PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 1)

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani?

Oleh: Ustaz Khafidz Soroni

Barangkali sudah menjadi ketetapan, orang yang ingin membicarakan soal kajian hadis pada masa kini tidak dapat lari lagi dari menyebut nama ‘al-Albani’ dan

membicarakan hasil-hasil penilaian hadisnya. Ia kemungkinan adalah kesan dari penyebaran karya-karya beliau secara besar-besaran oleh pihak yang

mendokong pemikirannya. Malah kebanyakannya dapat diperoleh secara percuma melalui atas talian (online) sahaja.

Apa yang dikhuatirkan ialah akan berlaku 'kemandulan’ dalam soal penilaian hadis. Justeru, hadis yang telah dinilai hukumnya oleh al-Albani itu sahaja yang

harus diterima dan dipegang kuat-kuat, walaupun sarjana-sarjana besar hadis menilai hukum sebaliknya. Maka penilaian al-Tirmizi, atau al-Daraqutni, atau al-

Baihaqi, atau al-’Iraqi, atau al-Zahabi, atau Ibn Hajar, atau al-Busiri, atau al-Haythami, atau selain mereka sudah tidak ada nilai apa-apa, jika al-Albani sudah

menghukum sebaliknya. Apakah sampai begitu?

Syeikh Ahmad Kamil Darwisy, murid al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari telah meneliti kira-kira 55,446 buah hadis di dalam kajiannya mengenai manhaj Syeikh al-

Albani dalam memberi penilaian terhadap hadis. Beliau telah menyatakan pandangannya yang saya rumuskan sepertimana berikut;

1. al-Albani telah meneliti dan memberi penilaian ke atas sekitar 55,000 buah hadis termasuk hadis yang berulang-ulang, dan telah mendhaifkan (melemahkan

hadis) lebih kurang 16,000 buah hadis darinya. Jumlah ini meliputi lebih dari 50 buah karya yang telah diterbitkan.

2. Beliau telah menukilkan dan mengikut kira-kira 3,000 (tepatnya 3,088) hukum hadis dari al-Tirmizi, dan menyanggah pula lebih dari 700 hukum hadis (antara

766 - 781) yang telah dinyatakan oleh al-Tirmizi.

3. Beliau banyak menukilkan dan memetik sahaja hukum hadis yang diberikan oleh Syeikh Habib al-Rahman al-A’zami tanpa sebarang komentar yang berjumlah

hampir 800 buah hadis (tepatnya 782).

4. Dari jumlah kira-kira 55,000 hadis, sekitar 8,000 (tepatnya 8,266) hadis dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih adalah yang paling kurang kesilapannya,

iaitu kurang dari 35 hadis. Di dalamnya, beliau hanya menurut sekitar 2,000 hukum hadis al-Tirmizi dan sekitar 800 hukum hadis Habib al-Rahman al-A’zami.

5. Baki dari 55,000 hadis, iaitu kira-kira 47,000 hadis mengandungi kelemahan dan kemudaratan. Maka perlu berhati-hati dengan hukum hadis yang ada di dalam

kitab-kitab beliau, selain dari kitab Sahih al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih dan Da’if al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih. Al-Albani sendiri banyak merujukkan hukum

hadis kepada kedua-dua kitab ini, iaitu sebanyak 15,758 hukum hadis telah dipetik darinya. Namun sebanyak 107 hukum hadis darinya dibantah oleh al-Hafiz

‘Abdullah al-Ghumari. Manakala sebanyak 14,527 buah hadis darinya adalah mengikut hukum para muhaddithin.

6. Lebih afdal bagi seorang penuntut ilmu hadis mempelajari Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik, Musnad Ahmad, al-Mukhtarah, al-Kutub al-Sittah

dan seumpamanya berbanding mempelajari hadis dari kitab-kitab al-Albani.

7. al-Albani telah memberi dua atau beberapa hukum (darjat hadis) yang berbeza pada hadis yang sama, yang berjumlah sebanyak 4,013 hukum hadis. Ini

menunjukkan seolah-olah beliau lebih mementingkan kuantiti, dan bukannya kualiti.

8. Berikut adalah jadual kekerapan hukum hadis yang disebut oleh al-Albani;

Maudhu' (موضوع) = berjumlah 3,421 hadis
Munkar (منكر) = berjumlah 785 hadis
Syadz (شاذ) = berjumlah 47 hadis
Bathil (باطل) = berjumlah 212 hadis
Dho'if (ضعيف) = berjumlah 14,587 hadis
Sohih (صحيح - وحسن بنوعيه) = berjumlah 34,512 hadis
Ghorib (غريب) = berjumlah 1,384 hadis

Jumlahnya 54,948

* Data angka ini menurut kajian Syeikh Ahmad Darwisy

==============

SUMBER : sawanih.blogspot.my/2011/05/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian_27.html

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR