WANITA KERING DARAH

WANITA APABILA KERINGNYA DARAH

Ada yang mengatakan jika darah haidh telah berhenti/kering, maka jangan mandi wajib dan solat dahulu, tapi perlu tunggu selama 24 jam bagi memastikan bahawa darah betul-betul kering, kerana takut darah datang balik. Jika selepas 24 jam tiada darah, barulah mandi wajib dan solat, adakah ianya tepat?

Jawapan:

Menurut Maulana Mansoor (pengarang kitab Tuhfatul A'izza' - faqih bab haidh), setelah beliau buat kajian dengan melihat kebanyakan kitab-kitab muktabar mazhab Syafi'e dan bertanya kepada para guru dan Syeikh di Yaman, beliau belum jumpa pendapat sedemikian. Malah pendapat yang jelas dinyatakan para ulamak adalah, jika seorang wanita telah kering darahnya (setelah diperiksa menggunakan kapas atau sebagainya), maka wajib terus mandi dan mendirikan solat, bukanlah disyaratkan harus menunggu 24 jam dahulu.

Syeikh Nuruddin al-Banjari di dalam Haidh Nifas wa Istihadhoh berkata: "Tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa apabila wanita haidh atau nifas telah suci (setelah diperiksa), dan baki waktu solat masih ada walaupun sekadar sempat dilakukan satu rakaat, maka dia wajib (bersegera) menunaikan solat itu." [Haidh Nifas wa Istihadhoh]

Syeikh Ibn Hajar al-Haitami di dalam Tuhfatul Muhtaj (1/400) berkata: "Wanita itu dikatakan telah suci dengan semata-mata terputus (terhenti) keluar darah. Begitu juga (dianggap suci) apabila berhenti dari keluar darah as-Sufroh (kuning) dan al-Kudroh (keruh), menurut pendapat yang asoh." [Tuhfatul Muhtaj]


Maulana Mansoor di dalam Izalatul Iltibas Syarah Tuhfatul A'izza' (1/107) berkata: "Apabila seorang wanita melihat darah haidhnya berhenti, maka dia dihukumkan suci (ketika itu) kerana (telah) beramal dengan apa yang zahir (dengan semata-mata melihat darah berhenti melalui tanda-tandanya). Jadi hukumnya dia wajib beramal dengan hukum ahkam suci, seperti sembahyang, puasa dan lain-lain." [Izalatul Iltibas Syarah Tuhfatul A'izza']

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR