﻳَّﺎﻡِ، ﻭَﺃَﻋْﻈَﻤُﻬَﺎ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻷَﺿْﺤَﻰ ﻭَﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ، ﻓِﻴﻪِ ﺧَﻤْﺲُ ﺧِﻼﻝٍ : ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ، ﻭَﺃَﻫْﺒَﻂَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷَﺭْﺽِ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻮَﻓَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺁﺩَﻡَ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺳَﺎﻋَﺔٌ ﻻ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﺇِﻻ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ، ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺴْﺄَﻝْ  ﺣَﺮَﺍﻣًﺎ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻘُﻮﻡُ ﺍﻟﺴَّﺎﻋَﺔُ، ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻣَﻠَﻚٍ ﻣُﻘَﺮَّﺏٍ ﻭَﻻ ﺳَﻤَﺎﺀٍ ﻭَﻻ ﺃَﺭْﺽٍ ﻭَﻻ ﺭِﻳَﺎﺡٍ ﻭَﻻ ﺟِﺒَﺎﻝٍ ﻭَﻻ ﺑَﺤْﺮٍ ﺇِﻻ ﻭَﻫُﻦَّ ﻳُﺸْﻔِﻘْﻦَ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ‏) . ﺣﺪﻳﺚ ﺣﺴﻦ، ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ ‏(1084 ) . “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling ...

SIFAT DIAM

SIFAT DIAM & PERBANYAK ZIKIR Seseorang yang banyak diam itu bukan kerana dia tidak suka bercakap, tetapi tiada perkataan baik yang ingin dikatakan, maka dia diam, dan itu lebih baik baginya. Inilah tanda orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baiklah ataupun diam." (Riwayat al-Bukhori : 6018 & Muslim : 47) Baginda bersabda lagi: "Siapa yang dapat manjamin kepadaku (yakni menjaga) apa yang berada antara dua rahangnya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjaminnya Syurga." (Riwayat al-Bukhori : 6474) Jika kurang berzikir, akan banyaklah bercakap. Tetapi jika banyak berzikir, akan kurang bercakap, ini kerana dia akan mencari masa dan tempat untuk menyendiri agar dapat berzikir. Sedangkan orang yang banyak bercakap akan mencari-cari masa untuk bersembang, seperti bersembang di kedai kopi. Jika kurang bercakap, maka kura...

SUNNAH KETIKA MAKAN

Beberapa hadis tentang sunnah ketika makan: 1 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Jika minum pula, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya, dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Muslim : 2020, Abu Daud : 3776, at-Tirmizi : 1799) 2 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, janganlah makan dengan tangan kirinya. Jika minum pula, janganlah minum dengan tangan kirinya. Jika dia menerima (sesuatu benda), janganlah mengambilnya dengan tangan kiri. Dan jika dia memberi (sesuatu) pula, janganlah memberinya dengan tangan kiri." (Riwayat Ahmad : 5/311) 3 - Dari Abu Iyas Salamah R.A, beliau berkata: "Ada seorang lelaki makan dengan tangan kiri berdekatan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam. Maka Baginda bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Kemudian lelaki itu berkata: ...

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 3)

Hadis yang sama maknanya tapi berbeza hukum di sisi Syeikh al-Albani Ustaz Khafidz Soroni berkata: "Hukum yang dibuat oleh Syeikh al-Albani رحمه الله ke atas hadis-hadis sebahagiannya berdasarkan satu jalan riwayat sahaja. Justeru, cara sedemikian akan menghasilkan suatu hukum yang kurang tepat ke atas sesuatu hadis. Bahkan bercanggah (berbeza hukum) antara satu hasil karya dengan satu hasil karya yang lain. Maka, bagaimana orang yang memegang satu hasil karyanya sahaja dapat berasa yakin dengan hukum hadis yang diberikan di dalamnya?" Ustaz Khafidz juga menyenaraikan beberapa contoh kajian al-Albani yang meletakkan dua atau tiga hukum yang berbeza di dalam hadis yang sama maknanya. Boleh lihat laman beliau: http://sawanih.blogspot.my/2011/05/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian.html Wallahu a'lam

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 2)

Perubahan Hukum Hadis al-Albani Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Sebagai tambahan kepada kajian Syeikh Ahmad Darwisy di atas, Syeikh al-Albani dikatakan telah menarik balik semula sebahagian penilaian hadisnya (tashih dan tad‘if) yang diberikan kepada sesetengah hadis. Jumlahnya adalah kira-kira 222 buah hadis yang telah dihimpunkan oleh Muhammad Hasan al-Syaykh dalam kitab (تراجع العلامة الألباني فيما نص عليه تصحيحا و تضعيفا), terbitan Maktabah al-Ma‘arif: Riyadh, 2002. Menurut Ustaz Adlan Abd. Aziz dalam satu tulisannya: "Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadith-hadith yang telah diubah penilaian terhadapnya (hadis yang sama makna tapi berbeza hukum) oleh al-Albani ialah: Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik ‘Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafa'is, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang murid al-Albani iaitu Dr. Umar al-Asyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai ...

PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 1)

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani? Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Barangkali sudah menjadi ketetapan, orang yang ingin membicarakan soal kajian hadis pada masa kini tidak dapat lari lagi dari menyebut nama ‘al-Albani’ dan membicarakan hasil-hasil penilaian hadisnya. Ia kemungkinan adalah kesan dari penyebaran karya-karya beliau secara besar-besaran oleh pihak yang mendokong pemikirannya. Malah kebanyakannya dapat diperoleh secara percuma melalui atas talian (online) sahaja. Apa yang dikhuatirkan ialah akan berlaku 'kemandulan’ dalam soal penilaian hadis. Justeru, hadis yang telah dinilai hukumnya oleh al-Albani itu sahaja yang harus diterima dan dipegang kuat-kuat, walaupun sarjana-sarjana besar hadis menilai hukum sebaliknya. Maka penilaian al-Tirmizi, atau al-Daraqutni, atau al- Baihaqi, atau al-’Iraqi, atau al-Zahabi, atau Ibn Hajar, atau al-Busiri, atau al-Haythami, atau selain mereka sudah tidak ada nilai apa-apa, jika al-Albani sudah menghukum se...

Syeikh al-Albani : Dhol Mudhil ?

Syeikh al-Albani... Dhal Mudhil (sesat lagi meyesatkan) ?? Oleh: Ustaz Khafidz Soroni Ditanya seorang mahasiswa Indonesia: "Maaf sekiranya soalan saya ini agak menukik (maksudnya bersifat tajam), iaitu Syeikh Yasin al-Fadani ada mengatakan tentang Syeikh Nasiruddin al-Albani sebagai dhal mudhil (sesat lagi menyesatkan), maka apakah pandangan ustaz mengenainya?" Soal seorang mahasiswa Indonesia. Memang agak 'menukik' kerana soalan itu didengar oleh semua hadirin yang ada, termasuk pembentang-pembentang kertas kerja yang terdiri daripada profesor-profesor, doktor-doktor, para pensyarah, para pengkaji/ penyelidik, dan para mahasiswa universiti. Dan soalan yang ditujukan kepada saya itu pastinya perlu dijawab kerana kertas kerja saya berhubung tentang Syeikh Yasin Padang. Malah saya juga tahu bahawa di UKM ini ada pendokong-pendokong Syeikh al-Albani, atau orang-orang yang melihat al-Albani sebagai tokoh hadith yang tidak wajar direndah-rendahkan. Maka jawapan say...

SUNNAH APABILA BERNIKAH

Amalan Sunnah Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bagi pasangan yang baru berkahwin ialah, suami meletakkan tangannya di ubun isterinya sambil membacakan doa : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺧَﻴْﺮَﻫَﺎ ﻭَﺧَﻴْﺮَ ﻣَﺎ ﺟَﺒَﻠْﺘَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺷَﺮِّﻫَﺎ ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﻣَﺎ ﺟَﺒَﻠْﺘَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪ "Allahumma inni as-aluka khoirohaa, wa khoiro maa jabaltaha 'alaih. Wa a'uuzu bika min syar-rihaa, wa min syar-ri maa jabaltaha 'alaih." Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau berikan padanya, serta aku berlindung denganMu daripada keburukannya dan daripada segala keburukan yang Engkau berikan padanya." Rujukan: Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺇﺫﺍ ﺗﺰﻭﺝ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺃﻭ ﺍﺷﺘﺮﻯ ﺧﺎﺩﻣﺎ ﻓﻠﻴﻘﻞ "ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﻣﻦ ﺷﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ "Apabila salah seorang di antara kamu menikahi wanita, atau membeli seorang hamba, maka bacalah : Ya Al...

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR

Lazimi selepas solat Subuh & Maghrib, dengan berzikir kalimah ini sebanyak 7x: اَللَّهُمَّ  أَجِرْنِي  مِنَ  النَّارِ "Allahumma ajirni minan-naar" "Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka" * Jika dibaca untuk ramai (jamak), dengan: "ajirna (jauhikan kami)" Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات  فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار "Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap den...

TARAWIH 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT

Mana yang lebih terpuji? 8 rakaat atau 20 rakaat? Sebenarnya... • 8 rakaat terpuji, 20 rakaat pun terpuji. • 8 rakaat rajin, 20 rakaat pun rajin. • 8 rakaat ikut sunnah, 20 rakaat pun ikut sunnah. • 8 rakaat hidupkan malam Ramadhan, 20 rakaat pun hidupkan malam Ramadhan. • 8 rakaat diredhai Allah, 20 rakaat pun diredhai Allah. Kedua-duanya bagus belaka dan terpuji. Tetapi perbezaan dari segi fadhilatnya. Cuba perhatikan, antara solat Dhuha 4 rakaat dan 2 rakaat, yang manakah lebih banyak fadhilatnya? Witir 5 rakaat dan 3 rakaat manakah lebih banyak fadhilatnya? Secara kira-kiranya, buat lebih dapatlah lebih, dan jika buat kurang, kuranglah fadhilatnya. Walaubagaimanapun, orang yang buat sedikit itu tetap mendapat fadhilatnya juga. Bermakna orang yang buat 10 rakaat itu lebih untung dari yang buat 8, jika buat 12 rakaat itu lebih untung dari yang buat 10, buat 14 rakaat itu lebih untung dari buat 12, maka begitulah seterusnya. Bahkan setiap solat dua rakaat yang kita mampu la...

MEMAHAMI ISTILAH HADITH

MEMAHAMI ISTILAH HADITH Bicara Hadith oleh: Ustaz Khafidz Soroni Kaedah penilaian hadis yang ditetapkan oleh ulama hadis merupakan kaedah yang diiktiraf oleh semua ulama. Bagi memudahkan kefahaman tentang status-status hadith ini, saya telah cuba membuat rumusan sepertimana berikut; Panduan bagi maksud status hadis: 1. Sahih = Hadis tersebut wujud. 2. Hasan & Hasan li-ghoirih = Hadis tersebut wujud. 3. Dhaif = Hadis tersebut kemungkinan wujud. 4. Sangat dhaif = Hadis tersebut kemungkinan tidak wujud. 5. Palsu (maudhu') = Hadis tersebut tidak wujud. Istilah Hadith Yang Lain: 1. Hadis marfu' » Hadis yang diangkat sampai kepada baginda Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam. 2. Musnad » Hadis yang mempunyai sanad lengkap. 3. Mursal » Hadis yang terputus talian sanadnya pada peringkat sahabat. 4. Munqati' » Hadis yang terputus talian sanad secara umum. 5. Mu'dhal » Hadis yang terputus talian sanad kerana gugurnya dua orang perawinya. Bahagian hadis ...

KEUTAMAAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tempoh ini adalah kemuncak bagi Ramadhan. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam lebih gigih beribadat apabila masuknya 10 malam terakhir. Jika ingin buat persiapan raya, buatlah waktu siang sahaja, sementara sebelah malam penuhilah dengan amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah seperti solat fardhu dan tarawih berjemaah, iktikaf, baca al-Quran, berzikir, bersedekah lain-lain. Tidak semestinya perlu berjaga sepanjang malam, jika mampu menghidupkan separuh malam juga sudah sangat beruntung. Antara jadual harian yang boleh dicadangkan: Beri makan orang berbuka, berbuka puasa (mulakan dengan tamar/kurma), makan sedikit waktu berbuka (agar tidak mudah penat dan mengantuk), solat maghrib berjemaah, bersedekah (walau RM1), solat qadha' atau baca al-Quran atau berzikir, solat isyak berjemaah, solat tarawih 20 rakaat, banyakkan berdoa kepada Allah, tadarus al-Quran, rehat malam, iktikaf di masjid, berzikir (tahlil dan isti...

SUNNAH KETIKA MAKAN

Beberapa hadis tentang sunnah ketika makan: 1 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Jika minum pula, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya, dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Muslim : 2020, Abu Daud : 3776, at-Tirmizi : 1799) 2 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, janganlah makan dengan tangan kirinya. Jika minum pula, janganlah minum dengan tangan kirinya. Jika dia menerima (sesuatu benda), janganlah mengambilnya dengan tangan kiri. Dan jika dia memberi (sesuatu) pula, janganlah memberinya dengan tangan kiri." (Riwayat Ahmad : 5/311) 3 - Dari Abu Iyas Salamah R.A, beliau berkata: "Ada seorang lelaki makan dengan tangan kiri berdekatan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam. Maka Baginda bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Kemudian lelaki itu berkata: ...