HUKUM PELIHARA BURUNG

HUKUM PELIHARA BURUNG

Apakah hukum pelihara burung dalam sangkar?

Jawapan:

Harus hukumnya kerana ia sama seperti orang yang jaga binatang ternakan dengan mengikatnya, dengan syarat dicukupkan keperluannya seperti makan minum, dan tidak menzaliminya yakni tidak menyakitkannya.

Rujukan:

• Imam Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam Fathul Bari berkata:

ﺟﻮﺍﺯ ﺇﻣﺴﺎﻙ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻔﺺ ﻭﻧﺤﻮﻩ

"Diharuskan menahan (pelihara) burung dalam sangkar dan seumpamanya." [Fathul Bari]

• Syeikh Abdul Hamid as-Syarwani di dalam Hasyiah Syarwani 'ala Tuhfatul Muhtaj berkata:

ﻭﺳﺌﻞ ﺍﻟﻘﻔﺎﻝ ﻋﻦ ﺣﺒﺲ ﺍﻟﻄﻴﻮﺭ ﻓﻲ ﺃﻗﻔﺎﺹ ﻟﺴﻤﺎﻉ ﺃﺻﻮﺍﺗﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﺄﺟﺎﺏ ﺑﺎﻟﺠﻮﺍﺯ ﺇﺫﺍ ﺗﻌﻬﺪﻫﺎ ﻣﺎﻟﻜُﻬﺎ ﺑﻤﺎ ﺗﺤﺘﺎﺝ ﺇﻟﻴﻪ ﻷﻧﻬﺎ ﻛﺎﻟﺒﻬﻴﻤﺔ ﺗُﺮﺑﻂ

"Dan al-Qaffal ditanya tentang hukum pelihara burung dalam sangkar untuk mendengar kicauannya dan selainnya. Maka dijawab bahawa ianya diharuskan apabila pemiliknya menjaga keperluan burung itu (seperti makan minum), ini kerana ianya sama sepertimana menjaga binatang ternakan yang diikat." [Hasyiah Syarwani 'ala Tuhfatul Muhtaj]

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR