SYARAT JAMAK QASAR SELAMA 18 HARI

Ustaz Hanif al-Manisiy di dalam Fiqh Solat Musafir Jama' & Qasar menyatakan:

"Disana (solat jamak & qasar) terdapat rukhsoh (keringanan) selama 18 hari dan 18 malam diberikan kepada musafir, (ianya) bagi masalah musafir yang pada mulanya bercadang menetap KURANG dari 4 hari untuk selesaikan urusan, dan apabila urusannya selesai dia akan beredar. Lalu diluar perancangan, urusannya tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa tersebut dan kelewatan terus berlanjutan. Dia sentiasa mengharapkan hajatnya akan selesai dari SEHARI KE SEHARI. Oleh itu, (status) permusafirannya (dikira) belum tamat sehingga 18 hari. (Namun) sekiranya dia sudah tahu dari awal lagi urusan akan selesai dalam tempoh 4 hari ke atas, dia TIDAK boleh jama' dan qasar."

"Dalil dibolehkan solat qasar (termasuk jama') selama 18 hari berdasarkan suatu hadis. Daripada Imran Bin Hussain R.A katanya: Aku berperang bersama Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan bersama-sama Baginda ketika Fathul (pembukaan) Makkah. Baginda tinggal di Makkah selama 18 hari dan Baginda tidak bersolat melainkan dipendekkan solat kepada 2 rakaat. (Riwayat Abu Daud)."

Rujukan:
Fiqh Solat Musafir Jama' & Qasar - Kupasan Menurut Mazhab Syafi'e : halaman 14 & 15

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR