NIFAS BAGI WANITA CZER

Soalan: Seorang wanita melahirkan anak dengan cara czer (pembedahan) sehingga faraj tiada setitis pun mengeluarkan darah selepas dilahirkan. Dan yang jadi pertanyaan, adakah wanita tersebut masih dianggap mar'atun nufasa' (wanita yang sedang nifas).

Jawapan: Menurut Syeikh Nuruddin al-Banjari dalam Haidh Nifas wa Istihadhoh, wanita czer juga mempunyai nifas, namun tempat keluar darah itu mestilah dari farajnya untuk dihukumi nifas. Adapun darah yang keluar dari perut yang dibedah itu bukanlah darah nifas, tapi ia darah luka.

Kebiasaan wanita tetap akan keluar darah nifas walaupun secara czer. Namun jika farajnya tiada setitis pun keluar darah, boleh jadi dia tiada nifas ataupun belum datang lagi nifasnya. Maka wajib mandi wiladah dulu (mandi wajib kerana melahirkan anak) dan mulakan solat seperti biasa kerana tiada keuzuran. Tapi jika badan masih lemah, boleh tangguh sebentar mengikut kemampuan. Jika badan tidak boleh kena air, kena bertayammum untuk menggantikan mandi wiladah dan wudhuk. Solat juga boleh dilakukan secara duduk mengikut kadar kepayahan.

Sekiranya hari ke-12 baru keluar darah, maka ia dihukum darah nifas asalkan masih dalam lingkungan 15 hari dari tarikh kelahiran. Namun jika dalam lingkungan tersebut tiada keluar darah, dan selepas 15 hari baru bermula keluar darah, maka dianggap tiada nifas baginya dan darah yang keluar itu dihukum darah haidh.

Ulamak menyatakan hukum nifas sama sepertimana hukum hakam haidh kerana nifas tu sebenarnya darah haidh yang lama terkumpul dan tidak keluar akibat mengandung.

Imam al-Syairazi di dalam al-Muhazzab berkata:

[ ﺩَﻡُ ﺍﻟﻨِّﻔَﺎﺱِ ﻳُﺤَﺮِّﻡُ ﻣَﺎ ﻳُﺤَﺮِّﻣُﻪُ ﺍﻟْﺤَﻴْﺾُ ﻭَﻳُﺴْﻘِﻂُ ﻣَﺎ ﻳُﺴْﻘِﻄُﻪُ ﺍﻟْﺤَﻴْﺾُ ﻟِﺄَﻧَّﻪُ ﺣَﻴْﺾٌ ﻣُﺠْﺘَﻤِﻊٌ ﺍﺣْﺘَﺒَﺲَ ﻟِﺄَﺟَﻞِ ﺍﻟْﺤَﻤْﻞِ ﻓَﻜَﺎﻥَ ﺣُﻜْﻤُﻪُ ﺣُﻜْﻢَ ﺍﻟْﺤَﻴْﺾِ

"Darah nifas mengharamkan seperti apa yang diharamkan ketika haidh. Dan menggugurkan (hilangkan kewajipan sesuatu ibadah) seperti apa yang digugurkan ketika haidh. Ini kerana darah nifas itu adalah darah haidh yang terkumpul dan tertahan (tidak dapat keluar) akibat dari hamil. Maka hukumnya sama sepertimana hukum hakam darah haidh." [al-Muhazzab]

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR