Posts

Showing posts with the label Fiqh Bersuci

PIJAK SEMUT KETIKA SOLAT

TERPIJAK SEMUT KETIKA SOLAT Jika tengah solat saya terpijak semut dan ia mati, sah tak solat? Adakah bangkai semut termasuk ketegori najis yang dimaafkan? Jawapan: Semua jenis bangkai tidak dimaafkan di dalam solat termasuklah bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya seperti bangkai semut, cicak, cacing, lalat, lebah dan seumpamanya. Berbalik kepada soalan, jika seseorang menanggung mahupun berhubung (bersentuh) pada tubuhnya atau pakaiannya akan najis dari bangkai binatang, termasuklah binatang yang tidak mengalir darah seperti bangkai semut sekalipun, maka batallah solatnya kerana dikira menanggung najis. Tetapi jika dia segera mengalihkan najis itu serta-merta maka tidak batal. Umpamanya bangkai semut atau najis burung terjatuh pada kain selendang/rida' ketika solat, lalu dengan serta-merta dia buangkan atau jatuhkan kain itu dari tubuhnya, maka ketika itu solatnya sah. Namun jika lewat sekira-kira melepasi kadar thomakninah (dalam 2 - 3 saat) maka bata...

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH Jika sentuh anjing atau babi dalam keadaan kering sama kering (kita kering, ia kering), adakah perlu sertu/samak? Jawapan: Jika sama kering, tidak perlu disertu/samak, kerana suatu yang kering itu tidak boleh berpindah najis melainkan basah salah satu pihak. Namun ini bukanlah bermakna boleh menyentuhnya dengan sengaja walaupun tidak perlu disertu. Jika salah satu pihak atau kedua-dua pihak basah, barulah berpindas najis dan wajib disertu/samak dengan 7x siraman air, dengan salah satunya daripada air campuran tanah. 1x air campuran tanah + 6x air mutlak = Maka sucilah ia dari najis mughollazoh (najis berat). Rujukan: • Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ﻃَﻬُﻮﺭُ ﺇِﻧَﺎﺀِ ﺃَﺣَﺪِﻛُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻭَﻟَﻎَ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟْﻜَﻠْﺐُ، ﺃَﻥْ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻪُ ﺳَﺒْﻊَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﺃُﻭﻟَﺎﻫُﻦ ّﺑِﺎﻟﺘُّﺮَﺍﺏَ "Menjadi suci sebuah bekas (milik) salah seorang antara kamu apabila anjing menjilatnya, iaitu dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan (campuran) t...

TAPAK TANGAN BERLAPIK

Hukum "Muka & Tangan" Oleh: Ustaz Haidzir Hussin Soalan: Ustaz anak saya bgtau. masa sujud dlm solat, tapak tgn tak boleh berlapik dgn kain telekong. Betul ke mcm tu ustaz? Jawapan: Tak betul tu. Anggota sujud yang tak boleh berlapik ketika sujud ialah dahi saja. Itu pon bukan seluruh dahi wajib kena lantai, sebahagian saja.. Perkara berkaitan muka dengan tapak tangan ni banyak. Ianya kena diperincikan. Ramai ustaz/ustazah tak mahir perkara ni. Contoh: Muka dan tapak tangan adalah: i. Bukan aurat wanita dlm solat. ii. Boleh dilihat ketika meminang. • Muka boleh dilihat ketika wanita menjadi saksi muamalah, tapi bukan dengan tangan sekali. • Perut tapak tangan lelaki dan perempuan apabila menyentuh kemaluan membatalkan wudhu. Tiada kaitan dengan muka. • Dalam bab tayammum; anggotanya ialah muka dan tangan hingga ke siku. • Dalam bab hudud, jika sabit kesalahan mencuri; dipotong di pergelangan tangan. Tiada kaitan dengan muka pon. Ini dan banyak lagi ...

MANDI WAJIB DALAM KOLAM

Bolehkah mandi wajib di dalam swimming pool atau kolam air? Jawapan: Boleh dan sah, asalkan air kolam itu tidak kurang dari 2 qullah, dan tiada najis yang mengubahkan bau atau rasa atau warna pada air itu. Rujukan: Dalam Fathul Mu'in karangan Syeikh Zainuddin al-Malibari: "(Apabila mandi wajib dalam kolam air maka) terhasil (pahala sunat) di dalam air yang tenang dengan (cara) digerak-gerakkan semua anggota badannya sebanyak tiga kali." [Fathul Mu'in] Dalam Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Arsyad al-Banjari: "Dan jikalau mandi (wajib) seorang dengan menyelam ke dalam air yang mengalir (seperti sungai) maka memadai ia (untuk mendapatkan sunat) pada menigai (sunat tiga kali) itu (dengan cara) lalu (yakni mengalir) atasnya tiga jerih air." [Sabilal Muhtadin] wallahu a'lam

AIR MUSTAKMAL

Bahagian air yang ke-3 dinamakan air mustakmal, iaitu bekas atau sisa air yang jatuh/terpisah selepas dari basuhan kali pertama (basuhan wajib) yang digunakan untuk bersuci, yakni bersuci bagi: 1. Mengangkat hadas kecil - yakni berwudhu' 2. Mengangkat hadas besar - yakni mandi wajib (kerana berjunub atau haidh atau nifas atau wiladah) 3. Membasuh najis - seperti najis hukmi yang tidak nampak dengan mata kasar Hukum air mustakmal adalah: "Airnya suci (tidaklah najis) namun tidak sah dibuat bersuci (tidak sah guna untuk wudhu', mandi wajib & basuh najis)." Contoh terjadi air mustakmal: 1. Kita mengetahui bahawa basuhan kali pertama pada keseluruhan anggota wudhu' pada muka, tangan, kepala & kaki adalah basuhan yang wajib (rukun), manakala basuhan ke-2 dan ke-3 pada angota tersebut adalah sunat, bermakna sisa air yang jatuh/terpisah/menitis selepas dari basuhan kali pertama (basuhan wajib) adalah dihukum air mustakmal. Adapun titisan air yang jatu...

AIR SABUN TERMASUK DALAM BALDI

Ada yang kata jika mandi wajib perlu air mutlak, maka jika air tadahan dalam baldi tersebut terkena sedikit air sabun, adakah air tu dah tak jadi air mutlak dan jadi air mustakmal? Dan tak boleh buat  untuk mandi wajib? Jawapan: Jika termasuk sikit-sikit air sabun dalam baldi tak apa, melainkan jika banyak sangat termasuk air sabun sehingga satu baldi itu berbau air sabun, atau keseluruhan air jadi berbuih sabun, dan bila orang tengok pun akan berkata "ni air sabun ni", maka ketika itu barulah tidak  boleh diguna air dalam baldi itu, kerana ia telah dihukum sebagai air Mutaghoyyir (air yang bercampur sesuatu yang suci yang telah mengubahkan salah satu dari 3 sifat air sehingga hilang panggilan air mutlak pada air tersebut). wallahu a'lam

HUKUM WANITA HAIDH BERWUDHUK

Kita lihat dulu hukum berwudhuk bagi wanita yang berjunub (bersetubuh atau keluar mani). Dalam Hasyiah al-Jamal karangan Syeikh Sulaiman al-Jamal, dinyatakan bahawa lelaki dan wanita yang dalam keadaan junub dianjurkan berwudhuk dalam beberapa keadaan, yakni: 1. Sebelum tidur 2. Sebelum makan 3. Sebelum minum 4. Sebelum berjima', dan sebagainya. Berkenaan hukum berwudhuk bagi wanita haidh pula, boleh merujuk kenyataan Imam an-Nawawi di bawah: Dalam Syarah Sohih Muslim, Imam an-Nawawi menyatakan bahawa wanita yang haidh dan nifas (yang darahnya masih mengalir dan belum kering) tidak disunatkan untuk berwudhuk, kecuali jika darahnya telah berhenti (sudah kering namun belum mandi wajib), maka dianjurkan untuk berwudhuk. Ini kerana, wanita yang telah berhenti (kering) darahnya sama sahaja (hukum) seperti wanita yang berjunub (yang disunatkan berwudhuk dalam beberapa keadaan). Kesimpulannya, wanita haidh & nifas yang belum kering darahnya tidak disunatkan berwuduk, mala...

SEDAR PAKAIAN BERNAJIS SELEPAS SOLAT

Jika selepas solat, saya tersedar pakaian saya terdapat najis, adakah perlu saya ulangi solat semula? Tapi sebelum solat, memang saya tidak sedar. Jawapan: Apabila selepas solat dia sedar terdapat najis yang tidak dimaafkan pada pakaiannya atau badannya, dan dia yakin najis itu sudah wujud ketika solat dilakukan, maka menurut mazhab Syafi'e solatnya wajib diulangi, ini kerana solat ketika menanggung najis tidaklah sah dan wajib diulangi, walaupun diketahuinya selepas solat. Sama juga keadaannya jika selepas solat dia menyedari pakaiannya terdapat lubang koyakan sehingga menampakkan auratnya, maka wajib diulangi solatnya kerana tidak sah solat orang yang terbuka aurat walaupun hanya disedari selepas solat. Walaubagaimanapun, jika dia tidak yakin najis itu atau keterbukaan aurat itu terjadi ketika solat dilakukan, umpamanya dia dapat merasakan boleh jadi najis itu wujud selepas dari solat, kerana sudah berlalu masa yang lama ketika disedarinya, maka dia tidak wajib mengulangi...

SUCI KETIKA SUJUD SYUKUR

Bolehkah sujud syukur tanpa wudhu'? Jawapan: Semua jenis sujud wajib dalam keadaan berwudhu, yakni suci dari hadas kecil dan besar. Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Raudhoh at-Tholibin (1/190) berkata: يحرم على المحدث جميع أنواع الصلاة، والسجود، والطواف، ومس المصحف "Haram bagi orang yang berhadas melakukan semua jenis solat, sujud, thowaf dan menyentuh mushaf (al-Quran)." [Raudhoh at-Tholibin] Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam Minhajul Qawim (1/31) berkata: ويحرم بالحدث الصلاة إجماعًا ونحوها كسجدة تلاوة وشكر وخطبة جمعة وصلاة جنازة. والطواف, ولو نفلا لأنه صلاة كما في الحديث ،وحمل المصحف ومس ورقه وحواشيه وجلده المتصل به "Haram bagi orang yang berhadas melakukan solat (dan pendapat ini) dengan ijmak (ulamak), termasuk yang semisalnya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah jumaat, solat jenazah, thowaf sekalipun thowaf sunnat seperti yang dinyatakan dalam hadis, membawa mushaf (al-Quran), menyentuh kertasnya, hasyiahnya, dan kulit (kitab Al-Qur...

BERKENAAN HUKUM ANJING

ANJING : HUKUM PELIHARA, JUAL BELI & BERSUCI Apakah hukum membela anjing bagi menjaga kebun, dan bagaimana kita nak mengendalikannya jika terkena anjing tersebut. Jawapan: Ulamak bersepakat (ijmak) bahawa diharamkan pelihara anjing jika tanpa hajat. Apabila seseorang membelanya kerana berasa tertarik pada anjing, menurut Imam an-Nawawi hukumnya adalah haram tanpa khilaf ulamak. Malah pahala amal orang yang membela anjing tersebut akan terhakis (berkurangan) sebanyak dua qiroth (sebesar gunung) pada setiap hari. Namun ulamak memberikan kelonggaran untuk menggunakan anjing jika ada hajat (keperluan). Hajat yang dibenarkan adalah: 1. Menjaga kebun 2. Menjaga ternakan binatang 3. Berburu 4. Menjaga rumah (yakni hartanya), dan seumpamanya Cuma bagi menjaga harta rumah, tidak boleh meletaknya di dalam rumah, tetapi meletaknya di belakang rumah kerana sabit di dalam hadis bahawa malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke rumah yang didalamnya terdapat anjing. Perlu diberi perh...

WUDHUK APABILA SENTUH BUKAN MAHRAM

Berikan pencerahan sentuh bukan mahram yang boleh membatalkan wudhu. Jawapan: Dalam mazhab Syafi'e, menyentuh kulit bukan mahram tanpa lapik membatalkan wudhu', termasuk pasangan suami/isteri, sama ada sengaja atau tidak, bersyahwat ataupun tidak, tetap batal. Namun jika berlapik, tidak batal walaupun lapikannya nipis. Adapun gigi, kuku dan rambut juga tidak batal apabila disentuh kerana ia bukanlah kulit. Bagaimana pula dengan lidah? Menurut TG Hj Halim Sa'ad, menyentuh lidah juga membatalkan wudhu'. Adapun menyentuh yang mahram (orang yang haram kahwin) tidak batal wudhu seperti ahli keluarga kandung. Walaupun hukum ini khilaf di kalangan ulamak mazhab, namun tidak semudahnya kita beralih kepada pendapat yang mengatakan tidak batal, kerana ia boleh membawa kepada tidak sahnya ibadat wudhuk tersebut, dek kerana telah mencampurkan dua mazhab dalam satu-satu ibadat (rukun wudhu menggunakan mazhab Syafi'e dan perkara yang batalkan wudhu menggunakan mazhab Hanafi...

MANDI HADAS DALAM SUNGAI/KOLAM AIR

Hukumnya sah. Sama ada dia mandi dalam air yang tenang (seperti kolam air) atau air yang mengalir (seperti sungai). Tapi jika dalam kolam mandi, mestilah kolam air itu melebihi 2 qullah (228 liter). Jika tidak sampai 2 qullah, air itu akan menjadi mustakmal apabila dibuat untuk mandi wajib. Cuma berbalik pada syarat sah mandi wajib, iaitu menyampaikan air pada seluruh anggota yg zohir (luaran) seperti keseluruhan rambut, bulu-bulu, bawah kuku, lubang telinga yang zohir (had yang sehinga boleh dimasuki jari), termasuk celah punggung dan zohir dubur (lubang tempat keluar najis yang fleksibel itu), yakni wajib dibukakan sedikit (diteran sedikit) dan dikenakan air padanya. Kata TG Abd Halim Saad, ramai yang tidak sah mandi wajib kerana tidak membasuh bahagian zohir dubur tersebut (tempat keluar najis). Manakala pada rambut pula, jika ia disanggul wajib dibuka sanggulnya agar dikenakan air. Adapun anggota yang batin (dalaman) sahaja tidak wajib dikenakan air, seperti lubang telinga yang...

HUKUM BASMALAH SEBELUM WUDUK

PANDUAN HUKUM: HUKUM MEMBACA BASMALAH SEBELUM BERWUDUK Ditulis oleh : Alyasak bin Berhan (Pegawai Agama Negeri Sembilan) Imam al-Syafi‘i rahimahullahu Taala berkata : وَأُحِبُّ لِلرَّجُلِ أَنْ يُسَمِّيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فِي ابْتِدَاءِ وُضُوئِهِ فَإِنْ سَهَا سَمَّى مَتَى ذَكَرَ وَإِنْ كَانَ قَبْلَ أَنْ يُكْمِلَ الْوُضُوءَ وَإِنْ تَرَكَ التَّسْمِيَةَ نَاسِيًا أَوْ عَامِدًا لَمْ يَفْسُدْ وُضُوءُهُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى “ Aku suka  bagi seorang lelaki menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla pada permulaan wuduknya. Maka jika dia lupa, diucapkannya bila dia ingat dan jika ada ia sebelum sempurna wuduknya (sebelum selesai wuduknya). Dan jika dia meninggalkan ucapan Basmalah dalam keadaan lupa atau sengaja, nescaya  tidak rosak (tidak batal) wuduknya  Insya Allah (Al-Um 67/2). Sehubungan itu, hukum membaca Basmalah pada permulaan wuduk adalah sunat di sisi Mazhab Syafi'i, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan pendapat yang lebih jelas dalam Mazhab Hanbali. J...