IMAM NIAT IMAMAN

Adakah sah jika seorang imam terlupa niat "imaman" atau "sebagai imam" ketika takbiratul ihram?

Jawapan:

Jika imam terlupa berniat imam, contohya dia hanya berniat "aku solat fardhu zohor",  maka solat imam itu masih sah, ini kerana niat sebagai imam tidaklah wajib tetapi hukumnya sunat. Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat fadhilat (pahala) berjemaah apabila tidak berniat imam, dan hanya mendapat fadhilat berjemaah selepas dia mula berniat imam. Bermakna, lebih lewat dia berniat imam, semakin kurang pahala berjemaahnya. Hukum sunat berniat imam ini hanya bagi solat fardhu selain fardhu jumaat.

Adapun bagi solat fardhu Jumaat, imam mahupun makmum wajib berniat "imam" atau "makmum" ketika takbiratul ihram (takbir memulakan solat), kerana syarat sah bagi solat jumaat adalah dalam berjemaah. Maka jika terlupa berniat, tidak sah solat Jumaatnya dan wajib takbiratul ihram semula.

Rujukan:

Dalam Matla' al-Badrain karangan Syeikh Muhammad al-Fathani:

"Dan tiada wajib imam meniatkan imam, pada (syarat) sah diikut dengan dia (oleh makmum), (hukum ini) pada sembahyang (yang) lain daripada Jumaat, bahkan (niat itu) sunat jua. Maka jika tiada ia meniatkan (sebagai) imam, maka jadi sembahyangnya (seperti) seorang diri dan tidak hasil baginya fadhilat berjemaah. Dan jika diniatkan imam pada tengah (pertengahan) sembahyangnya (nescaya) hasil baginya fadhilat berjemaah pada ketika (mula) niat itu. Adapun pada sembahyang Jumaat, maka wajib atas imam meniatkan serta (ketika) takbiratul ihram, maka jika ditinggalkan niat (sebagai) imam serta takbirnya, nescaya tiada sah jumaatnya." [Matla' al-Badrain]

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR