POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD

Oleh: Ustaz Fuad Bin Ismail (Jordan)

Di manakah posisi kaki yang betul ketika berdiri tegak untuk solat?

Jawapan:

Bagi Mazhab Syafi'i : Direnggangkan kedua-dua kaki sekadar sejengkal. Makruh merapatkan kedua-dua kaki jika tiada keuzuran kerana ia membebankan iaitu menganggu kekhusyukan solat. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu)

Kedudukan kaki ini tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan, berseorangan atau berjemaah juga, sama ada imam atau makmum.

[Majalah Al-Ustaz, Isu 60]

=========

Bagi posisi kaki ketika sujud, ada khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengatakan sunat rapat antara kedua kaki, ada yang mengatakan sunat renggang.

Tapi menurut mazhab Syafi'e, sunat direnggangkan kadar sejengkal bagi lelaki (Munyatul Musolli) dan sunat dirapatkan bagi wanita (Sohih Sifat Solat Nabi).

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR