Posts

Showing posts with the label Fiqh Wanita

AURAT MUSLIMAH DI HADAPAN KAFIRAH

IRSYAD AL-FATWA KE-141 : AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM Oleh: Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli al-Bakri Pandangan Ulama: Ulama fiqh berbeza pandangan berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab syafie sendiri juga mempunyai beberapa pandangan. 1. Pandangan Majoriti/Jumhur: • Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47) 2. Pandangan mazhab Syafi'e: Sebahagian ulama mazhab syafei berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripda kepala, tangan dan kaki: • Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami: Pandangan yang lebih sahih adalah haram perempuan kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbiy melihat kep...

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausu'ah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempu...

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD

POSISI KAKI KETIKA SOLAT & SUJUD Oleh: Ustaz Fuad Bin Ismail (Jordan) Di manakah posisi kaki yang betul ketika berdiri tegak untuk solat? Jawapan: Bagi Mazhab Syafi'i : Direnggangkan kedua-dua kaki sekadar sejengkal. Makruh merapatkan kedua-dua kaki jika tiada keuzuran kerana ia membebankan iaitu menganggu kekhusyukan solat. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu) Kedudukan kaki ini tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan, berseorangan atau berjemaah juga, sama ada imam atau makmum. [Majalah Al-Ustaz, Isu 60] ========= Bagi posisi kaki ketika sujud, ada khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengatakan sunat rapat antara kedua kaki, ada yang mengatakan sunat renggang. Tapi menurut mazhab Syafi'e, sunat direnggangkan kadar sejengkal bagi lelaki (Munyatul Musolli) dan sunat dirapatkan bagi wanita (Sohih Sifat Solat Nabi). wallahu a'lam

POSISI BERJEMAAH BAGI WANITA

Kedudukan wanita ketika solat berjemaah 1 • Imam wanita dan seorang makmum wanita: Jika imam wanita berjemaah dengan seorang makmum sahaja, maka kedudukan makmum itu sama seperti dua orang lelaki berjemaah, yakni di sebelah kanan dan kebelakang sedikit. Dr. Karim Zaidan di dalam al-Mufassol (1/254) berkata: "Jika seorang wanita menjadi imam kepada wanita yang lain, maka berdirilah makmum wanita itu disebelah kanan imamnya sepertimana seorang lelaki bersama imam." [al-Mufassol] 2 • Imam wanita bersama dua atau lebih makmum wanita : Jika dua orang atau lebih makmum wanita, maka mustahab (disunatkan) bagi imam wanita itu berdiri di tengah-tengah di antara para makmum wanita. Dalil kedudukan ini berdasarkan dari perbuatan Saidatina 'Aisyah dan Ummu Salamah R.A yang diriwayat dari Imam al-Baihaqi. Rujukan: • Hukum Hakam Solat Berjemaah (Ustaz Haidzir Hussin) • Bughyatut Thullab (Syeikh Daud al-Fathoni) Wallahu a'lam

MENOLAK AJAKAN SUAMI KE TEMPAT TIDUR

Bagaimana hukum menolak ajakan suami ke bilik tidur atas sebab hati si isteri dilukai ? Jawapan: Isteri dilarang menolak ajakan suami ke tempat tidur kerana boleh jatuh kepada derhaka dan nusyuz, melainkan jika ada keuzuran seperti haidh, sakit dan seumpamanya yang boleh membawa pada mudharat. Bagi isteri yang merajuk atau berkecil hati, dia tetap tidak boleh menolak ajakan suaminya kerana ia bukan termasuk keuzuran yang dibenarkan. Namun isteri boleh meluahkan perasaannya pada suami sebelumnya. Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلَائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur namun dia menolaknya, lalu si suami marah kepada isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya hingga subuh." (Riwayt al-Bukhori : 3237 & Muslim : 1436) Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: إِذَا الرَّجُلُ دَعَا زَوْجَتَهُ لِ...

HUKUM WANITA HAIDH BERWUDHUK

Kita lihat dulu hukum berwudhuk bagi wanita yang berjunub (bersetubuh atau keluar mani). Dalam Hasyiah al-Jamal karangan Syeikh Sulaiman al-Jamal, dinyatakan bahawa lelaki dan wanita yang dalam keadaan junub dianjurkan berwudhuk dalam beberapa keadaan, yakni: 1. Sebelum tidur 2. Sebelum makan 3. Sebelum minum 4. Sebelum berjima', dan sebagainya. Berkenaan hukum berwudhuk bagi wanita haidh pula, boleh merujuk kenyataan Imam an-Nawawi di bawah: Dalam Syarah Sohih Muslim, Imam an-Nawawi menyatakan bahawa wanita yang haidh dan nifas (yang darahnya masih mengalir dan belum kering) tidak disunatkan untuk berwudhuk, kecuali jika darahnya telah berhenti (sudah kering namun belum mandi wajib), maka dianjurkan untuk berwudhuk. Ini kerana, wanita yang telah berhenti (kering) darahnya sama sahaja (hukum) seperti wanita yang berjunub (yang disunatkan berwudhuk dalam beberapa keadaan). Kesimpulannya, wanita haidh & nifas yang belum kering darahnya tidak disunatkan berwuduk, mala...

