Posts

Showing posts with the label Bi naqal

Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati (siri 2)

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati (siri 2) Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy ADAB BUAH ILMU Adab adalah buah ilmu, adab adalah hal yang lahir dari hati, jika dalam hatinya kebaikan, maka baiklah adabnya, jika hatinya penuh kejahatan, maka jahatlah adabnya. Justeru itu ukuran untuk melihat seseorang itu baik bukan pada ilmu atau amalnya, tetapi pada adabnya. Jika mereka ada ilmu dan amal yang banyak, tetapi tiada memilki adab yang baik, maka ianya menunjukkan ilmu dan amalnya tiada kesan bagi dirinya lantran adanya hijab dgn Allah. KUNCI PEROLEHI ADAB Keberkatan mendahului ilmu, tanpa keberkatan maka segala ilmu akan jadi sarang iblis yang membuahkan kesombongan dan keakuan diri(ananiyah). Tanpa keberkatan, tidak akan wujud kasih sayang, kebaikan jiwa dan adab. Bertali ilmu dengan guru yang memilki keberkatan adalah kunci kepada kebaikan seorang insan. Faktor keberkatan kini tiada dalam kamus pendidikan moden sehingga ia membawa kehancuran adab dan amal pada...

Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati

Pesanan Ayahanda: Hakikat Ilmu Tasauf, Teori dan Intipati Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy Pesanan Ayahanda: "Hakikat ilmu tasauf bukan di ajar dalam bentuk ilmu, taarif dan perbahasan, ia tiada kesudahan kerana akan terbelenggu dengan taarif dan perbahasan, maka lahir ramai cendiakawan memperkatakan dan mengajar ilmu tasauf tetapi tiada memilki jiwa tasauf namun mereka menyangka mereka sudah berada dalam tasauf." Hakikat tasauf adalah dalam bentuk ilmu rasa dan syuhud dalam jiwa yang membuah makrifat dan adab. Sedikit ilmu yang membawa kepada adab, amal dan takwa adalah lebih baik dari banyak ilmu tetapi tiada adab, amal dan takwa. Oleh kerana itu ulama' tasauf amat meniti beratkan adab. Lihat perkataan mereka. Sebahagian ulama' tasauf berkata: "Tasauf semuanya akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlak kalian, dia telah menambahkan tasauf terhadap diri kalian." (Nusratun Nbawiyah, m/s 22) Imam Junaid al Baghdadi, Imam rujukan ilmu tasauf berkata: ...

Belajar Menerima Kritikan & Mengakui Kesalahan

Pesanan Ayahanda: Belajar Menerima Kritikan (Teguran) & Mengakui Kesalahan (Mohon Maaf) Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy Anakku, "Belajarlah menerima kritikan, belajar mengaku kesalahan dan belajar memohon maaf jika bersalah, sebagai jalan penyucian jiwa demi perjalanan cinta kepada Allah dan Rasul. Sikap tiada mahu menerima kesalahan, apalagi mewujudkan pelbagai helah untuk dilihat tiada bersalah adalah adab yang amat salah bagi para perindu Allah. Ia masih menyintai sifat takbur, dan sikap tersebut (tiada mahu menerima kesalahan) menambah menyuburkan lagi sifat (takbur) tersebut, ia akan memadamkan cahaya hati perlahan-lahan sehingga makrifat dalam bentuk pandangan dan perasaan hilang tanpa disedari." "Sifat berdolak dalih dengan kesalahan adalah sifat iblis dihadapan Allah yang tak mahu mengaku kesalahan, malah apabila Allah menghukumnya dengan panggilan kafir, dia masih menunjukkan egonya dengan menyalahkan Adam sebagai punca ia dimurka, sehingga kini ia menj...

IMAM AL-NAWAWI (Siri 4)

IMAM AL-NAWAWI (Siri 4) Ditulis oleh Ustaz Salehuddin bin Abu Samah (Dipetik dari Majalah Al-Ustaz, Isu 06) Membina Keilmuan di Damsyik Ketika berusia 19 tahun, ayahnya membawa al-Nawawi ke Damsyik. Pada masa itu, kota ini memang kaya dengan ilmu dan ulama. Al-Nawawi segera menumpukan seluruh masa dan kesungguhannya untuk menuntut ilmu. Setiap hari, ia menghadiri 12 pengajian dengan guru yang berbeza dan di tempat yang berjauhan. Beliau juga mengkaji pelbagai bidang ilmu antaranya fiqah, hadis, tafsir, bahasa Arab dan lain-lain. Dek keterangan hatinya, al-Nawawi boleh menghafal kitab al-Tanbih (kitab fiqh yang sangat tebal) hanya dalam masa empat bulan. Begitu juga kitab-kitab penting lain dihafalnya dalam masa yang singkat sahaja. Satu lagi sikap menarik Imam al-Nawawi, beliau enggan menerima pemberian daripada siapa pun. Beliau hanya makan daripada bekalan yang dibawakan ayahnya setiap minggu. Beliau ingin memastikan hanya makanan halal sahaja yang masuk ke dalam tubuhnya. Pe...

UCAPAN TAKZIAH OLEH 'ALLAMAH HABIB UMAR

UCAPAN TAKZIAH 'ALLAMAH HABIB UMAR TENTANG KEBAKARAN PELAJAR ITTIFAQIYAH Ini adalah ucapan takziah daripada Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz, Pengasas Pusat Pengajian Darul Musthafa : "Segala pujian hanya bagi Allah, dan sesungguhnya kita datang dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud : (Tidaklah seseorang itu meninggal dunia kecuali dengan izin Allah dan dalam ketentuan waktu yang ditetapkan) Bersabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam : (Barangsiapa yang datang kematian ke atasnya sedangkan dia dalam menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka kedudukan antara dia dan para Nabi di dalam syurga hanyalah beza satu darjat) Dengan hati yang redha dengan ketentuan Allah yang Maha Tinggi dan Bijaksana kami mengucapkan takziah ke atas diri kami, juga ucapan takziah kepada saudara yang dikasihi di Malaysia khususnya ibu bapa penjaga kepada pelajar yang ditimpa musibah kebakaran, yang telah menemui Tuhan mereka, juga u...

AURAT MUSLIMAH DI HADAPAN KAFIRAH

IRSYAD AL-FATWA KE-141 : AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM Oleh: Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli al-Bakri Pandangan Ulama: Ulama fiqh berbeza pandangan berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab syafie sendiri juga mempunyai beberapa pandangan. 1. Pandangan Majoriti/Jumhur: • Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47) 2. Pandangan mazhab Syafi'e: Sebahagian ulama mazhab syafei berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripda kepala, tangan dan kaki: • Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbiy melihat kep...

MADAH MA'AL HIJRAH

MADAH MA'AL HIJRAH BUAT SEMUA IKHWAH. Oleh: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany Diucapkan salam ma'al hijrah Disertakan doa buat semua ikhwah Diberkati Allah bertambah rahmah Dikurniakan bahagia hingga ke Jannah Meriah menyambut Ma'al hijrah Berseri seri muslimin muslimah Jangan dipeduli tuduhan bidaah Yakinlah ia bidaah hasanah Pegangan kami ahli sunnah Kami taati al-Quran dan sunnah Ijmak, qiyas pegangan ummah bukan semua bidaah dholalah Tahun baru ma'al hijrah peringatan buat hamba Allah Umur kita meningkat sudah Jangan tak sedia bekal akhiroh Ikhlaskan niat dalam ibadah Teladani akhlak Rasulullah ﷺ Jauhi semua sifat mazmumah Biasakan sifat-sifat mahmudah Tahun baru disambut sudah Dengan harapan kepada Allah Moga diterima segala taubah Dijauhkan dari murka Allah Andai tersalah dalam berukhuwwah Maaf kami sahabat dan ikhwah Mahabbah sejati kerana Allah Itulah pesan Rasulullah ﷺ AKHUKUM FILLAH USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY ======== S...

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausu'ah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempu...

WAKTU AFDHAL SOLAT AIDIL ADHA

Tunaikanlah Solat Sunat Idil-Adha Tepat Pada "Waktu Afdhal" ia didirikan Oleh: Ustaz Haidzir Hussin ﭐﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﭐﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ Berkata penyusun "ﻣﻄﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭﻳﻦ" : "(Dan waktu) keduanya daripada naik matahari, tetapi sunat dita'khirkan dia hingga naik matahari segalah, dan berkekalanlah waktunya hingga gelincir matahari." Penerangan: Penyusun menerangkan tiga perkara iaitu: Bilakah masuk waktu solat hari raya, bilakah waktu yang afdhal kita mendirikannya, dan bilakah berakhirnya waktu untuk solat sunat raya itu. Sebagai memudahkan kefahaman, saya pecahkan begini: i. Waktu masuk : "Syuruq" (terbit matahari) (yakni selepas tamat waktu isyraq) ii. Waktu afdhal : Matahari dah naik segalah iaitu 27 minit selepas "syuruq" iii. Penghujung atau akhir waktu : Dengan masuknya waktu zuhur. Sama samalah kita berdoa' agar kita dapat menunaikan solat idil-Adha mulai tahun ini tepat pada waktu su...

BERGABUNG JUMAAT DAN RAYA

Alangkah Beruntungnya Kita Tahun Ini (1438h), Raya Haji (10hb/12) Jatuh Hari Jumaat Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Kelebihan Hari Jumaat: ﻭﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻟُﺒَﺎﺑَﺔَ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟْﻤُﻨْﺬِﺭِ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ‏ Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ berkata: ( ﺇِﻥَّ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﺳَﻴِّﺪُ ﺍﻷَﻳَّﺎﻡِ، ﻭَﺃَﻋْﻈَﻤُﻬَﺎ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻷَﺿْﺤَﻰ ﻭَﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ، ﻓِﻴﻪِ ﺧَﻤْﺲُ ﺧِﻼﻝٍ : ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ، ﻭَﺃَﻫْﺒَﻂَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷَﺭْﺽِ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻮَﻓَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺁﺩَﻡَ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺳَﺎﻋَﺔٌ ﻻ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﺇِﻻ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ، ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺴْﺄَﻝْ  ﺣَﺮَﺍﻣًﺎ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻘُﻮﻡُ ﺍﻟﺴَّﺎﻋَﺔُ، ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻣَﻠَﻚٍ ﻣُﻘَﺮَّﺏٍ ﻭَﻻ ﺳَﻤَﺎﺀٍ ﻭَﻻ ﺃَﺭْﺽٍ ﻭَﻻ ﺭِﻳَﺎﺡٍ ﻭَﻻ ﺟِﺒَﺎﻝٍ ﻭَﻻ ﺑَﺤْﺮٍ ﺇِﻻ ﻭَﻫُﻦَّ ﻳُﺸْﻔِﻘْﻦَ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ‏) . ﺣﺪﻳﺚ ﺣﺴﻦ، ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ ‏(1084 ) . “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling ...

TAPAK TANGAN BERLAPIK

Hukum "Muka & Tangan" Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Soalan: Ustaz anak saya bgtau. masa sujud dlm solat, tapak tgn tak boleh berlapik dgn kain telekong. Betul ke mcm tu ustaz? Jawapan: Tak betul tu. Anggota sujud yang tak boleh berlapik ketika sujud ialah dahi saja. Itu pon bukan seluruh dahi wajib kena lantai, sebahagian saja.. Perkara berkaitan muka dengan tapak tangan ni banyak. Ianya kena diperincikan. Ramai ustaz/ustazah tak mahir perkara ni. Contoh: Muka dan tapak tangan adalah: i. Bukan aurat wanita dlm solat. ii. Boleh dilihat ketika meminang. • Muka boleh dilihat ketika wanita menjadi saksi muamalah, tapi bukan dengan tangan sekali. • Perut tapak tangan lelaki dan perempuan apabila menyentuh kemaluan membatalkan wudhu. Tiada kaitan dengan muka. • Dalam bab tayammum; anggotanya ialah muka dan tangan hingga ke siku. • Dalam bab hudud, jika sabit kesalahan mencuri; dipotong di pergelangan tangan. Tiada kaitan dengan muka pon. Ini dan banyak lagi ...

PINDAH DAGING QURBAN

PANDUAN HUKUM : HUKUM MEMINDAHKAN DAGING KORBAN Oleh: Ustaz Alyasak Berhan Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu adalah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan di negeri tersebut. Berikut adalah perincian berkaitannya menurut pandangan ulama Mazhab Syafi'i. 1. Orang yang berkorban/Wakil Korban Wajib : Haram bagi orang yang berkorban wajib, memindahkan kesemua daging korbannya ke tempat lain sepertimana hukum memindahkan zakat. Justeru, daging tersebut wajiblah diagihkan kepada fakir miskin di mana korban tersebut dilaksanakan (jika ada). Korban Sunat : Hanya haram memindahkan daging ke tempat lain sekadar yang wajib disedekahkan kepada fakir/miskin (sedikit sahaja) dan bukan kesemuanya. Adapun, selebihnya harus dipindahkan ke tempat lain. 2. Penerima Daging Korban Fakir/Miskin : Harus bagi mereka memindahkan daging korban yang diterima kerana pemberian berkenaan mer...

TAKBIR MURSAL & MUQOYYAD

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Apa beza antara takbir mursal, mutlak dan muqayyad?😊 Jawapan kami; Terdapat dua jenis takbir raya iaitu; 1) Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi (selepas) solat sama ada solat fardhu, sunat, tunai, qadha’ dan solat jenazah. Sehubungan itu, sunat mendahulukan takbir muqayyad ini sebelum memulakan zikir selepas solat. 2) Takbir Mursal/Mutlak adalah takbir yang dilakukan pada bila-bila masa tanpa dikaitkan dengan solat. Justeru, sunat mentakhirkan (kemudiankan) takbir mursal daripada zikir selepas solat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel berikut; http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/takbir-raya.html?m=1 اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

TAWADHUK IMAM AL-SYAFI'E

Kata Imam al-Syafi'e Rahimahullah: احب الصالحين ولست منهم * لعلي أن انال بهم شفاعة "Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan sebahagian daripada mereka, Moga-moga dengannya aku mendapat syafaat" Pengajaran: 1. Imam Syafi'e mengajar kita tentang tawadhuk. Biarpun terkenal dengan kehebatan ilmunya dan kewarakannya, dia tetap merasa rendah diri dan tidak menganggap dirinya sebagai soleh. Dia tidak bermegah atau mahu disanjung dengan ilmunya atau status dirinya. Di sinilah letaknya pandangan Allah kepada kita, iaitu dengan tidak merasa diri baik, bahkan merasa diri banyak dosa walau telah membuat berbagai-bagai kebaikan. 2. Imam Syafie mengajar kita untuk sentiasa membuat perhubungan dengan orang-orang soleh. Dengan mencintai orang soleh samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia, di situ kita akan mendapat berkat syafaat orang soleh. Jika pun kita belum soleh, tapi moga-moga berkat orang soleh, kita akan menjadi soleh. Tak pun anak cucu kita akan menj...

LAFAZ TAKBIR

LAFAZ TAKBIR Oleh: Ustaz Alyasak Bin Berhan Lafaz takbir yang telah disebutkan oleh Imam al-Syafi’i di dalam Kitab al-Um (al-Um 520/2, al-Majmuk 46/5) adalah; ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴْﺮﺍً، ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴْﻼً، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﻻَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﺇِﻻَّ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻣُﺨْﻠِﺼِﻴْﻦَ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﺪِّﻳﻦَ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺮِﻩَ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮُﻭﻥَ، ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ، ﺻَﺪَﻕَ ﻭَﻋْﺪَﻩُ، ﻭَﻧَﺼَﺮَ ﻋَﺒْﺪَﻩُ، ﻭَﺃَﻋَﺰَّ ﺟُﻨْﺪَﻩُ ﻭَﻫَﺰَﻡَ ﺍﻟْﺄَﺣْﺰﺍَﺏَ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻵ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ، ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar yang Teramat Besar (agung), Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti aja...

