PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

 

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH[1]
Soalan
Apakah perkar-perkara yang membatalkan aqidah ? Adakah perbuatan yang menyebabkan kafir tanpa niat itu booleh membatlkan aqidah ? Dan adakah dosa-dosa besar itu boleh menyebabkan seseorang itu kafir ?

Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan Islam itu adalah setiap perkara yang menjadikan seseorang itu kafir iaitu :

1.       I'tiqad ada Tuhan selain Allah

2.       Ingkar satu sifat daripada sifat-sifat Allah atau satu nama daripada nama-nama Allah

3.       Ingkar azab kubur, hisab, kebangkitan, syurga, neraka dan titian shirat

4.       Ingkar satu hukum yang sabit daripada dalil yang qat'ie (yang jelas seperti minum arak, berjudi, etc) atau ilmu minaddin bid dhorurah (ilmu di dalam agama yang tidak perlu dikaji) sama ada perkara perintah atau larangan.

5.       Mencela Allah, Rasul, Islam dan al Quran

6.       I'tiqad ada undang-undang lain yang lebih baik daipada undang-undang al Quran

7.       Sujud selain kepada Allah, atau mencampak al Quran ke tempat-tempat yang kotor, atau melakukan perbuatan yang kufur walaupun tidak berniat sedemikian

Adapun melakukan dosa-dosa besar seperti mencuri, berzina, mengumpat, memakan riba sekiranya ia beri'tiqad itu semua adalah halal maka dia menjadi kafir, sekiranya dia tidak beri'tiqad demikian dia (dia tahu ianya berdosa) maka dia mendapat dosa besar.


Wallahua'alam.


Terjemahan oleh : Faiz Tanzizi


[1] Soalan no: 3015 daripada Soqar, Kurkuk (www.alomah-alwasat.com)

=============================
sumber : mengajikitab.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR