GUNA KATAK UNTUK UMPAN PANCING
KATAK DIGUNAKAN SEBAGAI UMPAN PANCING Menurut Fatwa Wilayah Persekutuan, katak antara haiwan yang haram dibunuh, maka dilarang membunuhnya untuk dijadikan umpan. Imam al-Qurtubi mengatakan ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, katak juga mencuba untuk padamkan api, walaupun saiznya sangat kecil berbanding api tersebut, namun usahanya mulia di sisi Allah. Rujukan: Dr. Zulkifli al-Bakri di dalam Irsyad Al-Fatwa ke-195 berkata: "Adapun soalan yang diajukan, yakni menggunakan umpan hidup daripada haiwan yang tidak haram dibunuh, (melainkan) seperti katak yang haram dibunuh berdasarkan nas, tetapi (jika) menggunakan udang atau ikan hidup atau cacing, maka ini memerlukan perincian. Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (5/131) ada menyebut: “Jika diambil ikan itu secara hidup-hidup, (kita) tidak boleh memakannya sehingga ia mati atau dimatikan (dahulu), seperti mana yang disebut oleh Hanafiyyah dan Hanabilah. Dan dimakruhkan jika (ikan itu) dimakan hidup-hidup,...