MADAH MA'AL HIJRAH

MADAH MA'AL HIJRAH BUAT SEMUA IKHWAH.

Oleh: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany

Diucapkan salam ma'al hijrah
Disertakan doa buat semua ikhwah
Diberkati Allah bertambah rahmah
Dikurniakan bahagia hingga ke Jannah

Meriah menyambut Ma'al hijrah
Berseri seri muslimin muslimah
Jangan dipeduli tuduhan bidaah
Yakinlah ia bidaah hasanah

Pegangan kami ahli sunnah
Kami taati al-Quran dan sunnah
Ijmak, qiyas pegangan ummah
bukan semua bidaah dholalah

Tahun baru ma'al hijrah
peringatan buat hamba Allah
Umur kita meningkat sudah
Jangan tak sedia bekal akhiroh

Ikhlaskan niat dalam ibadah
Teladani akhlak Rasulullah ﷺ
Jauhi semua sifat mazmumah
Biasakan sifat-sifat mahmudah

Tahun baru disambut sudah
Dengan harapan kepada Allah
Moga diterima segala taubah
Dijauhkan dari murka Allah

Andai tersalah dalam berukhuwwah
Maaf kami sahabat dan ikhwah
Mahabbah sejati kerana Allah
Itulah pesan Rasulullah ﷺ

AKHUKUM FILLAH
USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY

========

SUMBER: FB Page Mohd Hazr

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR