Posts

Showing posts from June, 2017

BERJEMA'AH MASJID ATAU DI RUMAH ?

SOLAT BERJEMAAH DI MASJID ATAU DI RUMAH BERSAMA ISTERI LEBIH AFDHAL? Oleh: Ustaz Aziz Kanun Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7) Soalan: As salam ustaz saya nak tanya..mana lebih afdal suami solat berjemaah bersama isteri di rumah @ suami solat berjemaah di surau/masjid? Jawapan kami: Mengikut mazhab Syafie, solat berjemaah merupakan fardhu kifayah ke atas ahli kariah, dengan maksudnya berdosalah satu kampung jika tiada satu pun solat berjemaah didirikan. Dan ia merupakan sunat muakkad bagi setiap individu lelaki yang akil baligh dan bermuqim. [Kifayah al akhyar: jilid 1/ms 81] Untuk orang lelaki adalah lebih afdhal menunaikan solat berjemaah itu di masjid atau surau (berbanding berjemaah di rumah) Dalam satu hadis riwayat Ibn Mas’ud, beliau menjelaskan; ولو صليتم في بيوتكم لتركتم سنة نبيكم، واذا تركتم سنة نبيكم لضللتم...او نحوه “Sekiranya kamu semua bersolat di rumah-rumah kamu, nescaya kamu telah meninggalkan jalan petunjuk nabi kamu, bila kamu meninggal

MEMAHAMI ISTILAH HADITH

MEMAHAMI ISTILAH HADITH Bicara Hadith oleh: Ustaz Khafidz Soroni Kaedah penilaian hadis yang ditetapkan oleh ulama hadis merupakan kaedah yang diiktiraf oleh semua ulama. Bagi memudahkan kefahaman tentang status-status hadith ini, saya telah cuba membuat rumusan sepertimana berikut; Panduan bagi maksud status hadis: 1. Sahih = Hadis tersebut wujud. 2. Hasan & Hasan li-ghoirih = Hadis tersebut wujud. 3. Dhaif = Hadis tersebut kemungkinan wujud. 4. Sangat dhaif = Hadis tersebut kemungkinan tidak wujud. 5. Palsu (maudhu') = Hadis tersebut tidak wujud. Istilah Hadith Yang Lain: 1. Hadis marfu' » Hadis yang diangkat sampai kepada baginda Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam. 2. Musnad » Hadis yang mempunyai sanad lengkap. 3. Mursal » Hadis yang terputus talian sanadnya pada peringkat sahabat. 4. Munqati' » Hadis yang terputus talian sanad secara umum. 5. Mu'dhal » Hadis yang terputus talian sanad kerana gugurnya dua orang perawinya. Bahagian hadis

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH Oleh: Ustaz Alyasak Bin Berhan (Pegawai Agama Negeri Sembilan) عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ Diriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah mewajibkan zakat fitrah iaitu satu gantang daripada kurma, atau satu gantang daripada sya’ir (gandum), ke atas setiap hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan besar daripada kaum muslimin. Baginda juga memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum manusia keluar menunaikan solat (sunat Aidul Fitri) (Riwayat al-Bukhari no. 1503) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْ

BULAN PUASA PESTA MAKAN?

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183) Hikmah diperintahkan berpuasa agar kita tingkatkan diri menjadi hamba yang bertaqwa. Puasa adalah wasilah (jalan) bagi menuju ketaqwaan, hindarkan diri dari syahwat yang merupakan punca maksiat. Juga menjaga diri dari belenggu hawa nafsu seperti makanan, jima', nikmat dunia dan lain-lain. Namun hikmah Ramadhan ini tidak dirasai dalam diri sesetengah rakyat Malaysia, tanpa disedari mereka menganggap Ramadhan adalah pesta makan, banyak juadah yang menarik menanti ketika Ramadhan, makan sehingga kekenyangan dan tidak mampu lagi beribadah, lalu tidur dan keberkahan Ramadhan hilang begitu saja. Bahkan telah ada kejadian seseorang yang berbuka puasa sehingga muntah, sedangkan perut ini ada hadnya, janganlah makan dengan tamak. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam

KEUTAMAAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tempoh ini adalah kemuncak bagi Ramadhan. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam lebih gigih beribadat apabila masuknya 10 malam terakhir. Jika ingin buat persiapan raya, buatlah waktu siang sahaja, sementara sebelah malam penuhilah dengan amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah seperti solat fardhu dan tarawih berjemaah, iktikaf, baca al-Quran, berzikir, bersedekah lain-lain. Tidak semestinya perlu berjaga sepanjang malam, jika mampu menghidupkan separuh malam juga sudah sangat beruntung. Antara jadual harian yang boleh dicadangkan: Beri makan orang berbuka, berbuka puasa (mulakan dengan tamar/kurma), makan sedikit waktu berbuka (agar tidak mudah penat dan mengantuk), solat maghrib berjemaah, bersedekah (walau RM1), solat qadha' atau baca al-Quran atau berzikir, solat isyak berjemaah, solat tarawih 20 rakaat, banyakkan berdoa kepada Allah, tadarus al-Quran, rehat malam, iktikaf di masjid, berzikir (tahlil dan isti

WANITA ISTIHADHOH & KEPUTIHAN BERSUCI

CARA WANITA ISTIHADHOH & KEPUTIHAN MELAKUKAN WUDHU' & SOLAT Hukum wanita istihadhoh sama seperti wanita yang mengalami keputihan atau orang yang mengalami salisul baul (kencing tidak lawas): Yakni selalu kedatangan hadas kecil (daimul hadas). Maka cara bersuci dan solat bagi masalah ini boleh lihat artikel Masalah Kencing Tidak Lawas  tulisan Dr. Zulkifli al-Bakri, cuma dalam kurungan tambahan saya : Para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan buat golongan ini dalam berwudhu’ dan kami nukilkan di sini agar dapat dijadikan pedoman bersama antara yang telah digariskan oleh para fuqaha’ [Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, (1/122-124)]: 1. Hukum solat dan juga ibadah lain yang memerlukan wudhu’ tidak tergugur disebabkan penyakit kencing tidak lawas (atau darah istihadhoh). 2. Perlulah dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian ikhtiarkan dengan sesuatu yang boleh menutup bahagian kemaluan tersebut seperti membalutnya dengan kapas, ditutup

SUNNAH KETIKA MAKAN

Beberapa hadis tentang sunnah ketika makan: 1 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Jika minum pula, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya, dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Muslim : 2020, Abu Daud : 3776, at-Tirmizi : 1799) 2 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, janganlah makan dengan tangan kirinya. Jika minum pula, janganlah minum dengan tangan kirinya. Jika dia menerima (sesuatu benda), janganlah mengambilnya dengan tangan kiri. Dan jika dia memberi (sesuatu) pula, janganlah memberinya dengan tangan kiri." (Riwayat Ahmad : 5/311) 3 - Dari Abu Iyas Salamah R.A, beliau berkata: "Ada seorang lelaki makan dengan tangan kiri berdekatan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam. Maka Baginda bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Kemudian lelaki itu berkata: &qu