SETUBUH KETIKA HAMIL

Bolehkan bersetubuh ketika isteri sedang hamil? Jawapan: Ulamak berselisih pendapat tentang hukum Ghilah (jimak ketika isteri hamil). Namun jumhur (kebanyakan) ulamak berpendapat hukumnya harus dan tidak makruh (harus selagi tidak menyakiti pasangannya). Jumhur ulamak berdalilkan sebuah hadis, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: ﻟَﻘَﺪْ ﻫَﻤَﻤْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃَﻧْﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻐِﻴﻠَﺔِ، ﻓَﻨَﻈَﺮْﺕُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺮُّﻭﻡِ ﻭَﻓَﺎﺭِﺱَ، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻳُﻐِﻴﻠُﻮﻥَ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ، ﻓَﻠَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ ﺫَﻟِﻚَ ﺷَﻴْﺌًﺎ "Sungguh, aku ingin menegah (kamu) dari perbuatan Ghilah, namun aku melihat orang Rom dan Parsi melakukan Ghilah terhadap anak mereka, dan ia tidak pula memudharatkan anak mereka." (Riwayat Muslim : 1442) Adapun yang diharamkan adalah bersetubuh ketika isteri keadaan haidh & nifas. Walaupun darah telah kering namun belum sempat mandi lagi, haram juga bersetubuh, melainkan selepas mandi wajib dahulu. (al-Majmu') Rujukan: Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih M...

RAMBUT GUGUR SEMASA HAIDH

HUKUM RAMBUT KEGUGURAN KETIKA DATANG HAIDH Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Soalan: Salam ustaz .Rambut saya gugur apabila saya datang haid.Perlukah saya mengutip rambut yang gugur dan mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur itu? Jawapan: 1. Ketika kita mandi wajib (yakni mandi untuk menghilangkan hadas besar pada badan kita sama ada kerana haid atau kerana janabah), kita hanya disuruh meratakan air ke seluruh badan kita iaitu merangkumi seluruh kulit dan rambut/bulu yang ada pada badan kita. Kita tidaklah disuruh untuk turut memandikan mana-mana rambut, kuku dan sebagainya yang telah terpisah dari badan kita. Malah para ulamak mengharuskan orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid untuk memotong rambut, membuang kuku, mencukur bulu ari-ari, membuang darah (berbekam) dan sebagainya pada ketika sedang haid atau janabah itu kerana tidak ada dalil yang melarangnya. Dan mereka tidaklah pula mensyaratkan rambut, kuku atau sebagainya yang dipotong atau dibuang itu wajib dihim...

WANITA MEMAKAI SELUAR PANJANG

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah) (1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99) = = = = = (2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan me...

WANITA KERING DARAH

WANITA APABILA KERINGNYA DARAH Ada yang mengatakan jika darah haidh telah berhenti/kering, maka jangan mandi wajib dan solat dahulu, tapi perlu tunggu selama 24 jam bagi memastikan bahawa darah betul-betul kering, kerana takut darah datang balik. Jika selepas 24 jam tiada darah, barulah mandi wajib dan solat, adakah ianya tepat? Jawapan: Menurut Maulana Mansoor (pengarang kitab Tuhfatul A'izza' - faqih bab haidh), setelah beliau buat kajian dengan melihat kebanyakan kitab-kitab muktabar mazhab Syafi'e dan bertanya kepada para guru dan Syeikh di Yaman, beliau belum jumpa pendapat sedemikian. Malah pendapat yang jelas dinyatakan para ulamak adalah, jika seorang wanita telah kering darahnya (setelah diperiksa menggunakan kapas atau sebagainya), maka wajib terus mandi dan mendirikan solat, bukanlah disyaratkan harus menunggu 24 jam dahulu. Syeikh Nuruddin al-Banjari di dalam Haidh Nifas wa Istihadhoh berkata: "Tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa apabila wanita h...

WANITA ISTIHADHOH & KEPUTIHAN BERSUCI

CARA WANITA ISTIHADHOH & KEPUTIHAN MELAKUKAN WUDHU' & SOLAT Hukum wanita istihadhoh sama seperti wanita yang mengalami keputihan atau orang yang mengalami salisul baul (kencing tidak lawas): Yakni selalu kedatangan hadas kecil (daimul hadas). Maka cara bersuci dan solat bagi masalah ini boleh lihat artikel Masalah Kencing Tidak Lawas  tulisan Dr. Zulkifli al-Bakri, cuma dalam kurungan tambahan saya : Para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan buat golongan ini dalam berwudhu’ dan kami nukilkan di sini agar dapat dijadikan pedoman bersama antara yang telah digariskan oleh para fuqaha’ [Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, (1/122-124)]: 1. Hukum solat dan juga ibadah lain yang memerlukan wudhu’ tidak tergugur disebabkan penyakit kencing tidak lawas (atau darah istihadhoh). 2. Perlulah dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian ikhtiarkan dengan sesuatu yang boleh menutup bahagian kemaluan tersebut seperti membalutnya dengan kapas, ditutup...

NIFAS BAGI WANITA CZER

Soalan: Seorang wanita melahirkan anak dengan cara czer (pembedahan) sehingga faraj tiada setitis pun mengeluarkan darah selepas dilahirkan. Dan yang jadi pertanyaan, adakah wanita tersebut masih dianggap mar'atun nufasa' (wanita yang sedang nifas). Jawapan: Menurut Syeikh Nuruddin al-Banjari dalam Haidh Nifas wa Istihadhoh, wanita czer juga mempunyai nifas, namun tempat keluar darah itu mestilah dari farajnya untuk dihukumi nifas. Adapun darah yang keluar dari perut yang dibedah itu bukanlah darah nifas, tapi ia darah luka. Kebiasaan wanita tetap akan keluar darah nifas walaupun secara czer. Namun jika farajnya tiada setitis pun keluar darah, boleh jadi dia tiada nifas ataupun belum datang lagi nifasnya. Maka wajib mandi wiladah dulu (mandi wajib kerana melahirkan anak) dan mulakan solat seperti biasa kerana tiada keuzuran. Tapi jika badan masih lemah, boleh tangguh sebentar mengikut kemampuan. Jika badan tidak boleh kena air, kena bertayammum untuk menggantikan mandi wila...

HUKUM WANITA HAID MEMBACA AL-QURAN

PANDUAN HUKUM: HUKUM  WANITA HAID  MEMBACA AL-QURAN MENURUT MAZHAB SYAFI‘I Ditulis oleh: Alyasak bin Berhan (Pegawai Agama Negeri Sembilan) Secara umumnya, haram bagi wanita haid dan nifas membaca al-Quran  dengan niat sebagai al-Quran  walaupun dibaca separuh ayat atau satu ayat, atau satu huruf sekalipun. Sama ada dibaca secara perlahan ( sir ) atau secara nyaring ( jahr ). Diriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu 'anhuma, daripada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam; "  لَا تَقْرَأِ الْحَائِضُ وَلَا الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْءَانِ" "Janganlah orang yang haid dan berjunub itu membaca sesuatu daripada al-Quran." (Riwayat al-Tirmizi no.131, Ibn Majah no.595, al-Daraqutni no.419 dan al-Baihaqi). Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini telah didhaifkan oleh Imam al-Tirmizi dan al-Baihaqi. Namun, ia mempunyai riwayat sokongan ( mutaba‘ah ) yang boleh menampung dan mengangkat kedhaifannya. Bahkan al-Munziri telah menilainya sebagai hasa...

HUKUM KEPUTIHAN WANITA

PANDUAN HUKUM: HUKUM KEPUTIHAN WANITA Ditulis oleh : Alyasak bin Berhan (Pegawai Agama Negeri Sembilan) Terdapat perbezaan antara kelembapan faraj (air basahan faraj) dan cecair keputihan sepertimana berikut; 1. Kelembapan atau basahan faraj (رطوبة الفرج) terhasil daripada cecair jernih iaitu antara warna air mazi dan peluh. Dikatakan bahawa basahan ini disebabkan oleh lembapan peluh yang datang dari had zahir faraj wanita. Bandingannya adalah seperti air liur yang terdapat di dalam mulut manusia. Maka ia menjadikan faraj wanita sentiasa lembap untuk membantu mengelakkan kulit faraj daripada kering dan melekat. Justeru, basahan atau kelembapan faraj yang disebabkan oleh cecair yang datang dari had zahir faraj wanita ini dihukumkan suci dan tidak membatalkan wuduk. Had zahir faraj adalah had yang sampai kepadanya sekadar hasyafah zakar yang pertengahan panjang (sederhana/normal panjang). 2. Keputihan pula adalah cecair yang datang dari bahagian batin faraj yang ...