Posts

Showing posts from April, 2017

HUKUM PUASA BULAN RAJAB

HUKUM PUASA BULAN RAJAB Saya sentuh sedikit tentang bulan haram. Di dalam 12 bulan Islam, empat daripadanya dinamakan bulan haram. Bulan haram bermaksud bulan suci yang diharamkan padanya peperangan dan digalakkan melakukan lebih banyak amal kebaikan. Bulan haram yang empat itu adalah Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab. Telah sabit dari Al-Quran dan hadis tentang kelebihan bulan haram. Melakukan ibadah dan kebaikan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda, namun jika melakukan maksiat juga akan mendapat dosa yang lebih besar. Umpamanya solat sunat atau berpuasa di bulan Rajab lebih besar pahalanya dari bulan Jamadil Akhir, dan berbohong di bulan Zulhijjah lebih besar dosanya dari bulan Safar. Namun pada bulan-bulan lain juga, segala maksiat tetap haram untuk dilakukan dan segala amal soleh tetap dituntut dilakukan setiap masa. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di

10 PERKARA BATALKAN PUASA

Perkara-perkara yang membatalkan puasa itu ada 10 perkara:- Ditulis oleh: Ibnu Azmi asy-Syafii 1 - Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya. Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah

Ulamak : Syaikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1917-2014)

Image
Syaikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1917-2014) Ditulis oleh: Abu Irfah Pada hari Isnin 27 Januari  tahun 2014 bersama 25 Rabiul Awwal 1435H,  dunia telah kehilangan seorang tokoh ulama,  pemikir Islam yang hebat, iaitu al-‘Allamah al-Syaikh Dr Abdul Karim Zaidan bekas Muraqib Aam bagi jamaah Ikhwan Muslimin di Iraq. Beliau telah meninggal dunia di bandar San’aa’, ibu negara Yaman. Sepanjang hayatnya penuh dengan sumbangan ilmu, pemikiran, tarbiah, pengajaran dan penulisan. Beliau yang berasal dari Iraq meninggal dunia ketika umurnya 97 tahun. Beliau telah menetap di Yaman dan mengajar di Universiti Iman semenjak tahun 90an. Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan terkenal sebagai tokoh dakwah dan pemikir Islam, menjadi pakar rujuk dan telah menulis puluhan karya dalam perundangan, syariah dan pendidikan Islam. Syeikh Abdul Karim juga dianggap sebagai seorang ulama yang hebat, berani mempertahankan Islam dalam apa-apa isu dan sangat menitikberatkan kesatuan rakyat Iraq. Kemati

TAKABBUR

Takabbur adalah salah satu sifat yang dicela dalam agama. Daripada ibn Mas'ud, bahawa Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: " ﻻَ ﻳَﺪْﺧُﻞُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻰ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝُ ﺫَﺭَّﺓٍ ﻣِﻦْ ﻛِﺒْﺮٍ . ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺟُﻞٌ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺛَﻮْﺑُﻪُ ﺣَﺴَﻨًﺎ ﻭَﻧَﻌْﻠُﻪُ ﺣَﺴَﻨَﺔً. ﻗَﺎﻝَ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺟَﻤِﻴﻞٌ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻝَ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﺑَﻄَﺮُ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ " (ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ) "Tidak akan masuk Syurga orang yang ada di dalam hatinya sifat takabbur (walaupun sekecil) zarrah. Lalu berkata seorang lelaki: (Bagaimana pula jika) sesungguhnya seseorang itu suka  berpakaian cantik dan kasut yang cantik? Baginda SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah itu indah, dan sukakan pada keindahan (maka ianya dibenarkan). Takabbur (pula) ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia." (Riwayat Muslim) Baginda SAW bersabda lagi: " ﺃَﻟَﺎ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﺄَﻫْﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺑَﻠَﻰ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻞُّ ﻋُﺘُﻞٍّ ﺟَﻮَّﺍﻅٍ ﻣُﺴْﺘَﻜْﺒِﺮٍ "

MANDI HADAS DALAM SUNGAI/KOLAM AIR

Hukumnya sah. Sama ada dia mandi dalam air yang tenang (seperti kolam air) atau air yang mengalir (seperti sungai). Tapi jika dalam kolam mandi, mestilah kolam air itu melebihi 2 qullah (228 liter). Jika tidak sampai 2 qullah, air itu akan menjadi mustakmal apabila dibuat untuk mandi wajib. Cuma berbalik pada syarat sah mandi wajib, iaitu menyampaikan air pada seluruh anggota yg zohir (luaran) seperti keseluruhan rambut, bulu-bulu, bawah kuku, lubang telinga yang zohir (had yang sehinga boleh dimasuki jari), termasuk celah punggung dan zohir dubur (lubang tempat keluar najis yang fleksibel itu), yakni wajib dibukakan sedikit (diteran sedikit) dan dikenakan air padanya. Kata TG Abd Halim Saad, ramai yang tidak sah mandi wajib kerana tidak membasuh bahagian zohir dubur tersebut (tempat keluar najis). Manakala pada rambut pula, jika ia disanggul wajib dibuka sanggulnya agar dikenakan air. Adapun anggota yang batin (dalaman) sahaja tidak wajib dikenakan air, seperti lubang telinga yang

HUKUM SOLAT SUNAT KETIKA BERLANGSUNG KHUTBAH JUMA'AT

Soalan: Apa hukum solat sunat ketika khatib sedang khutbah jumaat? Jawapan: Hukum solat sunat ketika khatib sedang berkhutbah, terbahagi kepada dua: 1. Jika dia baru sampai ke masjid, dituntut (sunat) melakukan solat tahiyyatul masjid atau qabliyyah jumaat. Tapi jika dia memilih untuk melakukan qabliyyah jumaat, akan dapat fadhilat tahiyyatul masjid juga (bagi mereka yang baru sampai masjid). Dan solat itu dilakukan secara ringkas sahaja. 2. Namun sekiranya dia memang sedia ada/sudah lama berada dalam masjid, diharamkan dia melakukan apa-apa jenis solat sunat apabila khatib sedang berkhutbah, dengan ijmak (sepakat) 4 mazhab. Sedangkan yang dituntut solat sunat ketika imam sedang berkhutbah hanyalah pada mereka yang baru sampai ke masjid sahaja. Maka jika seseorang sudah lama berada dalam masjid (datang awal) - Dia boleh melakukan qabliyyah jumaat sejurus selepas azan yang pertama, dan dilarang pula dia sengaja melewatkan solat qabliyyah jumaat sehingga khatib naik ke mimbar.

SYARAT JAMAK QASAR SELAMA 18 HARI

Ustaz Hanif al-Manisiy di dalam Fiqh Solat Musafir Jama' & Qasar menyatakan: "Disana (solat jamak & qasar) terdapat rukhsoh (keringanan) selama 18 hari dan 18 malam diberikan kepada musafir, (ianya) bagi masalah musafir yang pada mulanya bercadang menetap KURANG dari 4 hari untuk selesaikan urusan, dan apabila urusannya selesai dia akan beredar. Lalu diluar perancangan, urusannya tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa tersebut dan kelewatan terus berlanjutan. Dia sentiasa mengharapkan hajatnya akan selesai dari SEHARI KE SEHARI. Oleh itu, (status) permusafirannya (dikira) belum tamat sehingga 18 hari. (Namun) sekiranya dia sudah tahu dari awal lagi urusan akan selesai dalam tempoh 4 hari ke atas, dia TIDAK boleh jama' dan qasar." "Dalil dibolehkan solat qasar (termasuk jama') selama 18 hari berdasarkan suatu hadis. Daripada Imran Bin Hussain R.A katanya: Aku berperang bersama Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan bersama-sama Baginda

SITUASI MAKMUM JIKA IMAM TELAH BERI SALAM

Soalan: Adakah makmum boleh teruskan bacaan tahiyyat akhir jika imam telah beri salam? Jawapan: Hukumnya boleh, kerana apabila imam telah memberi salam maka terputuslah hubungan antara imam dan makmumnya. Maka makmum boleh teruskan bacaan tahiyyat (tasyahud) akhirnya hingga selesai, dan boleh juga berdoa sebelum salam. Rujukan: Dr.Hassan al-Saqqaf berkata: "Bagi makmum yang muwafiq (yang akan beri salam bersama imam), dia boleh memanjangkan duduknya untuk berdoa mengikut kehendaknya, sekalipun imamnya telah selesai salam. Kerana tiada pula hadis yang menyebut: "Jika imam selesai salam, maka segeralah beri salam." Selain itu, perhubungan antara makmum dan imamnya telah terputus setelah imam mengucapkan salam yang pertama." [Sohih Sifat Solat Nabi] Imam an-Nawawi berkata: "Jika kita mengatakan memberi salam yang kedua adalah sunat, maka salam kedua tersebut berlaku setelah selesai mendirikan solat, dan ianya (salam kedua) tidak termasuk di dalam solat.&qu

4 JENIS MANUSIA

Di dalam Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghozzali, dinyatakan bahawa manusia itu terbahagi kepada 4 jenis: "١ - "ﺭﺟﻞ ﻳﺪﺭﻱ ﻭﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻳﺪﺭﻱ (Rojulun yadri, wa yadri annahu yadri) "Seorang yang tahu ('alim), dan dia tahu bahawa dirinya tahu." ~ Inilah orang yang 'alim, maka ikutilah dia.  "٢ - "ﻭﺭﺟﻞ ﻳﺪﺭﻱ ﻭﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻳﺪﺭﻱ (Rojulun yadri, wa laa yadri annahu yadri) "Seorang yang tahu, dan dia tidak tahu (tak sedar) bahawa dirinya tahu." ~ Inilah orang yang tidur/lalai, maka kejutkanlah dia (supaya dia boleh mengajari orang). "٣ - "ﻭﺭﺟﻞ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﻭﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ (Rojulun laa yadri, wa yadri annahu laa yadri) "Seorang yang tidak tahu (jahil), dan dia tahu (sedar) bahawa dirinya tidak tahu." ~ Inilah orang yang memerlukan bimbingan. Dia sedar dirinya tidak tahu, dan dia ingin belajar. Maka ajarilah dia. "٤ - "ﻭﺭﺟﻞ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ (Rojulun laa yadri, wa laa yadri annahu laa yadr

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

Soalan: Apakah hukum memutuskan silaturrahim? Jawapan: Dalam hidup, kita mungkin tidak dapat lari dari terjadinya perselisihan atau berkecil hati sesama saudara, sama ada dengan rakan atau sepupu atau pakcik saudara atau lain-lain. Namun setiap perbuatan kita tidak boleh melanggar dari batas-batas dalam Islam. Syarak tidak membenarkan kita memutuskan silaturrahim atau tidak bertegur sapa melebihi dari 3 hari. Para ulamak bersepakat bahawa haram bagi seorang Islam tidak bertegur sapa ke atas saudaranya (sesama Islam) melebihi dari 3 hari, ini berdasarkan nas dari hadis Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam. Namun dimaafkan jika kurang daripada 3 hari. Walaubagaimanapun, ada pengecualian pada beberapa keadaan. Jika bertegur sapa itu akan menyebabkan agamanya terkorban, atau orangnya zholim sehingga beri mudhorat pada diri atau harta benda kita, maka dibenarkan tidak bertegur sapa dengannya melebihi 3 hari. Namun jika sekadar perselisihan biasa yang tidak beri mudhorat seperti yang di

NIFAS BAGI WANITA CZER

Soalan: Seorang wanita melahirkan anak dengan cara czer (pembedahan) sehingga faraj tiada setitis pun mengeluarkan darah selepas dilahirkan. Dan yang jadi pertanyaan, adakah wanita tersebut masih dianggap mar'atun nufasa' (wanita yang sedang nifas). Jawapan: Menurut Syeikh Nuruddin al-Banjari dalam Haidh Nifas wa Istihadhoh, wanita czer juga mempunyai nifas, namun tempat keluar darah itu mestilah dari farajnya untuk dihukumi nifas. Adapun darah yang keluar dari perut yang dibedah itu bukanlah darah nifas, tapi ia darah luka. Kebiasaan wanita tetap akan keluar darah nifas walaupun secara czer. Namun jika farajnya tiada setitis pun keluar darah, boleh jadi dia tiada nifas ataupun belum datang lagi nifasnya. Maka wajib mandi wiladah dulu (mandi wajib kerana melahirkan anak) dan mulakan solat seperti biasa kerana tiada keuzuran. Tapi jika badan masih lemah, boleh tangguh sebentar mengikut kemampuan. Jika badan tidak boleh kena air, kena bertayammum untuk menggantikan mandi wila

PERKARA LUAR BIASA PADA MAKHLUK

Perkara Mencarik adat! Ditulis oleh : Angah al-Manisiy Diterangkan di dalam kitab Aqidatul Najin Fi Ilmu Usul Ad Din bahawa perkara luar biasa (mencarik adat) merangkumi 8 perkara: [1] Mukjizat : berlaku kepada rasul selepas kerasulan [2] Irhas إرهاس : Berlaku kepada rasul sebelum kerasulan [3] Karamah : Berlaku pada wali allah [4] Ma’unah : Berlaku di kalangan orang awam untuk terlepas dari kesusahan. Maunah beerti pertolongan Allah kepada seseorang supaya menjadi kuat beribadah dan taat kepada TuhanNya [Peringatan] Empat perkara luar biasa di atas adalah yang benar. [5] Sihir : berlaku dikalangan mereka yang mengamalkan sihir [6] Istidraj إستدرج : Terdapat dikalangan orang kafir dan orang muslim yang fasiq melalui tipu daya. Erti istidraj ialah kerja yang disangka baik tetapi membawa tuannya ke neraka. [7] Sya’wadzah شعوذة : Permainan silap mata yang merupakan satu sihir [8] Ihanah إهانة : Lahir dari orang dusta [Peringatan] Empat perkara luar biasa terakhir adalah

PERIHAL MENJAGA LISAN

Perihal Menjaga Lisan !! Ditulis oleh : Angah al-Manisiy Hendaklah kalian menjaga lisan dari perkara-perkara berikut: 1 - Menipu Agak sukar untuk hindari ia melainkan kurangkan bicara, kerana jika terlalu banyak berkata-kata, sering terlajak dari fakta yang sebenar. Tanpa sedar, kita menipu manusia. Kata-kata kita juga sering dicemari pembohongan lantaran mahu menarik perhatian telinga pendengar. Sampai bila kita mahu demikian? Allah SWT berfirman: فَنَجۡعَل لَّعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡڪَـٰذِبِينَ “supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Al Imran:61) 2 - Menyalahi janji Jika sekali kita menyalahi janji sebuah pertemuan atau sebarang perkara yang dijanjikan, orang akan hilang kepercayaan kepada kita. Betapa ramai manusia tidak kotakan janji tanpa sebarang alasan munasabah. Ia mencederakan hati sahabat sehingga membawa sumpah seranah. Sekiranya benar kita mengalami masalah, mesti di maklumkan agar tidak membuang masa jiwa yang berharap. Mahukah

BUDAK KECIL BERJUAL BELI

BUDAK KECIL BERJUAL BELI Bagaimana hukumnya budak kecil belum baligh melakukan jual beli ? Jawapan: Jual beli tersebut hukumnya boleh namun ada batasan pada sesuatu yang maklum seperti rokok, sabun dan semisalnya. وَمِمَّا عَمَّتِ الْبَلْوَى بِعْثَانُ الصَّغَائِرِ لِشِرَاءِ الْحَوَائِجِ وَاطَّرَدَتِ الْعَادَةُ فِيْ سَائِرِ الْبِلاَدِ وَقَدْ تَدْعُو الضَّرُوْرَةُ إِلَى ذَلِكَ فَيَنْبَغِيْ إِلْحَاقُ ذَلِكَ بِالْمُعَاطَاةِ [كفاية الأخيار 1/240] “Termasuk kebiasaan yang sudah umum adalah menyuruh anak-anak kecil untuk membeli berbagai kebutuhan dan kebiasan ini sudah berlaku di berbagai negara, bahkan kadang-kadang juga dlarurat mendorong pada hal tersebut. Maka seyogyanya disamakan dengan mu’athah.”  (Kifayah al-Akhyar I/240) فَلاَ يَنْعَقِدُ بِالْمُعَاطَاةِ لَكِنِ اخْتِيْرَ اْلإِنْعِقَادُ بِكُلِّ مَا يُتَعَارَفُ الْبَيْعُ بِهَا فِيْهِ كَاْلُخُبْزِ وَاللَّحْمِ دُوْنَ نَحْوِ الدَّوَابِّ وَاْلأَرَاضِيْ [هامش إعانة الطالبين 3\4] “Tidak sah jual beli dengan mu’athah, tetapi

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

Image
  PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH [1] Soalan Apakah perkar-perkara yang membatalkan aqidah ? Adakah perbuatan yang menyebabkan kafir tanpa niat itu booleh membatlkan aqidah ? Dan adakah dosa-dosa besar itu boleh menyebabkan seseorang itu kafir ? Jawapan :  Perkara-perkara yang membatalkan Islam itu adalah setiap perkara yang menjadikan seseorang itu kafir iaitu : 1.         I'tiqad ada Tuhan selain Allah 2.         Ingkar satu sifat daripada sifat-sifat Allah atau satu nama daripada nama-nama Allah 3.         Ingkar azab kubur, hisab, kebangkitan, syurga, neraka dan titian shirat 4.         Ingkar satu hukum yang sabit daripada dalil yang qat'ie (yang jelas seperti minum arak, berjudi, etc) atau  ilmu minaddin bid dhorurah  (ilmu di dalam agama yang tidak perlu dikaji) sama ada perkara perintah atau larangan. 5.         Mencela Allah, Rasul, Islam dan al Quran 6.         I'tiqad ada undang-undang lain yang lebih baik daipada undang-un