SEMBELIHAN 2 KALI

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Asalam.slmt ari rya haji Ustaz....sy ingin btnya...sekiranya kita melakukan ibadah korban sembelih lembu...lpas penyembelihan tu ada urat pd lembu tu yg xputus dan lembu hidup lg lepas tu melakukan penyembelihan ke dua...ape hukumny...? Jawapan kami; Disyaratkan pada setiap sembelihan, urat halkum dan mari' haiwan dipotong dengan sempurna. Disebutkan dalam Fath al-Muin; "Ketahuilah, sesungguhnya menyembelih haiwan darat yang dapat dikuasai (bukan haiwan liar) adalah dengan memotong kesemua halkumnya, iaitu tempat keluar nafas (saluran pernafasan) dan kesemua mari'nya, iaitu tempat laluan makanan yang di bawah halkum (saluran makanan) dengan setiap benda yang tajam, yang melukakan selain tulang, gigi dan kuku seperti dengan besi, buluh, kaca, emas dan perak." Sehubungan itu, jika antara dua sembelihan tersebut tidak diselangi dengan tempoh yang lama iaitu dilakukan dengan kadar segera (tanpa bertangguh-tangguh antara sembeliha...

ORANG BERILMU YANG SOMBONG

Sombong Bagi Orang Berilmu Oleh: Ustaz Dr. Muhammad Yusry Berkata Imam Al-Ghazali: "Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi, sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih." ========= SUMBER : Telegram Ust. Dr Yusry

HARI TERAKHIR BERQURBAN

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Ustaz, bila last time kite boleh buat korban? Jawapan kami; Waktu terakhir yang diharuskan untuk melakukan ibadah korban adalah sehingga Maghrib akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah). Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari: وءاخر وقتها أي التضحية غروب الشمس من ءاخر أيام التشريق لخبر ابن حبان "في كل أيام التشريق ذبح" "Akhir waktunya, iaitu korban adalah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib) pada akhir hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah) kerana berdasarkan hadis riwayat Ibn Hibban "Pada setiap hari-hari Tasyriq sembelihan (korban)."(Tuhfah al-Tullab). Bahkan, menurut al-Khatib al-Syirbini jikalau dipotong halkum dan mari' (sembelih) haiwan sebelum sempurna matahari tenggelam pada akhir hari Tasyrik, nescaya sahlah korban tersebut (Al-Iqna'). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel                      

TEMPAT BAYAR DAM

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: assalam ust boleh x bayar dam yang x selesai masa umrah atau haji yang lepas di malaysia dan laksanakan di malaysia penyembelihan tersebut Jawapan kami; Tempat penyembelihan dam bagi dam haji atau umrah adalah khusus di Tanah Haram Mekah. Justeru, ia wajib disembelih di Tanah Haram Mekah dan dagingnya juga wajib dibahagi-bahagikan kepada orang-orang miskin yang terdapat di sekitar Tanah Haram Mekah sama ada yang bermastautin di sana atau bukan (Al-Idhah fi Manasik al-Haj). اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

UPAH DAGING KEPADA PETUGAS

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak: Soalan : Adakah boleh bagi upah daging korban kepada penyembelih & pekerja korban? Jawapan kami; Kulit atau daging sesuatu binatang korban haram dijadikan upah kepada penyembelih atau para petugas korban. Namun, ia harus diberikan kepada penyembelih atau para petugas sebagai sedekah jika mereka miskin atau sebagai hadiah (bagi korban sunat) jika mereka bukan orang miskin (Hasyiah al-Baijuri). اليسع Wallahu a'lam. ====== SUMBER: t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel