Posts

Showing posts with the label Fiqh Solat Jamak Qasar

LUPA NIAT JAMAK

Selepas saya solat Zohor, baru teringat saya belum niat jamak ketika solat Zohor tadi. Adakah sah saya teruskan jamak dengan Asar? Jawapan: Tidak sah, kerana niat jamak perlu diniatkan ketika solat pertama (sama ada Zohor atau Maghrib). Jika selepas salam baru teringat, maka tidak boleh dijamakkan lagi, dan perlu menunggu waktu Asar nanti dan solat Asar di dalam waktunya. Cuma solat Asar itu boleh dipendekkan (qasar) menjadi 2 rakaat. Tempoh niat jamak adalah berniat "jamak" pada mana-mana bahagian di antara permulaan takbiratul ihram hinggalah sebelum selesai beri salam pertama pada solat Zohor atau Maghrib. (Matla' al-Badrain) Jika tidak niat jamak ketika takbiratul ihram solat pertama, masih sah lagi asalkan dia niat jamak ("aku nak jamak") sebelum dari selesai salam pertama. Tetapi jika dah beri salam solat pertama baru teringat nak jamak, maka tidak sah untuk dijamakkan lagi dengan solat kedua. Namun solat Zohornya sah cuma tidak boleh dijamakkan de...

SOLAT JAMAK

Jamak (gabung) ialah menggabungkan dua solat fardhu dalam satu waktu, sama ada digabungkan dalam waktu pertama atau waktu kedua. Solat yang boleh dijamakkan hanyalah: 1. Solat Zohor + Asar 2. Solat Maghrib + Isyak Tidak boleh solat Asar digabungkan dengan Maghrib, atau solat Subuh digabungkan dengan Zohor. Jamak taqdim & jamak ta'khir 1. Jamak taqdim (awal) = Dua solat fardhu yang digabungkan, dan dilakukan kedua-dua solat itu di dalam waktu yang pertama. Contohnya digabungkan Zohor + Asar, kedua-dua solat itu dilakukan dalam waktu Zohor (waktu pertama di antara kedua-dua solat itu), manakala Maghrib + Isyak, kedua-dua solat itu dilakukan dalam waktu Maghrib (waktu pertama di antara kedua-dua solat itu). 2. Jamak ta'khir (akhir) = Dua solat fardhu yang digabungkan, dan dilakukan kedua-dua solat itu dalam waktu yang kedua. Contohnya Zohor + Asar, kedua-dua solat itu dilakukan dalam waktu Asar (waktu kedua di antara kedua-dua solat itu), manakala Maghrib + Isy...

SYARAT JAMAK QASAR SELAMA 18 HARI

Ustaz Hanif al-Manisiy di dalam Fiqh Solat Musafir Jama' & Qasar menyatakan: "Disana (solat jamak & qasar) terdapat rukhsoh (keringanan) selama 18 hari dan 18 malam diberikan kepada musafir, (ianya) bagi masalah musafir yang pada mulanya bercadang menetap KURANG dari 4 hari untuk selesaikan urusan, dan apabila urusannya selesai dia akan beredar. Lalu diluar perancangan, urusannya tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa tersebut dan kelewatan terus berlanjutan. Dia sentiasa mengharapkan hajatnya akan selesai dari SEHARI KE SEHARI. Oleh itu, (status) permusafirannya (dikira) belum tamat sehingga 18 hari. (Namun) sekiranya dia sudah tahu dari awal lagi urusan akan selesai dalam tempoh 4 hari ke atas, dia TIDAK boleh jama' dan qasar." "Dalil dibolehkan solat qasar (termasuk jama') selama 18 hari berdasarkan suatu hadis. Daripada Imran Bin Hussain R.A katanya: Aku berperang bersama Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan bersama-sama Baginda...