ADAB JUMAAT (Siri 2)
Imam al-Ghozzali di dalam Bidayatul Hidayah berkata: "Kemudian apabila kamu masuk di masjid, usahalah untuk berada di saf yang awal (pertama). Jika orang sudah ramai, jangan pula kamu melangkahi bahu-bahu mereka, dan janganlah lintas di hadapan mereka yang sedang solat. Duduklah berdekatan dinding atau tiang agar orang lain tidak melintas di hadapanmu. Dan janganlah kamu duduk sebelum melakukan dahulu solat tahiyyatul masjid dan lebih baik jika dilakukan sebanyak empat rakaat. Dan pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Disebutkan dalam satu riwayat (hadis) bahawa: "Siapa yang mengerjakan yang demikian itu, dia tidak meninggal dunia kecuali setelah dia melihat tempatnya di Syurga atau orang lain akan melihatnya". Janganlah kamu meninggalkan solat tahiyyatul masjid (apabila baru masuk) walaupun imam sedang berkhutbah (tetapi secara ringkas sahaja kerana imam telah berkhutbah). Dan disunatkan kamu solat empat rakaat (sun...