Posts

Showing posts with the label Ahkam

HUKUM PELIHARA BURUNG

HUKUM PELIHARA BURUNG Apakah hukum pelihara burung dalam sangkar? Jawapan: Harus hukumnya kerana ia sama seperti orang yang jaga binatang ternakan dengan mengikatnya, dengan syarat dicukupkan keperluannya seperti makan minum, dan tidak menzaliminya yakni tidak menyakitkannya. Rujukan: • Imam Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam Fathul Bari berkata: ﺟﻮﺍﺯ ﺇﻣﺴﺎﻙ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻔﺺ ﻭﻧﺤﻮﻩ "Diharuskan menahan (pelihara) burung dalam sangkar dan seumpamanya." [Fathul Bari] • Syeikh Abdul Hamid as-Syarwani di dalam Hasyiah Syarwani 'ala Tuhfatul Muhtaj berkata: ﻭﺳﺌﻞ ﺍﻟﻘﻔﺎﻝ ﻋﻦ ﺣﺒﺲ ﺍﻟﻄﻴﻮﺭ ﻓﻲ ﺃﻗﻔﺎﺹ ﻟﺴﻤﺎﻉ ﺃﺻﻮﺍﺗﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﺄﺟﺎﺏ ﺑﺎﻟﺠﻮﺍﺯ ﺇﺫﺍ ﺗﻌﻬﺪﻫﺎ ﻣﺎﻟﻜُﻬﺎ ﺑﻤﺎ ﺗﺤﺘﺎﺝ ﺇﻟﻴﻪ ﻷﻧﻬﺎ ﻛﺎﻟﺒﻬﻴﻤﺔ ﺗُﺮﺑﻂ "Dan al-Qaffal ditanya tentang hukum pelihara burung dalam sangkar untuk mendengar kicauannya dan selainnya. Maka dijawab bahawa ianya diharuskan apabila pemiliknya menjaga keperluan burung itu (seperti makan minum), ini kerana ianya sama sepertimana menjaga binatang ternakan yang di...

AURAT MUSLIMAH DI HADAPAN KAFIRAH

IRSYAD AL-FATWA KE-141 : AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM Oleh: Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli al-Bakri Pandangan Ulama: Ulama fiqh berbeza pandangan berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab syafie sendiri juga mempunyai beberapa pandangan. 1. Pandangan Majoriti/Jumhur: • Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47) 2. Pandangan mazhab Syafi'e: Sebahagian ulama mazhab syafei berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripda kepala, tangan dan kaki: • Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbiy melihat kep...

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausu'ah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempu...

KAFIR MASUK MASJID

Bolehlah orang kafir masuk masjid? Jawapan: Boleh tetapi dengan dua syarat: 1. Mendapat keizinan orang Islam yang baligh terlebih dahulu 2. Masuk kerana berhajat (ada sebab) Jika masuk tanpa keizinan, maka ianya dilarang. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Raudhah at-Tholibin (1/109) berkata: ﺃﻣﺎ ﺍﻟﻜﺎﻓﺮ ﻓﻼ ﻳﻤﻜﻦ ﻣﻦ ﺩﺧﻮﻝ ﺣﺮﻡ ﻣﻜﺔ ﺑﺤﺎﻝ، ﺳﻮﺍﺀ ﻣﺴﺎﺟﺪﻩ ﻭﻏﻴﺮﻫﺎ. ﻭﻟﻪ ﺩﺧﻮﻝ ﻣﺴﺎﺟﺪ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﺤﺮﻡ ﺑﺈﺫﻥ ﻣﺴﻠﻢ . ﻭﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﺩﺧﻮﻟﻬﺎ ﺑﻐﻴﺮ ﺇﺫﻥ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ "Orang kafir dilarang memasuki (tanah) Haram Mekah dalam keadaan apapun, sama ada dalam masjidnya atau selainnya. Namun mereka dibenarkan memasuki masjid yang berada selain dari (tanah) Haram, namun perlu mendapat keizinan orang Islam (terlebih dahulu). Dan mereka tidak dibenarkan masuk tanpa izin (muslim), menurut (qaul) yang sohih." [Raudhah at-Tholibin] Syeikh Nawawi al-Jawi di dalam Kasyifatus Saja (1/124) berkata: ولا يجوز له دخول المسجد ولو غير جنب إلا بإذن مسلم بالغ مع الحاجة "Tidak harus (dilarang) baginya (orang kafir) mema...

HUKUM JUAL BELI KUCING.

Apa hukum jual beli kucing? Saya dengar orang cakap tak sah? Jawapan: Di sisi mazhab Syafi'e, hukumnya harus jika ianya kucing peliharaan kerana ia mampu memberi manfaat dari segi hiburan pada manusia. Adapun kucing liar (atau kucing hutan), hukumnya tidak sah dan haram diperjual belikan kerana tiada memberi manfaat. Berkenaan hadis Nabi (sollallahu 'alaihi wa sallam) yang melarang berjual beli kucing, ulamak Syafi'iyyah mengatakan larangan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam itu merujuk kepada kucing liar sahaja, kerana tiada memberi manfaat pada manusia. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: فرع - بيع الهرة الاهلية جائز بلا خلاف عندنا إلا ما حكاه البغوي في كتابه في شرح مختصر المزني عن ابن العاص أنه قال لا يجوز وهذا شاذ باطل مردود والمشهور جوازه وبه قال جماهير العلماء نقله القاضى عياض عن الجمهور وقال ابن المنذر أجمعت الامة على أن اتخاذه جائز ورخص في بيعه ابن عباس وابن سيرين والحكم وحماد ومالك والثوري والشافعي وأحمد واسحق وأبو حنيفة وسائر أصحاب...

BERKENAAN HUKUM ANJING

ANJING : HUKUM PELIHARA, JUAL BELI & BERSUCI Apakah hukum membela anjing bagi menjaga kebun, dan bagaimana kita nak mengendalikannya jika terkena anjing tersebut. Jawapan: Ulamak bersepakat (ijmak) bahawa diharamkan pelihara anjing jika tanpa hajat. Apabila seseorang membelanya kerana berasa tertarik pada anjing, menurut Imam an-Nawawi hukumnya adalah haram tanpa khilaf ulamak. Malah pahala amal orang yang membela anjing tersebut akan terhakis (berkurangan) sebanyak dua qiroth (sebesar gunung) pada setiap hari. Namun ulamak memberikan kelonggaran untuk menggunakan anjing jika ada hajat (keperluan). Hajat yang dibenarkan adalah: 1. Menjaga kebun 2. Menjaga ternakan binatang 3. Berburu 4. Menjaga rumah (yakni hartanya), dan seumpamanya Cuma bagi menjaga harta rumah, tidak boleh meletaknya di dalam rumah, tetapi meletaknya di belakang rumah kerana sabit di dalam hadis bahawa malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke rumah yang didalamnya terdapat anjing. Perlu diberi perh...

JUAL BELI BINATANG

Apakah hukum jual beli kucing, ular dan lain-lain binatang seperti serangga? Bagimana pula dengan duit hasil penjualannya? Jawapan: Ia bergantung pada jenis binatang atau haiwan atau serangga tersebut. Jika ia bermanfaat kepada manusia, seperti lebah bagi menghasilkan madu, kucing jinak atau arnab atau ikan bagi peliharaan rumah sebagai hiburan, harimau untuk dijadikan pemburuan, dhob (biawak pasir) bagi pelancaran darah dan sebagainya, maka sah jual beli binatang yang bermanfaat seumpama ini. Adapun jika binatang itu tiada bawa manfaat atau faedah kepada manusia, seperti kucing hutan (kerana sifatnya yang liar), kumbang, kala jengking, ular, cacing, tikus, semut, anjing, khinzir dan lain-lain yang tidak berfaedah di sisi manusia (malah menimbulkan kerosakan seperti tikus dan khinzir), maka tidak sah jual beli binatang atau serangga seperti ini, dan haram jika masih menjual dan membelinya. Berkenaan duit hasil penjualan yang tidak sah dan haram, seperti menjual khinzir, tikus, ...

GUNA KATAK UNTUK UMPAN PANCING

KATAK DIGUNAKAN SEBAGAI UMPAN PANCING Menurut Fatwa Wilayah Persekutuan, katak antara haiwan yang haram dibunuh, maka dilarang membunuhnya untuk dijadikan umpan. Imam al-Qurtubi mengatakan ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, katak juga mencuba untuk padamkan api, walaupun saiznya sangat kecil berbanding api tersebut, namun usahanya mulia di sisi Allah. Rujukan: Dr. Zulkifli al-Bakri di dalam Irsyad Al-Fatwa ke-195 berkata: "Adapun soalan yang diajukan, yakni menggunakan umpan hidup daripada haiwan  yang tidak haram dibunuh, (melainkan) seperti katak yang haram dibunuh berdasarkan nas, tetapi (jika) menggunakan udang atau ikan hidup atau cacing, maka ini memerlukan perincian. Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (5/131) ada menyebut: “Jika diambil ikan itu secara hidup-hidup, (kita) tidak boleh memakannya sehingga ia mati atau dimatikan (dahulu), seperti mana yang disebut oleh Hanafiyyah dan Hanabilah. Dan dimakruhkan jika (ikan itu) dimakan hidup-hidup,...

WANITA MEMAKAI SELUAR PANJANG

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan me...

DEFINISI MAKRUH

• Dari segi bahasa bermaksud: "Tidak disukai atau dibenci." • Dari segi syarak bermaksud: "Perbuatan yang dituntut oleh syariat untuk meninggalkannya, namun tidak berdosa apabila mengerjakannya." Makruh ini ada dua jenis, makruh tanzih dan makruh tahrim. Jika disebut makruh, maka kebiasaanya merujuk kepada makruh tanzih. Adapun makruh tahrim adalah lebih berat. Makruh tahrim sama seperti haram yakni membawa kepada dosa, cuma dalil pengharaman itu tidak qot'ie seperti hukum haram, kerana itu diistilahkan sebagai makruh tahrim. Adapun makruh tanzih (atau diistilahkan sebagai makruh) tidak membawa kepada dosa, namun perbuatan makruh itu dibenci dalam agama. Maka, makruh tanzih ini termasuk juga dalam tegahan agama cuma ia tidaklah membawa kepada dosa seperti hukum haram atau makruh tahrim. Sayyid Abu Bakar Syatho di dalam I'anah at-Tholibin (1/121) berkata: ﺍﻟﻔﺮﻕ ﺑﻴﻦ ﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻟﺘﺤﺮﻳﻢ ﻭﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻪ : ﺃﻥ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﺗﻘﺘﻀﻲ ﺍﻹﺛﻢ، ﻭﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ ﻻ ﺗﻘﺘﻀﻴﻪ "Perbez...

BINATANG YANG BANGKAI

487. BANGKAI Soal : Apa hukumnya memakan binatang yang boleh (yakni halal) dimakan, (namun) yang mati dalam keadaan-keadaan berikut :- (1) Dicekik (2) Dipukul (3) Ditanduk binatang lain (4) Jatuh dari tempat tinggi Jawab : Hukumnya haram (kerana dihukum bangkai apabila mati dengan sebab-sebab di atas), kecuali jika ia sempat disembelih sebelum binatang itu mati (maka halal). [Dr. Hj Zain Serudin - Zainut Tholib, juzuk 6/218] Wallaahu a'lam

BINATANG & BURUNG

Bolehkah memakan binatang seperti seladang, pelanduk, kuda, landak, tenggiling, keldai dan zirafah? Bagaimana pula dengan burung? Jawapan: Dihalalkan makan seladang, pelanduk, kuda, landak dan keldai hutan (liar). Diharamkan pula memakan tenggiling, zirafah (qaul asoh) dan keldai biasa (jinak). Adapun burung pula, dihalalkan makan burung kaswari (na'amah), angsa, itik, merpati, punai, tekukur, merbok, pipit. Diharamkan pula memakan helang, merak, nuri, rajawali, kuluwang, layang-layang, tiong, belatuk, kelawar, kakak tua dan burung hantu. Rujukan: • Dr. Hj Zain Serudin - Zainut Tholib (6/220-222) • Syaikh Muhammad al-Fathoni - Matla' al-Badrain (2/450 ; dicetak bersama Adillatun Nurain oleh TG Hj Abdul Halim Sa'ad) Wallahu a'lam

HUKUM MENCABUT UBAN

Apa hukum mencabut uban? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, mencabut uban hukumnya makruh, kerana banyak kelebihan besar yang dijanjikan dalam hadis bagi orang yang beruban, antaranya ia akan menjadi cahaya di akhirat nanti, dihapuskan kesalahan, diangkatkan darjat dan lain-lain. Namun jika seseorang memotong rambutnya, tidaklah dianggap mencabut uban, dan ia tidak termasuk di dalam tegahan makruh ini. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' (1/292) berkata: قَالَ أَصْحَابُنَا يُكْرَهُ , صَرَّحَ بِهِ الْغَزَالِيُّ وَالْبَغَوِيُّ وَآخَرُونَ , وَلَوْ قِيلَ : يَحْرُمُ لِلنَّهْيِ الصَّرِيحِ الصَّحِيحِ لَمْ يَبْعُدْ , وَلَا فَرْقَ بَيْنَ نَتْفِهِ مِنْ اللِّحْيَةِ وَالرَّأْسِ "Menurut as'hab kami (ulamak Syafi'iyyah), hukumnya makruh (mencabut uban), ini diterangkan oleh Imam al-Ghozali, Imam al-Baghowi dan selainnya. Jika dikatakan: (mencabut uban) hukumnya haram (sekalipun) berdasarkan tegahan yang jelas (soreh) dan sohih dalam hadis, maka (pendapat haram ...

MEWARNAKAN UBAN

Soalan: Apa hukum mewarnakan uban? Jawapan: Mewarnakan rambut bagi mereka yang beruban, hukumnya boleh dan dianjurkan, selagi tidak mewarnakannya dengan hitam. Adapun mewarnakannya dengan hitam adalah haram menurut kebanyakan (jumhur) ulamak Syafi'iyyah, ini berdasarkan larangan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam di dalam hadis. Namun bagi orang yang berjihad di medan perang, mereka dibenarkan mewarnai ubannya dengan hitam. Adapun jika seseorang itu tidak beruban, dilarang baginya mewarnakan rambut kerana perbuatan tersebut hanyalah semata-mata tasyabbuh (meniru) budaya bukan Islam. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim (14/80) berkata: ومذهبنا استحباب خضاب الشيب للرجل والمرأة بصفرة أو حمرة ، ويحرم خضابه بالسواد على الأصح ، وقيل : يكره كراهة تنزيه ، والمختار التحريم لقوله صلى الله عليه وسلم : ( واجتنبوا السواد ) هذا مذهبنا "Menurut mazhab kami (mazhab Syafi'e), dianjurkan mewarnai uban, sama ada lelaki dan wanita (yang sudah beruban), dengan (...

MAKANAN YANG DIJUMPAI

Jika saya menjumpai makanan, bolehkan saya makan sebelum ia menjadi rosak? Jawapan: Dalam bab luqathoh, jika menjumpai barang atau bahan yang tidak diketahui pemiliknya, bahan itu pula mudah rosak dan tidak tahan lama seperti makanan, maka apabila pemiliknya tidak dijumpai, dia boleh membuat 2 pilihan, sama ada: 1. Memakannya, lalu menggantikannya dengan nilai makanan itu kepada pemiliknya sekiranya pemilik itu menuntutnya. 2. Menjualnya kepada orang, duit hasil jualan itu disimpankannya. Rujukan: Syeikh Ibnu Qasim al-Ghozi di dalam Fathul Qarib (1/209) berkata: الضرب (الثاني ما لا يبقى) على الدوام، (كالطعام الرطب؛ فهو) الملتقط له (مُخَيَّر بين) خصلتين (أكلِه وغرمِه) أو غرم قيمته (أو بيعه وحفظ ثمنه) إلى ظهور مالكه "Barang yang tidak tahan lama seperti makanan basah, maka jika menjumpainya, boleh memilih sama ada ingin memakannya lalu menggantikan harganya, ataupun menjualnya lalu menyimpan duit hasil jualannya." [Fathul Qarib]