MEMAHAMI ISTILAH HADITH

MEMAHAMI ISTILAH HADITH

Bicara Hadith oleh: Ustaz Khafidz Soroni

Kaedah penilaian hadis yang ditetapkan oleh ulama hadis merupakan kaedah yang diiktiraf oleh semua ulama. Bagi memudahkan kefahaman tentang status-status hadith ini, saya telah cuba membuat rumusan sepertimana berikut;

Panduan bagi maksud status hadis:

1. Sahih = Hadis tersebut wujud.
2. Hasan & Hasan li-ghoirih = Hadis tersebut wujud.
3. Dhaif = Hadis tersebut kemungkinan wujud.
4. Sangat dhaif = Hadis tersebut kemungkinan tidak wujud.
5. Palsu (maudhu') = Hadis tersebut tidak wujud.

Istilah Hadith Yang Lain:

1. Hadis marfu' » Hadis yang diangkat sampai kepada baginda Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam.
2. Musnad » Hadis yang mempunyai sanad lengkap.
3. Mursal » Hadis yang terputus talian sanadnya pada peringkat sahabat.
4. Munqati' » Hadis yang terputus talian sanad secara umum.
5. Mu'dhal » Hadis yang terputus talian sanad kerana gugurnya dua orang perawinya.

Bahagian hadis Ahad:

1. Masyhur » Hadis yang diriwayatkan oleh 3 orang sahabat sekurang-kurangnya (dan ke atas).
2. Aziz » Hadis yang diriwayatkan oleh 2 orang sahabat.
3. Gharib» Hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat sahaja.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:

https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g

=========================

SUMBER: madrasahsunnionline.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR