MENOLAK AJAKAN SUAMI KE TEMPAT TIDUR

Bagaimana hukum menolak ajakan suami ke bilik tidur atas sebab hati si isteri dilukai ?

Jawapan:

Isteri dilarang menolak ajakan suami ke tempat tidur kerana boleh jatuh kepada derhaka dan nusyuz, melainkan jika ada keuzuran seperti haidh, sakit dan seumpamanya yang boleh membawa pada mudharat. Bagi isteri yang merajuk atau berkecil hati, dia tetap tidak boleh menolak ajakan suaminya kerana ia bukan termasuk keuzuran yang dibenarkan. Namun isteri boleh meluahkan perasaannya pada suami sebelumnya.

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلَائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

"Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur namun dia menolaknya, lalu si suami marah kepada isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya hingga subuh." (Riwayt al-Bukhori : 3237 & Muslim : 1436)

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا الرَّجُلُ دَعَا زَوْجَتَهُ لِحَاجَتِهِ فَلْتَأْتِهِ وَإِنْ كَانَتْ عَلَى التَّنُّورِ

"Apabila seorang suami mengajak isterinya kerana berhajat padanya, maka datangilah suaminya walaupun dia berada di dapur." (Riwayat at-Tirmidzi : 1160)

Ada seorang wanita datang kepada Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam lalu bertanya:

ما حق الزوج على امرأته فقال : " لا تمنعه نفسها وإن كانت على ظهر قتب ، ولا تعطي من بيته شيئا إلا بإذنه ، فإن فعلت ذلك كان له الأجر ، وعليها الوزر ، ولا تصوم يوما تطوعا إلا بإذنه ، فإن فعلت أثمت ، ولم تؤجر ، ولا تخرج من بيته إلا بإذنه ، فإن فعلت لعنتها الملائكة ، ملائكة الغضب وملائكة الرحمة ، حتى تتوب أو تراجع " . قيل : وإن كان ظالما قال :  وإن كان ظالما

"Wahai Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab: "Dia tidak boleh menolak (ajakan) suaminya walaupun di atas kenderaan, juga tidak boleh memberikan sesuatu pun (harta) dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, jika dia tetap melakukannya maka suaminya mendapat pahala dan isterinya pula berdosa. Juga tidak boleh dia berpuasa sunnat melainkan dengan izinnya, jika dia tetap berpuasa juga maka dia berdosa dan tidak mendapat pahala (dari puasanya). Juga isteri tidak boleh keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya, jika dia tetap melakukannya maka para malaikat termasuk malaikat pemarah dan malaikat rahmat akan melaknatnya sehinggalah dia bertaubat atau kembali (ke rumahnya). Lalu wanita itu bertanya: "Bagaimana jika suaminya zalim? Baginda menjawab: "Walaupun dia zalim." (Riwayat al-Baihaqi : 14249, dalam al-Sunan al-Kubro)

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR