KAFIR MASUK MASJID

Bolehlah orang kafir masuk masjid?

Jawapan:

Boleh tetapi dengan dua syarat:
1. Mendapat keizinan orang Islam yang baligh terlebih dahulu
2. Masuk kerana berhajat (ada sebab)

Jika masuk tanpa keizinan, maka ianya dilarang.

Rujukan:

Imam an-Nawawi di dalam Raudhah at-Tholibin (1/109) berkata:

ﺃﻣﺎ ﺍﻟﻜﺎﻓﺮ ﻓﻼ ﻳﻤﻜﻦ ﻣﻦ ﺩﺧﻮﻝ ﺣﺮﻡ ﻣﻜﺔ ﺑﺤﺎﻝ، ﺳﻮﺍﺀ ﻣﺴﺎﺟﺪﻩ ﻭﻏﻴﺮﻫﺎ. ﻭﻟﻪ ﺩﺧﻮﻝ ﻣﺴﺎﺟﺪ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﺤﺮﻡ ﺑﺈﺫﻥ ﻣﺴﻠﻢ . ﻭﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﺩﺧﻮﻟﻬﺎ ﺑﻐﻴﺮ ﺇﺫﻥ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ

"Orang kafir dilarang memasuki (tanah) Haram Mekah dalam keadaan apapun, sama ada dalam masjidnya atau selainnya. Namun mereka dibenarkan memasuki masjid yang berada selain dari (tanah) Haram, namun perlu mendapat keizinan orang Islam (terlebih dahulu). Dan mereka tidak dibenarkan masuk tanpa izin (muslim), menurut (qaul) yang sohih." [Raudhah at-Tholibin]

Syeikh Nawawi al-Jawi di dalam Kasyifatus Saja (1/124) berkata:

ولا يجوز له دخول المسجد ولو غير جنب إلا بإذن مسلم بالغ مع الحاجة

"Tidak harus (dilarang) baginya (orang kafir) memasuki masjid walaupun dia bukan berjunub, melainkan dia mendapat keizinan orang muslim yang baligh (dahulu) dan kerana ada hajat (bersebab)." [Kasyifatus Saja]

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

LUPA NIAT JAMAK

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR