Posts

Showing posts with the label Fiqh Puasa

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu (dengan melakukan maksiat) dalam empat bulan itu." (At-Taubah : Ayat 36) Menurut Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir, dosa yang dilakukan pada 4 bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab) akan lebih berganda berbanding bulan lain, sama sepertimana berganda dosanya jika perbuatan maksiat itu dilakukan di tanah haram berbanding di tempat lain. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻠَﺎﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞ "Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah (puasa) di bulan All...

HADIS BAB SAHUR

Beberapa hadis tentang bersahur: Hukum bersahur adalah sunat muakkad - sangat dituntut. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam sangat mengharapkan kita bersahur. Orang zaman dulu akan mewajibkan diri mereka untuk bangun sahur. Walaupun ia tidak wajib dari segi hukum, tetapi diwajibkan dari segi amaliahnya (amalan mereka sendiri). Hikmah bersahur bukan hanya mendapat pahala, tetapi keberkatan tersebut dari segi kemampuan untuk hadapi puasa dan rajin beribadah di siang hari. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." (Riwayat al-Bukhori : 1923) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Makanan sahur ada keberkatannya, janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla dan para malaikat-Nya memberi selawat kepada orang yang bersahur." (Riwayat Imam Ahmad : 11003) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Manfaatkanlah maka...

KELEBIHAN HARI 'ASYURA (10 MUHARRAM)

KELEBIHAN HARI 'ASYURA (10 MUHARRAM) Perbanyakkan puasa pada bulan Muharram, sabit dari hadis bahawa puasa yang paling afdhal selepas Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Muharram. Dan hari yang terlebih afdhal dalam bulan Muharram tersebut adalah pada hari ke-10 (hari 'Asyura), kerana berpuasa padanya akan dihapuskan dosa selama setahun yang lalu, dengan rahmatNya pada kita yang pendosa ini. Dan disunatkan pula untuk digabungkan 10 Muharram itu dengan berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau selepasnya (11 Muharram) agar dapat dibezakan puasa tersebut dengan orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Dan lebih utama adalah berpuasa pada 3 hari berturut-turut (9, 10, 11). Turutan afdhal puasa hari 'Asyura menurut ulamak: 1. Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram 2. Berpuasa 9 & 10 Muharram 3. Berpuasa 10 & 11 Muharram 4. Berpuasa 10 Muharram sahaja Sebahagian 'ulamak (seperti mazhab Hanafi) mengatakan makruh berpuasa tunggal 10 Muharram sahaja, k...

KELEBIHAN HARI 'AROFAH

1.Hapus dosa setahun lalu dan setahun akan datang (2 tahun). • Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَ "Bagi yang berpuasa pada hari 'Arofah (9 Zulhijjah), aku berharap ke atas Allah agar dihapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." (Riwayat Muslim) 2. Perbanyakkan berdoa pada hari ini: • Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺩﻋﺎﺀ ﻳﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ "Seafdhal doa adalah berdoa pada hari 'Arofah (9 Zulhijjah)." (Riwayat Imam Malik: 500, dalam al-Muwattho') 3. Zikir/kalimah yang paling afdhal pada hari ini: • Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣَﺎ ﻗُﻠْﺖُ ﺃَﻧَﺎ ﻭَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻴُّﻮْﻥَ ﻋَﺸِﻴَّﺔَ ﻋَﺮَﻓَﺔَ : ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻻَ ﺷَﺮِﻳْﻚَ ﻟَﻪُ ، ﻟَﻪُ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭَ ﻟَﻪُ ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ ، ﻭَ ﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳْﺮ "Seafdhal kalimah yang aku ucapkan dan (ka...

HAK ISTERI KE ATAS SUAMINYA

Ada seorang wanita datang kepada Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam lalu bertanya: ما حق الزوج على امرأته فقال : " لا تمنعه نفسها وإن كانت على ظهر قتب ، ولا تعطي من بيته شيئا إلا بإذنه ، فإن فعلت ذلك كان له الأجر ، وعليها الوزر ، ولا تصوم يوما تطوعا إلا بإذنه ، فإن فعلت أثمت ، ولم تؤجر ، ولا تخرج من بيته إلا بإذنه ، فإن فعلت لعنتها الملائكة ، ملائكة الغضب وملائكة الرحمة ، حتى تتوب أو تراجع " . قيل : وإن كان ظالما قال :  وإن كان ظالما "Wahai Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab: "Dia tidak boleh menolak (ajakan) suaminya walaupun di atas kenderaan, juga tidak boleh memberikan sesuatu pun (harta) dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, jika dia tetap melakukannya maka suaminya mendapat pahala (atas pemberian isterinya) dan isterinya pula berdosa. Juga tidak boleh dia berpuasa sunnat melainkan dengan izinnya, jika dia tetap berpuasa juga maka dia berdosa dan tidak mendapat pahala (dari puasanya). Juga isteri tidak boleh keluar dar...

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH Oleh: Ustaz Alyasak Bin Berhan (Pegawai Agama Negeri Sembilan) عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ Diriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah mewajibkan zakat fitrah iaitu satu gantang daripada kurma, atau satu gantang daripada sya’ir (gandum), ke atas setiap hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan besar daripada kaum muslimin. Baginda juga memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum manusia keluar menunaikan solat (sunat Aidul Fitri) (Riwayat al-Bukhari no. 1503) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْ...

HUKUM PUASA BULAN RAJAB

HUKUM PUASA BULAN RAJAB Saya sentuh sedikit tentang bulan haram. Di dalam 12 bulan Islam, empat daripadanya dinamakan bulan haram. Bulan haram bermaksud bulan suci yang diharamkan padanya peperangan dan digalakkan melakukan lebih banyak amal kebaikan. Bulan haram yang empat itu adalah Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab. Telah sabit dari Al-Quran dan hadis tentang kelebihan bulan haram. Melakukan ibadah dan kebaikan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda, namun jika melakukan maksiat juga akan mendapat dosa yang lebih besar. Umpamanya solat sunat atau berpuasa di bulan Rajab lebih besar pahalanya dari bulan Jamadil Akhir, dan berbohong di bulan Zulhijjah lebih besar dosanya dari bulan Safar. Namun pada bulan-bulan lain juga, segala maksiat tetap haram untuk dilakukan dan segala amal soleh tetap dituntut dilakukan setiap masa. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di...

10 PERKARA BATALKAN PUASA

Perkara-perkara yang membatalkan puasa itu ada 10 perkara:- Ditulis oleh: Ibnu Azmi asy-Syafii 1 - Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya. Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah ...

HUKUM GABUNG PUASA SUNAT SYAWAL & QADHA'

HUKUM GABUNG PUASA SUNAT SYAWAL & QADHA' Oleh: Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Jol Pendahuluan Puasa 6 hari di bulan Syawwal adalah termasuk di dalam ibadah puasa  Tathawwu’  (amalan ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah). Kebanyakan  ahlil ilmi  mengatakan sunnat berpuasa 6 hari di bulan Syawwal termasuklah  Ibn Abbas, Thaus, Sya’bi, Maimun bin Mahran, Ibn Mubarak, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq  dan lain-lain [1] .  Imam Nawawi  mengatakan: Hadith ini (iaitu hadith Abu Ayyub al-Anshari di bawah) jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (di bulan Syawwal) [2] . Puasa ini seolah-olah seperti ucapan selamat jalan ( taudi’an ) kepada bulan Ramadhan dan boleh menampal ( jabran ) kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa fardhu tersebut [3] . Sesungguhnya puasa selama 6 hari di bulan Syawwal mengandungi pahala y...