Posts

Showing posts with the label Fiqh Solat Berjama'ah

MUAFIQ

MUAFIQ Saya makmum muafiq. Ketika solat berjemaah, imam baca cepat sangat lalu terus rukuk. Lepas saya selesaikan Fatihah, sy pun rukuk tapi berselisih pula dengan imam (saya turun rukuk, imam naik). Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab berselisih itu. Jawapan: Sebelum dibahas, perlu difahami dulu hukum sama ada kita makmum muafiq ataupun masbuq. Muafiq: Jika makmum itu muafiq, dia wajib habiskan Fatihahnya walaupun imam telah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya sehingga 3 rukun panjang yakni rukuk, sujud pertama dan sujud kedua, ataupun boleh juga mengatakan 5 rukun (rukun panjang + rukun pendek) yakni rukuk, iktidal, sujud pertama, duduk antara 2 sujud dan sujud kedua. Maksudnya dia diberi masa untuk habiskan al-Fatihahnya sehingga imam sujud kedua. Ketika imam sedang sujud kedua sekalipun, muafiq itu perlu teruskan bacaan Fatihahnya, asalkan imam belum lagi masuk pada rukun ke-4 (yakni sebelum imam berdiri tegak di rakaat seterusnya atau sebelum imam...

MASBUQ DAPAT RAKAAT

MASBUQ DAPAT RAKAAT Bagaimana cara makmum masbuq mendapat rakaat? Jawapan: Saya jelaskan dahulu tentang paras sekurang-kurang rukuk: Had sekurang-kurang rukuk adalah apabila tapak tangannya mampu mencapai kepala lututnya, walaupun belakang badannya masih belum sempurna lurus, maka ia dikira sekurang-kurang bagi rukuk dan sah rukuknya. Dan tidak memadai rukuknya jika paras jarinya sahaja yang sampai pada kepala lutut dan bukan tapak tangannya. Namun rukuk yang paling sempurna adalah sunat dibongkokkan belakang badannya hingga lurus, sekira-kira jika diletakkan papan maka luruslah papan tersebut. (Fathul Mu'in) Maka berbalik pada soalan: Jika masbuq itu sempat rukuk bersama-sama imam dengan kadar thomakninah, sebelum imamnya sempat bangkit melepasi dari had sekurang-kurang rukuk, maka masbuq itu dikira mendapat rakaat. Tetapi jika makmum tidak sempat rukuk dengan kadar thomakninah, sedangkan imamnya telahpun bangkit melepasi had sekurang-kurang rukuk, maka makmum masbuq...

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ Saya masuk berjemaah dalam keadaan masbuq ketika imam sedang duduk tahiyat awal. Adakah saya perlu menunggu sehingga imam bangun berdiri baru saya masuk berjemaah, ataupun terus takbiratul ihram dan ikut duduk tahiyat awal? Jawapan: Lebih afdhal takbiratul ihram dan terus mengikut pergerakan imam, sama ada imam sedang duduk atau rukuk atau sujud, dalam kes ini makmum hendaklah terus duduk tahiyat awal. Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam : “Jika salah seorang dari kamu masuk dalam solat berjama’ah, dan imam sedang dalam satu keadaan (kedudukan), maka lakukanlah apa yang dilakukan oleh imam.” Perlu diingatkan juga bahawa makmum perlu takbiratul ihram dalam keadaan tenang tanpa tergopoh-gapah, kemudian barulah mengikut pergerakan/kedudukan yang sedang dilakukan imam. Takbiratul ihram juga mestilah dilakukan dalam keadaan tegak berdiri sehingga selesai ucap Allahu Akbar, tidak sah jika takbiratul ihram sambil sedang turun duduk atau turun r...

MUAFIQ

Ketika solat berjemaah, imam baca cepat, ketika tu saya sempat  baca al-fatihah sampai habis, saya tengok imam dah rukuk, tapi sy rukuk berselisih dengan imam, tapi saya muafiq. Adakah saya perlu tambah satu rakaat lagi sebab dengan selisih itu. Jawapan: Jika muafiq, wajib habiskan al-Fatihahnya walaupun imam dah rukuk, dia dimaafkan ketinggalan dari imamnya hingga 3 rukun panjang (rukuk, sujud pertama & sujud kedua). Imam dah sujud kedua pun, muafiq masih boleh lagi berdiri baca al-Fatihah, asalkan imam belum masuk rukun ke-4 (sama ada imam dah tegak berdiri rakaat seterusnya atau imam dah sempurna duduk tahiyyat akhir). Adapun bagi makmum masbuq, bila imam dah rukuk tapi masbuq belum habis al-Fatihah, wajib tinggalkan al-Fatihahnya dan terus ikut imam rukuk untuk dapatkan rukuk bersama-sama imam. Jika berselisih (imam bangun, masbuq baru turun), maka hangus rakaat itu dan perlu tambah lagi 1 rakaat. (Munyatul Musolli) Kaedah muafiq dan masbuq ni berbeza, jadi kena tah...

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT

HARI RAYA BERTEPATAN HARI JUMAAT Adakah wajib solat Jumaat jika hari raya adha atau fitri jatuh pada hari Jumaat? Jawapan: Menurut mazhab Syafi'e, tetap diwajibkan Jumaat bagi mereka yang wajib Jumaat. Adapun kelonggaran meninggalkannya hanya bagi penduduk kawasan pendalaman, seperti kampung yang jauh dengan kota/bandar, kerana akan menyulitkan mereka keluar ke bandar berulang kali bagi menghadiri solat raya waktu pagi dan solat Jumaat pula waktu Zohor. Namun jika mereka tinggalkan Jumaat, mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Adapun bagi golongan pendalaman yang tidak hadir pun solat raya waktu pagi, maka tidak timbul kesulitan yang berulang, oleh itu diwajibkan bagi mereka solat Jumaat. [al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Bughyatul Mustarsyidin] Cuma mungkin tidak ramai golongan yang digugurkan Jumaat ini, kerana realitinya di Malaysia hampir setiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang membolehkan mereka pergi dengan mudah. Dalil bagi mazhab Syafi...

WAKTU AFDHAL SOLAT AIDIL ADHA

Tunaikanlah Solat Sunat Idil-Adha Tepat Pada "Waktu Afdhal" ia didirikan Oleh: Ustaz Haidzir Hussin ﭐﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﭐﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ Berkata penyusun "ﻣﻄﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭﻳﻦ" : "(Dan waktu) keduanya daripada naik matahari, tetapi sunat dita'khirkan dia hingga naik matahari segalah, dan berkekalanlah waktunya hingga gelincir matahari." Penerangan: Penyusun menerangkan tiga perkara iaitu: Bilakah masuk waktu solat hari raya, bilakah waktu yang afdhal kita mendirikannya, dan bilakah berakhirnya waktu untuk solat sunat raya itu. Sebagai memudahkan kefahaman, saya pecahkan begini: i. Waktu masuk : "Syuruq" (terbit matahari) (yakni selepas tamat waktu isyraq) ii. Waktu afdhal : Matahari dah naik segalah iaitu 27 minit selepas "syuruq" iii. Penghujung atau akhir waktu : Dengan masuknya waktu zuhur. Sama samalah kita berdoa' agar kita dapat menunaikan solat idil-Adha mulai tahun ini tepat pada waktu su...

SILAP WAKTU SOLAT

Apakah hukum seseorang yang menyangka masih waktu Maghrib padahal telah waktu Isyak, lalu dia pun melakukan solat Maghrib dengan niat tunai di belakang imam yang sangkaanya solat Maghrib padahal imam solat Isyak. Jawapan: Huraiannya terbahagi kepada 3 pecahan: 1. Hukum niat tunai (ada'an) ketika luar waktunya 2. Hukum imam dan makmum berbeza niat 3. Hukum solat makmum yang kurang dari rakaat imam (imam 4 rakaat & makmum 3 rakaat) 1. Hukum musolli yang niat tunai padahal dia solat di luar waktunya, solatnya sah jika tidak sengaja seperti sangkaannya masih di dalam waktu. Adapun jika sengaja, batal solatnya kerana dianggap bermain-main. • Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu'in (1/45) berkata:  ﻭﺍﻷﺻﺢ ﺻﺤﺔ ﺍﻷﺩﺍﺀ ﺑﻨﻴﺔ ﺍﻟﻘﻀﺎﺀ ﻭﻋﻜﺴﻪ ﺇﻥ ﻋﺬﺭ ﺑﻨﺤﻮ ﻏﻴﻢ، ﻭﺇﻻ ﺑﻄﻠﺖ ﻗﻄﻌﺎ ﻟﺘﻼﻋﺒﻪ. "Menurut qaul yang asoh (sohih), sah solat tunai tapi diniatkan qadha' atau sebaliknya (solat itu qadha' tapi diniatkan tunai) apabila terdapat keuzuran (tidak sengaja) seper...

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD Oleh: Ustaz Fuad Bin Ismail (Jordan) Di manakah posisi kaki yang betul ketika berdiri tegak untuk solat? Jawapan: Bagi Mazhab Syafi'i : Direnggangkan kedua-dua kaki sekadar sejengkal. Makruh merapatkan kedua-dua kaki jika tiada keuzuran kerana ia membebankan iaitu menganggu kekhusyukan solat. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu) Kedudukan kaki ini tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan, berseorangan atau berjemaah juga, sama ada imam atau makmum. [Majalah Al-Ustaz, Isu 60] ========= Bagi posisi kaki ketika sujud, ada khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengatakan sunat rapat antara kedua kaki, ada yang mengatakan sunat renggang. Tapi menurut mazhab Syafi'e, sunat direnggangkan kadar sejengkal bagi lelaki (Munyatul Musolli) dan sunat dirapatkan bagi wanita (Sohih Sifat Solat Nabi). wallahu a'lam

POSISI BERJEMAAH BAGI WANITA

Kedudukan wanita ketika solat berjemaah 1 • Imam wanita dan seorang makmum wanita: Jika imam wanita berjemaah dengan seorang makmum sahaja, maka kedudukan makmum itu sama seperti dua orang lelaki berjemaah, yakni di sebelah kanan dan kebelakang sedikit. Dr. Karim Zaidan di dalam al-Mufassol (1/254) berkata: "Jika seorang wanita menjadi imam kepada wanita yang lain, maka berdirilah makmum wanita itu disebelah kanan imamnya sepertimana seorang lelaki bersama imam." [al-Mufassol] 2 • Imam wanita bersama dua atau lebih makmum wanita : Jika dua orang atau lebih makmum wanita, maka mustahab (disunatkan) bagi imam wanita itu berdiri di tengah-tengah di antara para makmum wanita. Dalil kedudukan ini berdasarkan dari perbuatan Saidatina 'Aisyah dan Ummu Salamah R.A yang diriwayat dari Imam al-Baihaqi. Rujukan: • Hukum Hakam Solat Berjemaah (Ustaz Haidzir Hussin) • Bughyatut Thullab (Syeikh Daud al-Fathoni) Wallahu a'lam

IMAM ANAK MUMAYYIZ

IMAM ANAK MUMAYYIZ Adakah sah anak yang belum baligh tapi sudah mumayyiz menjadi imam kepada orang dewasa? Jawapan: Sah, asalkan sudah mumayyiz, yakni dapat membezakan baik dan buruk dan boleh melakukan beberapa perkara dengan sendiri seperti makan, minum dan lain-lain, dalam sekitar 7 tahun ke atas sehingga baligh. Rujukan: Sayyid Abu Bakar Syatho di dalam I'anah at-Tholibin (2/56) berkata: تنبيه - تصح أيضا قدوة الكامل بالصبي، لأن عمرو بن سلمة - بكسر اللام - كان يؤم قومه على عهد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وهو ابن ست أو سبع سنين - كما رواه البخاري "Tanbih - Sah juga qudwah (ikutan) orang dewasa dengan kanak-kanak lelaki (sebagai imam), kerana 'Amr bin Salamah pernah menjadi imam pada kaumnya ketika zaman Rasulullah sollallaahu 'alaihi wa sallam ketika usianya 6 atau 7 tahun, sepertimana riwayat dari al-Bukhari." [I'anah at-Tholibin] Wallahu a'lam

IMAM NIAT IMAMAN

Adakah sah jika seorang imam terlupa niat "imaman" atau "sebagai imam" ketika takbiratul ihram? Jawapan: Jika imam terlupa berniat imam, contohya dia hanya berniat "aku solat fardhu zohor",  maka solat imam itu masih sah, ini kerana niat sebagai imam tidaklah wajib tetapi hukumnya sunat. Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat fadhilat (pahala) berjemaah apabila tidak berniat imam, dan hanya mendapat fadhilat berjemaah selepas dia mula berniat imam. Bermakna, lebih lewat dia berniat imam, semakin kurang pahala berjemaahnya. Hukum sunat berniat imam ini hanya bagi solat fardhu selain fardhu jumaat. Adapun bagi solat fardhu Jumaat, imam mahupun makmum wajib berniat "imam" atau "makmum" ketika takbiratul ihram (takbir memulakan solat), kerana syarat sah bagi solat jumaat adalah dalam berjemaah. Maka jika terlupa berniat, tidak sah solat Jumaatnya dan wajib takbiratul ihram semula. Rujukan: Dalam Matla' al-Badrain karangan Syeik...

HUKUM BERI SALAM SERENTAK DENGAN IMAM

Apa hukum makmum beri salam serentak dengan imamnya? Jawapan: Lafaz salam yang wajib sekurang-kurangnya adalah "Assalamu'alaikum", manakala "wa rahmatullah" adalah sunat. Maka apabila makmum memberi salam serentak dengan imamnya pada lafaz yang wajib, umpamanya imam baru sahaja mengucapkan "Assalamu.." sedangkan makmum sudah pun memberi salam, maka solat makmum tidak batal namun hukumnya adalah makruh bahkan menghilangkan fadhilat berjemaah. Dihukum makruh kerana imam belum lagi selesai memberi salam  yang pertama, maka dikira serentak dengan imamnya pada memberi salam. Maka pastikan imam sudah memberi salam yang pertama, barulah makmum dibolehkan memberi salam. Hukum ini berbeza pada masalah takbiratul ihram, kerana apabila makmum serentak dengan imamnya ketika takbiratul ihram maka batallah solat makmum. Adapun serentak dengan imam ketika memberi salam hukumnya makruh seperti yang dinyatakan di atas. Adapun makmum beri salam lebih awal dari i...

BERJEMA'AH MASJID ATAU DI RUMAH ?

SOLAT BERJEMAAH DI MASJID ATAU DI RUMAH BERSAMA ISTERI LEBIH AFDHAL? Oleh: Ustaz Aziz Kanun Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7) Soalan: As salam ustaz saya nak tanya..mana lebih afdal suami solat berjemaah bersama isteri di rumah @ suami solat berjemaah di surau/masjid? Jawapan kami: Mengikut mazhab Syafie, solat berjemaah merupakan fardhu kifayah ke atas ahli kariah, dengan maksudnya berdosalah satu kampung jika tiada satu pun solat berjemaah didirikan. Dan ia merupakan sunat muakkad bagi setiap individu lelaki yang akil baligh dan bermuqim. [Kifayah al akhyar: jilid 1/ms 81] Untuk orang lelaki adalah lebih afdhal menunaikan solat berjemaah itu di masjid atau surau (berbanding berjemaah di rumah) Dalam satu hadis riwayat Ibn Mas’ud, beliau menjelaskan; ولو صليتم في بيوتكم لتركتم سنة نبيكم، واذا تركتم سنة نبيكم لضللتم...او نحوه “Sekiranya kamu semua bersolat di rumah-rumah kamu, nescaya kamu telah meninggalkan jalan petunjuk nabi kamu, bila kamu meninggal...

SITUASI MAKMUM JIKA IMAM TELAH BERI SALAM

Soalan: Adakah makmum boleh teruskan bacaan tahiyyat akhir jika imam telah beri salam? Jawapan: Hukumnya boleh, kerana apabila imam telah memberi salam maka terputuslah hubungan antara imam dan makmumnya. Maka makmum boleh teruskan bacaan tahiyyat (tasyahud) akhirnya hingga selesai, dan boleh juga berdoa sebelum salam. Rujukan: Dr.Hassan al-Saqqaf berkata: "Bagi makmum yang muwafiq (yang akan beri salam bersama imam), dia boleh memanjangkan duduknya untuk berdoa mengikut kehendaknya, sekalipun imamnya telah selesai salam. Kerana tiada pula hadis yang menyebut: "Jika imam selesai salam, maka segeralah beri salam." Selain itu, perhubungan antara makmum dan imamnya telah terputus setelah imam mengucapkan salam yang pertama." [Sohih Sifat Solat Nabi] Imam an-Nawawi berkata: "Jika kita mengatakan memberi salam yang kedua adalah sunat, maka salam kedua tersebut berlaku setelah selesai mendirikan solat, dan ianya (salam kedua) tidak termasuk di dalam solat....