SETUBUH KETIKA HAMIL

Bolehkan bersetubuh ketika isteri sedang hamil?

Jawapan: Ulamak berselisih pendapat tentang hukum Ghilah (jimak ketika isteri hamil). Namun jumhur (kebanyakan) ulamak berpendapat hukumnya harus dan tidak makruh (harus selagi tidak menyakiti pasangannya).

Jumhur ulamak berdalilkan sebuah hadis, Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ﻟَﻘَﺪْ ﻫَﻤَﻤْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃَﻧْﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻐِﻴﻠَﺔِ، ﻓَﻨَﻈَﺮْﺕُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺮُّﻭﻡِ ﻭَﻓَﺎﺭِﺱَ، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻳُﻐِﻴﻠُﻮﻥَ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ، ﻓَﻠَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﺃَﻭْﻟَﺎﺩَﻫُﻢْ ﺫَﻟِﻚَ ﺷَﻴْﺌًﺎ

"Sungguh, aku ingin menegah (kamu) dari perbuatan Ghilah, namun aku melihat orang Rom dan Parsi melakukan Ghilah terhadap anak mereka, dan ia tidak pula memudharatkan anak mereka." (Riwayat Muslim : 1442)

Adapun yang diharamkan adalah bersetubuh ketika isteri keadaan haidh & nifas. Walaupun darah telah kering namun belum sempat mandi lagi, haram juga bersetubuh, melainkan selepas mandi wajib dahulu. (al-Majmu')

Rujukan:

Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim (Juz 10/16) berkata:

ﻭﻓﻲ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﺟﻮﺍﺯ ﺍﻟﻐﻴﻠﺔ ﻓﺈﻧﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﻢ ﻳﻨﻪ ﻋﻨﻬﺎ , ﻭﺑﻴﻦ ﺳﺒﺐ ﺗﺮﻙ ﺍﻟﻨﻬﻲ ﻭﻓﻴﻪ ﺟﻮﺍﺯ

"Melalui hadis ini, melakukan Ghilah (jimak ketika hamil) adalah harus (dibolehkan), sesungguhnya Baginda sollallahu ‘alaihi wa sallam tidak menegahnya, dan Baginda turut menjelaskan sebab mengapa ia tidak ditegah, maka hukumnya harus." [Syarah Sohih Muslim]

Wallaahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR