SUCI KETIKA SUJUD SYUKUR

Bolehkah sujud syukur tanpa wudhu'?

Jawapan:
Semua jenis sujud wajib dalam keadaan berwudhu, yakni suci dari hadas kecil dan besar.

Rujukan:

Imam an-Nawawi di dalam Raudhoh at-Tholibin (1/190) berkata:

يحرم على المحدث جميع أنواع الصلاة، والسجود، والطواف، ومس المصحف

"Haram bagi orang yang berhadas melakukan semua jenis solat, sujud, thowaf dan menyentuh mushaf (al-Quran)." [Raudhoh at-Tholibin]

Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam Minhajul Qawim (1/31) berkata:

ويحرم بالحدث الصلاة إجماعًا ونحوها كسجدة تلاوة وشكر وخطبة جمعة وصلاة جنازة. والطواف, ولو نفلا لأنه صلاة كما في الحديث ،وحمل المصحف ومس ورقه وحواشيه وجلده المتصل به

"Haram bagi orang yang berhadas melakukan solat (dan pendapat ini) dengan ijmak (ulamak), termasuk yang semisalnya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah jumaat, solat jenazah, thowaf sekalipun thowaf sunnat seperti yang dinyatakan dalam hadis, membawa mushaf (al-Quran), menyentuh kertasnya, hasyiahnya, dan kulit (kitab Al-Quran) yang melekat dengannya." [Minhajul Qawim]

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR