KELEBIHAN HARI 'AROFAH

1.Hapus dosa setahun lalu dan setahun akan datang (2 tahun).

• Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَ

"Bagi yang berpuasa pada hari 'Arofah (9 Zulhijjah), aku berharap ke atas Allah agar dihapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." (Riwayat Muslim)

2. Perbanyakkan berdoa pada hari ini:

• Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺩﻋﺎﺀ ﻳﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ

"Seafdhal doa adalah berdoa pada hari 'Arofah (9 Zulhijjah)." (Riwayat Imam Malik: 500, dalam al-Muwattho')

3. Zikir/kalimah yang paling afdhal pada hari ini:

• Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣَﺎ ﻗُﻠْﺖُ ﺃَﻧَﺎ ﻭَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻴُّﻮْﻥَ ﻋَﺸِﻴَّﺔَ ﻋَﺮَﻓَﺔَ : ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻻَ ﺷَﺮِﻳْﻚَ ﻟَﻪُ ، ﻟَﻪُ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭَ ﻟَﻪُ ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ ، ﻭَ ﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳْﺮ

"Seafdhal kalimah yang aku ucapkan dan (kalimah) yang para Nabi ucapkan pada hari 'Arofah adalah : Laa illaha illallah, wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'ala kulli syai'in qodiir" (Riwayat at-Thobrani)

Menurut Imam an-Nawawi di dalam al-Azkar, bahawa digalak memperbanyakkan
zikir ini dan berdoa, dan bersungguh-sungguh dalam melakukannya, kerana hari 'Arofah adalah hari yang paling utama untuk berdoa.

4. Hari ini juga sudah termasuk hari raya hinggalah 13 Zulhijjah (5 hari aidil akbar).

• Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ﻳَﻮْﻡُ ﻋَﺮَﻓَﺔَ، ﻭَﻳَﻮْﻡُ ﺍﻟﻨَّﺤْﺮِ، ﻭَﺃَﻳَّﺎﻡُ ﺍﻟﺘَّﺸْﺮِﻳﻖِ ﻋِﻴﺪُﻧَﺎ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟْﺈِﺳْﻠَﺎﻡِ، ﻭَﻫِﻲَ ﺃَﻳَّﺎﻡُ ﺃَﻛْﻞٍ ﻭَﺷُﺮْﺏٍ

"Hari 'Arofah (9 Zulhijjah), hari Qurban (10 Zulhjjah), dan hari-hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) adalah hari raya bagi kita orang Islam, dan ia juga hari-hari untuk makan dan minum". (Riwayat at-Tirmizi: 704)

Hari 'Arofah adalah permulaan bagi 5 hari yang mulia di sisi Allah. Selamat beramal.

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR