POSISI BERJEMAAH BAGI WANITA
Kedudukan wanita ketika solat berjemaah
1 • Imam wanita dan seorang makmum wanita:
Jika imam wanita berjemaah dengan seorang makmum sahaja, maka kedudukan makmum itu sama seperti dua orang lelaki berjemaah, yakni di sebelah kanan dan kebelakang sedikit.
Dr. Karim Zaidan di dalam al-Mufassol (1/254) berkata:
"Jika seorang wanita menjadi imam kepada wanita yang lain, maka berdirilah makmum wanita itu disebelah kanan imamnya sepertimana seorang lelaki bersama imam." [al-Mufassol]
2 • Imam wanita bersama dua atau lebih makmum wanita :
Jika dua orang atau lebih makmum wanita, maka mustahab (disunatkan) bagi imam wanita itu berdiri di tengah-tengah di antara para makmum wanita. Dalil kedudukan ini berdasarkan dari perbuatan Saidatina 'Aisyah dan Ummu Salamah R.A yang diriwayat dari Imam al-Baihaqi.
Rujukan:
• Hukum Hakam Solat Berjemaah (Ustaz Haidzir Hussin)
• Bughyatut Thullab (Syeikh Daud al-Fathoni)
Wallahu a'lam

Comments
Post a Comment