GUNA KATAK UNTUK UMPAN PANCING

KATAK DIGUNAKAN SEBAGAI UMPAN PANCING

Menurut Fatwa Wilayah Persekutuan, katak antara haiwan yang haram dibunuh, maka dilarang membunuhnya untuk dijadikan umpan. Imam al-Qurtubi mengatakan ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, katak juga mencuba untuk padamkan api, walaupun saiznya sangat kecil berbanding api tersebut, namun usahanya mulia di sisi Allah.

Rujukan:

Dr. Zulkifli al-Bakri di dalam Irsyad Al-Fatwa ke-195 berkata:

"Adapun soalan yang diajukan, yakni menggunakan umpan hidup daripada haiwan  yang tidak haram dibunuh, (melainkan) seperti katak yang haram dibunuh berdasarkan nas, tetapi (jika) menggunakan udang atau ikan hidup atau cacing, maka ini memerlukan perincian.

Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (5/131) ada menyebut:

“Jika diambil ikan itu secara hidup-hidup, (kita) tidak boleh memakannya sehingga ia mati atau dimatikan (dahulu), seperti mana yang disebut oleh Hanafiyyah dan Hanabilah. Dan dimakruhkan jika (ikan itu) dimakan hidup-hidup, kerana hal (perbuatan) itu mengazab tanpa keperluan, kerana ia mati dengan cepat, justeru elok ditunggu sehingga ia mati dengan sendiri.”

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu` (9/73):

“Kalau seseorang menelan seekor ikan hidup-hidup atau memotong sebahagian (badan) daripadanya, kemudian memakannya (mentah), maka terdapat dua wajah. Wajah yang asoh ialah ianya makruh dan tidak haram, manakala pandangan yang kedua adalah haram, sepertimana yang diputuskan oleh Abu Hamid (Imam al-Ghazali).”

Kesimpulan

Berdasarkan keterangan ini, diqiyaskan bahawa tidak haram menggunakan umpan udang hidup, atau cacing, tetapi (hukumnya) makruh kerana demikian membuatnya mati dengan lambat, namun (dibenarkan) atas keperluan yang betul yakni (kerana) memburu ikan bagi tujuan makan atau tujuan lain yang halal (seperti berniaga). Ini kerana manusia adalah makhluk yang lebih mulia, jdan haiwan-haiwan lain diciptakan untuk kegunaan manusia jua.

Firman Allah Ta'ala: "Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti." (Surah al-Jathiah - 45:13)

Firman Allah Ta'ala: "Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi." (Surah al-Baqarah - 2:29)

Sebaiknya dibunuh dahulu udang atau cacing itu dengan cara yang ihsan seperti memotong pada bahagian yang kritikal, melemaskannya dan sebagainya.

Manakala kaitan (yakni satu kepercayaan jika) guna umpan hidup dapat anak mulut sumbing adalah (satu) khurafat dan kepercayaan bida'ah yang haram dipercayai dan wajib ditinggalkan.

Wallahua’lam.

=================

SUMBER: www.muftiwp.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR