Posts

Showing posts with the label Bi qalam:si faqir

MUAFIQ

MUAFIQ Saya makmum muafiq. Ketika solat berjemaah, imam baca cepat sangat lalu terus rukuk. Lepas saya selesaikan Fatihah, sy pun rukuk tapi berselisih pula dengan imam (saya turun rukuk, imam naik). Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab berselisih itu. Jawapan: Sebelum dibahas, perlu difahami dulu hukum sama ada kita makmum muafiq ataupun masbuq. Muafiq: Jika makmum itu muafiq, dia wajib habiskan Fatihahnya walaupun imam telah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya sehingga 3 rukun panjang yakni rukuk, sujud pertama dan sujud kedua, ataupun boleh juga mengatakan 5 rukun (rukun panjang + rukun pendek) yakni rukuk, iktidal, sujud pertama, duduk antara 2 sujud dan sujud kedua. Maksudnya dia diberi masa untuk habiskan al-Fatihahnya sehingga imam sujud kedua. Ketika imam sedang sujud kedua sekalipun, muafiq itu perlu teruskan bacaan Fatihahnya, asalkan imam belum lagi masuk pada rukun ke-4 (yakni sebelum imam berdiri tegak di rakaat seterusnya atau sebelum imam...

ADAB SEBELUM BERDOA:

ADAB SEBELUM BERDOA: 1. Mengucap ta'awuz dan basmalah 2. Memuji Allah dengan bertahmid (Alhamdulillah) 3. Berselawat 4. Beristighfar (sambil ingat dosa-doa lalu) 5. Merendah diri ketika berdoa dan harapkan keampunan Allah terhadap dosa-dosa kita. 6. Berdoa dengan sepenuh hati 7. Iringi setiap doa dengan memujiNya seperti "Ya Allah Ya Rahman" dan "Ya Allah Ya Rahim." * Doa akhir tahun boleh dimulakan dalam 10 atau 15 minit sebelum azan Maghrib. Paling utama mintalah keampunan dari Allah sepanjang tahun yang dilalui, dan semoga pada tahun baru Allah istiqomahkan kita dalam perjuangkan agamaNya dan menjadi hamba yang lebih bertaqwa kepadaNya. Kemudian barulah doa yang lain seperti murahkan rezeki, kehidupan lebih teratur dan lain-lain. Doalah yang baik-baik apa yang terbuku di hati.

MASBUQ DAPAT RAKAAT

MASBUQ DAPAT RAKAAT Bagaimana cara makmum masbuq mendapat rakaat? Jawapan: Saya jelaskan dahulu tentang paras sekurang-kurang rukuk: Had sekurang-kurang rukuk adalah apabila tapak tangannya mampu mencapai kepala lututnya, walaupun belakang badannya masih belum sempurna lurus, maka ia dikira sekurang-kurang bagi rukuk dan sah rukuknya. Dan tidak memadai rukuknya jika paras jarinya sahaja yang sampai pada kepala lutut dan bukan tapak tangannya. Namun rukuk yang paling sempurna adalah sunat dibongkokkan belakang badannya hingga lurus, sekira-kira jika diletakkan papan maka luruslah papan tersebut. (Fathul Mu'in) Maka berbalik pada soalan: Jika masbuq itu sempat rukuk bersama-sama imam dengan kadar thomakninah, sebelum imamnya sempat bangkit melepasi dari had sekurang-kurang rukuk, maka masbuq itu dikira mendapat rakaat. Tetapi jika makmum tidak sempat rukuk dengan kadar thomakninah, sedangkan imamnya telahpun bangkit melepasi had sekurang-kurang rukuk, maka makmum masbuq...

PIJAK SEMUT KETIKA SOLAT

TERPIJAK SEMUT KETIKA SOLAT Jika tengah solat saya terpijak semut dan ia mati, sah tak solat? Adakah bangkai semut termasuk ketegori najis yang dimaafkan? Jawapan: Semua jenis bangkai tidak dimaafkan di dalam solat termasuklah bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya seperti bangkai semut, cicak, cacing, lalat, lebah dan seumpamanya. Berbalik kepada soalan, jika seseorang menanggung mahupun berhubung (bersentuh) pada tubuhnya atau pakaiannya akan najis dari bangkai binatang, termasuklah binatang yang tidak mengalir darah seperti bangkai semut sekalipun, maka batallah solatnya kerana dikira menanggung najis. Tetapi jika dia segera mengalihkan najis itu serta-merta maka tidak batal. Umpamanya bangkai semut atau najis burung terjatuh pada kain selendang/rida' ketika solat, lalu dengan serta-merta dia buangkan atau jatuhkan kain itu dari tubuhnya, maka ketika itu solatnya sah. Namun jika lewat sekira-kira melepasi kadar thomakninah (dalam 2 - 3 saat) maka bata...

HUKUM PELIHARA BURUNG

HUKUM PELIHARA BURUNG Apakah hukum pelihara burung dalam sangkar? Jawapan: Harus hukumnya kerana ia sama seperti orang yang jaga binatang ternakan dengan mengikatnya, dengan syarat dicukupkan keperluannya seperti makan minum, dan tidak menzaliminya yakni tidak menyakitkannya. Rujukan: • Imam Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam Fathul Bari berkata: ﺟﻮﺍﺯ ﺇﻣﺴﺎﻙ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻔﺺ ﻭﻧﺤﻮﻩ "Diharuskan menahan (pelihara) burung dalam sangkar dan seumpamanya." [Fathul Bari] • Syeikh Abdul Hamid as-Syarwani di dalam Hasyiah Syarwani 'ala Tuhfatul Muhtaj berkata: ﻭﺳﺌﻞ ﺍﻟﻘﻔﺎﻝ ﻋﻦ ﺣﺒﺲ ﺍﻟﻄﻴﻮﺭ ﻓﻲ ﺃﻗﻔﺎﺹ ﻟﺴﻤﺎﻉ ﺃﺻﻮﺍﺗﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﺄﺟﺎﺏ ﺑﺎﻟﺠﻮﺍﺯ ﺇﺫﺍ ﺗﻌﻬﺪﻫﺎ ﻣﺎﻟﻜُﻬﺎ ﺑﻤﺎ ﺗﺤﺘﺎﺝ ﺇﻟﻴﻪ ﻷﻧﻬﺎ ﻛﺎﻟﺒﻬﻴﻤﺔ ﺗُﺮﺑﻂ "Dan al-Qaffal ditanya tentang hukum pelihara burung dalam sangkar untuk mendengar kicauannya dan selainnya. Maka dijawab bahawa ianya diharuskan apabila pemiliknya menjaga keperluan burung itu (seperti makan minum), ini kerana ianya sama sepertimana menjaga binatang ternakan yang di...

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH Jika sentuh anjing atau babi dalam keadaan kering sama kering (kita kering, ia kering), adakah perlu sertu/samak? Jawapan: Jika sama kering, tidak perlu disertu/samak, kerana suatu yang kering itu tidak boleh berpindah najis melainkan basah salah satu pihak. Namun ini bukanlah bermakna boleh menyentuhnya dengan sengaja walaupun tidak perlu disertu. Jika salah satu pihak atau kedua-dua pihak basah, barulah berpindas najis dan wajib disertu/samak dengan 7x siraman air, dengan salah satunya daripada air campuran tanah. 1x air campuran tanah + 6x air mutlak = Maka sucilah ia dari najis mughollazoh (najis berat). Rujukan: • Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ﻃَﻬُﻮﺭُ ﺇِﻧَﺎﺀِ ﺃَﺣَﺪِﻛُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻭَﻟَﻎَ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟْﻜَﻠْﺐُ، ﺃَﻥْ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻪُ ﺳَﺒْﻊَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﺃُﻭﻟَﺎﻫُﻦ ّﺑِﺎﻟﺘُّﺮَﺍﺏَ "Menjadi suci sebuah bekas (milik) salah seorang antara kamu apabila anjing menjilatnya, iaitu dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan (campuran) t...

BERBOHONG YANG DIBENARKAN

BERBOHONG YANG DIBENARKAN Bolehlah saya berbohong untuk kebaikan? Contohnya saya topupkan orang, tapi saya cakap "bukan saya yang topup". Jawapan: Hukum asal berbohong adalah haram, melainkan pada keadaan tertentu yang digariskan syarak. Ibnu Syihab berkata: ٍﻭَﻟَﻢْ ﺃَﺳْﻤَﻊْ ﻳُﺮَﺧَّﺺُ ﻓِﻲ ﺷَﻰْﺀٍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺬِﺏٌ ﺇِﻻَّ ﻓِﻲ ﺛَﻼَﺙٍ ﺍﻟْﺤَﺮْﺏُ ﻭَﺍﻹِﺻْﻼَﺡُ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞِ ﺍﻣْﺮَﺃَﺗَﻪُ ﻭَﺣَﺪِﻳﺚُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺃَﺓِ ﺯَﻭْﺟَﻬَﺎ . "Aku tidak pernah mendengar (dari Rasulullah) bahawa adanya keringanan untuk berbohong kecuali pada tiga perkara : (1) Peperangan, (2) Mendamaikan antara manusia, dan (3) Perkataan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya." (Riwayat Muslim: 2605) Berdasarkan hadis ini, dibenarkan berbohong pada tiga keadaan: 1. Ketika peperangan, sama ada dengan perkataan pada musuh atau perbuatan (strategi peperangan). 2. Mendamaikan hubungan antara dua manusia. Contohnya mengatakan pada si A bahawa si B ingin berda...

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu (dengan melakukan maksiat) dalam empat bulan itu." (At-Taubah : Ayat 36) Menurut Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir, dosa yang dilakukan pada 4 bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab) akan lebih berganda berbanding bulan lain, sama sepertimana berganda dosanya jika perbuatan maksiat itu dilakukan di tanah haram berbanding di tempat lain. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻠَﺎﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞ "Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah (puasa) di bulan All...

HADIS BAB SAHUR

Beberapa hadis tentang bersahur: Hukum bersahur adalah sunat muakkad - sangat dituntut. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam sangat mengharapkan kita bersahur. Orang zaman dulu akan mewajibkan diri mereka untuk bangun sahur. Walaupun ia tidak wajib dari segi hukum, tetapi diwajibkan dari segi amaliahnya (amalan mereka sendiri). Hikmah bersahur bukan hanya mendapat pahala, tetapi keberkatan tersebut dari segi kemampuan untuk hadapi puasa dan rajin beribadah di siang hari. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." (Riwayat al-Bukhori : 1923) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Makanan sahur ada keberkatannya, janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla dan para malaikat-Nya memberi selawat kepada orang yang bersahur." (Riwayat Imam Ahmad : 11003) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Manfaatkanlah maka...

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ Saya masuk berjemaah dalam keadaan masbuq ketika imam sedang duduk tahiyat awal. Adakah saya perlu menunggu sehingga imam bangun berdiri baru saya masuk berjemaah, ataupun terus takbiratul ihram dan ikut duduk tahiyat awal? Jawapan: Lebih afdhal takbiratul ihram dan terus mengikut pergerakan imam, sama ada imam sedang duduk atau rukuk atau sujud, dalam kes ini makmum hendaklah terus duduk tahiyat awal. Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam : “Jika salah seorang dari kamu masuk dalam solat berjama’ah, dan imam sedang dalam satu keadaan (kedudukan), maka lakukanlah apa yang dilakukan oleh imam.” Perlu diingatkan juga bahawa makmum perlu takbiratul ihram dalam keadaan tenang tanpa tergopoh-gapah, kemudian barulah mengikut pergerakan/kedudukan yang sedang dilakukan imam. Takbiratul ihram juga mestilah dilakukan dalam keadaan tegak berdiri sehingga selesai ucap Allahu Akbar, tidak sah jika takbiratul ihram sambil sedang turun duduk atau turun r...

KELEBIHAN HARI 'ASYURA (10 MUHARRAM)

KELEBIHAN HARI 'ASYURA (10 MUHARRAM) Perbanyakkan puasa pada bulan Muharram, sabit dari hadis bahawa puasa yang paling afdhal selepas Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Muharram. Dan hari yang terlebih afdhal dalam bulan Muharram tersebut adalah pada hari ke-10 (hari 'Asyura), kerana berpuasa padanya akan dihapuskan dosa selama setahun yang lalu, dengan rahmatNya pada kita yang pendosa ini. Dan disunatkan pula untuk digabungkan 10 Muharram itu dengan berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau selepasnya (11 Muharram) agar dapat dibezakan puasa tersebut dengan orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Dan lebih utama adalah berpuasa pada 3 hari berturut-turut (9, 10, 11). Turutan afdhal puasa hari 'Asyura menurut ulamak: 1. Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram 2. Berpuasa 9 & 10 Muharram 3. Berpuasa 10 & 11 Muharram 4. Berpuasa 10 Muharram sahaja Sebahagian 'ulamak (seperti mazhab Hanafi) mengatakan makruh berpuasa tunggal 10 Muharram sahaja, k...

MUAFIQ

Ketika solat berjemaah, imam baca cepat, ketika tu saya sempat  baca al-fatihah sampai habis, saya tengok imam dah rukuk, tapi sy rukuk berselisih dengan imam, tapi saya muafiq. Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab dengan selisih itu. Jawapan: Jika muafiq, wajib habiskan al-Fatihahnya walaupun imam dah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya hingga 3 rukun panjang (rukuk, sujud pertama & sujud kedua). Imam dah sujud kedua pun, muafiq masih boleh lagi berdiri baca al-Fatihah, asalkan imam belum masuk rukun ke-4 (sama ada imam dah tegak berdiri rakaat seterusnya atau imam dah sempurna duduk tahiyyat akhir). Adapun bagi makmum masbuq, bila imam dah rukuk tapi masbuq belum habis al-Fatihah, wajib tinggalkan al-Fatihahnya dan terus ikut imam rukuk untuk dapatkan rukuk bersama-sama imam. Jika berselisih (imam bangun, masbuq baru turun), maka hangus rakaat itu dan perlu tambah lagi 1 rakaat. (Munyatul Musolli) Kaedah muafiq dan masbuq ni berbeza, jadi kena tah...

RUKUN QALBI, RUKUN QAULI & RUKUN FI'LI.

Rukun solat ada 13: 1. Niat 2. Qiyam (berdiri) 3. Takbiratul ihram 4. Al-Fatihah 5. Rukuk (dengan thomakninah) 6. Iktidal (dengan thomakninah) 7. Sujud (dengan thomakninah) 8. Duduk antara 2 sujud (dengan thomakninah) 9. Duduk tashahud akhir 10. Membaca tashahud akhir 11. Selawat atas Nabi 12. Salam (yang pertama) 13. Tertib (Matla' al-Badrain) Dalam 13 rukun di atas, terpecah pula kepada 3 bahagian: [1]. Rukun Qalbi [2]. Rukun Qauli [3]. Rukun Fi'li • Rukun Qalbi (hati) : 1. Niat 2. Tertib • Rukun Qauli (perkataan atau bacaan): 1. Takbiratul ihram (ucapan Allahu Akbar) 2. Al-Fatihah 3. Tashahud akhir 4. Selawat atas Nabi 5. Salam (yang pertama) * Lima rukun qauli di atas wajib didengari di telinga sendiri setiap lafaznya. Jika tertinggal satu huruf, wajib diulangi. Adapun bacaan sunat yang lain seperti zikir rukuk, tidak wajib didengari tetapi perlu didengari bagi mendapatkan pahala bacaan. • Rukun Fi'li (perbuatan atau pergerakan) : 1...

PENTING BERMAZHAB

Salam. Kenapa kena ada mazhab? Tak perlu guna hadis ke? Zaman Nabi tak ada mazhab. Jawapan: Mazhab ni bagi membantu orang awam untuk memahami agama/hukum syarak, untuk beramal dalam ibadat seperti solat, puasa, haji, bermuamalat, amalkan hukum munakahat, untuk qadhi jatuhkan hukum jinayat. Kita sebagai orang awam mampu baca beberapa sahaja hadis, itu pun terjemahan. Baca dan memahami hadis itu berbeza. Kita tidak mampu baca & faham & hafal berpuluh ribu matan hadis berserta sanad, kita tidak mampu tafsir al-Quran malah haram bagi orang awam menafsir al-Quran sendiri kerana tiada ilmu alat, dan macam-macam lagi kekurangan pada kita. Maka oleh kerana kita tidak cukup ilmu, wajiblah kita bertaqlid pada salah satu mazhab. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: ...فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا "..Mereka beri fatwa tanpa ilmu. Maka mereka itu sesat, malah menyesatkan orang lain (yang mengikutinya)." (Riwayat al-Bukhori : 100...

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Apakah hukum melakukan qurban? Jika berkemampuan tapi tidak buat, adakah berdosa? Jawapan: Jumhur ulamak termasuk mazhab Syafi'e berpendapat hukum berqurban adalah sunat muakkad, yakni sunat yang sangat dituntut bagi berkemampuan. Maka dapat dilihat bahawa hukumnya hampir kepada wajib. Jika sengaja tidak mahu berqurban walaupun mampu, tidak berdosa tetapi makruh hukumnya (Mughni al-Muhtaj). Malah dalam mazhab Hanafi, hukum berqurban adalah wajib bagi yang berkemampuan. Sabit sebuah hadis tentang orang yang enggan berqurban, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا "Sesiapa yang mampu tetapi tidak berqurban, maka janganlah dekati tempat solat kami." (Riwayat Ahmad : 16/466) Bagi sebuah keluarga pula, hukum berqurban adalah sunat kifayah, yakni sunat muakkad bagi salah seorang dari ahli keluarga melakukannya, maka ia sudah memadai. Bermakna jika seorang pun tidak berqurban padahal mereka ...

KAFIR BERQURBAN

Adakah orang kafir boleh ambil bahagian pada satu lembu ketika berqurban? Jawapan: Non muslim boleh ambil bahagian dalam seekor lembu tapi bukan niat qurban, kerana orang kafir tidak sah berqurban. Namun ambil bahagian pada seekor lembu itu untuk kafir itu makan atau jual maka boleh. Ini kerana unta/lembu/kerbau ada 7 bahagian, maka tidak disyaratkan niat setiap dari mereka pada seekor lembu itu mesti sama, nait yang berberbeza juga boleh. Contohnya 1 bahagian dari si fulan yang niat berqurban, 1 bahagian yang buat aqiqah, 1 bahagian yang makan sendiri (tidak niat apa-apa), dan termasuk 1 bahagan dari orang kafir sekalipun. (Matla' al-Badrain). wallahu a'lam

ADAB JUMAAT (Siri 2)

Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Kemudian apabila kamu masuk di masjid, usahalah untuk berada di saf yang awal (pertama). Jika orang sudah ramai, jangan pula kamu melangkahi bahu-bahu mereka, dan janganlah lintas di hadapan mereka yang sedang solat. Duduklah berdekatan dinding atau tiang agar orang lain tidak melintas di hadapanmu. Dan janganlah kamu duduk sebelum melakukan dahulu solat tahiyyatul masjid dan lebih baik jika dilakukan sebanyak empat rakaat. Dan pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Disebutkan dalam satu riwayat (hadis) bahawa: "Siapa yang mengerjakan yang demikian itu, dia tidak meninggal dunia kecuali setelah dia melihat tempatnya di Syurga atau orang lain akan melihatnya". Janganlah kamu meninggalkan solat tahiyyatul masjid (apabila baru masuk) walaupun imam sedang berkhutbah (tetapi secara ringkas sahaja kerana imam telah berkhutbah). Dan disunatkan kamu solat empat rakaat (sun...

UJIAN BUAT HAMBANYA

Setiap hambaNya yang mukmin & mukminat akan menerima ujian dari Allah. Jika kita terima sesuatu ujian (sama ada dalam keluarga, musibah dan lain-lain), ketahuilah sebenarnya kita mampu hadapinya, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan kita mampu hadapi kadar tahap tersebut. Tinggal kita sahaja perlu sabar dan redha untuk hadapinya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." (Surah Al-Baqarah : 286) Jika kita menerima ujian, ingatlah perkara yang buruk itu pun datang dari Allah jua. Maka setiap yang datang dari Allah pasti ada kebaikannya, sama ada tersirat atau tersurat. wallahu a'lam

KISAH QURBAN NABI ISMAIL (Siri 1)

Apabila Nabi Ismail 'alaihissalam berumur kira-kira 13 tahun, Nabi Ibrahim 'alaihissalam bermimpi sebanyak tiga kali, dan mimpi seorang Nabi itu adalah wahyu kerana walaupun matanya tertutup  waktu tidur, qalbunya tetap berjaga. Pada malam pertama, beliau bermimpi satu suara yang berkata kepadanya: "Allah perintahkan kepadamu untuk mengorbankan anakmu." Apabila pagi (8 Zulhijjah), beliau berfikir adakah mimpi ini dari Allah atau dari syaitan? Maka dinamakan hari itu "Hari Tarwiyah" yang ertinya "Hari Berfikir". Pada malam kedua, beliau mimpi yang sama, dan suara itu menambah: "Janjimu!" Apabila pagi (9 Zulhijjah), tahulah beliau bahawa mimpi itu dari Allah. Maka dinamakn hari itu "Hari Arofah" yang ertinya "Hari Mengetahuinya." Pada malam ketiga, beliau mimpi lagi yang sama. Apabila pagi (10 Zulhijjah), beliau berusaha untuk menyempurnakan penyembelihan. Maka dinamakan hari itu "Hari Nahar" atau...

KISAH QURBAN NABI ISMAIL (Siri 2)

Setelah itu, mereka berdua pun berangkatlah dari Makkah ke Mina sehingga sampai di tempat penyembelihan iaitu di antara bukit-bukit di Mina. Dalam perjalanan, mereka diganggu oleh iblis yang cuba menahan daripada melakukan perintah Allah, namun Nabi Ibrahim tetap teguh. Setibanya ditempat pnyembelihan, Nabi Ismail 'alahissalam berkata kepada ayahnya:  "Wahai ayah! Apabila engkau hendak menyembelihku, kuatkanlah ikatanmu supaya darahku tidak terkenamu kerana akan kurang nanti pahalaku." "Mati itu sakit, maka tajamkanlah parangmu supaya memberi keringanan kepadaku. Apabila engkau membaringkanku, tiarapkanlah aku kerana aku takut sekiranya engkau melihat wajahku, perasaan engkau akan menjadi belas kasihan dan tidak akan dapat menyempurnakan perintah Tuhan. Dan kembalikanlah bajuku ini kepada ibuku Hajar, semoga baju ini akan menghiburkan hatinya." Setelah itu, Nabi Ibrahim merebahkn Nabi Ismail. Ditekan leher puteranya itu dengan kuat dan dengan parang yang...